hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rabu, 27 Ogos 2014

single unavailable now




kemudian hari-hari terakhir sebagai seorang bujang. haha



kalau terbang, aku ingin benar-benar jauh. aku sangat lambat merindu. tetapi bila merindui, aku akan jatuh sakit.

kalau berteman, aku ingin benar-benar dekat. tetapi pengalaman telah mengajarku. teman manusia itu bukan boleh disimpan di sisi. (kerana lebih bererti mendakapnya dengan hati)

kalau jujur, aku ingin benar-benar tiada rahsia. tetapi hidup mengisyaratkan bahawa yang seperti itu. hanya dengan Tuhan.

kalau menangis, aku ingin benar-benar hiba. agar berganti kemudiannya dengan tawa, seperti malam dan siang layaknya.

kalau bercinta, aku ingin benar-benar mabuk cinta. tiada ragu. kononnya aku si layla kan. tetapi..
masa kini berkata. kita tunggu dan lihat.




lagi empat hari. aku berharap pada hari permulaan kisah baru aku itu, tiada hati yang tersinggung.
apa lagi yang lebih berat berbanding beban dalam hati?

moga Allah izinkan semuanya baik2, dan hati umi abah mama abang lapang2 sahaja.

sy harap abah ada di saat2 itu. terima kasih abah :)

catatan akhir


kesimpulan-kesimpulan.

1. perkahwinan satu perbincangan. antara pasangan.
2. just be yourself. it is a true love because nothing is fake.
   the inner beauty last longer, anyway.
3. semua akan jadi sukar. bila yang berbicara sebenarnya adalah ego kita.
4. ambil nafas. bertenang supaya otak dapat berfikir. dan hati juga tidak buru-buru.

aku nervous!

lagi empat hari. seakan tak percaya. aigoo.

Rabu, 20 Ogos 2014

bakal pengantin


ohya.

sekarang adalah sebenarnya masa-masa kritikal selaku bakal pengantin.
(ya, aku akan menjadi seorang isteri)


dan aku tak pernah merasakan masa 22tahun hidup selama ini adalah cukup untuk menjadi seorang isteri yang ideal.
yang mana bererti, mungkin (dengan peratus yang tinggi) setelah berkahwin juga aku masih berusaha "menjadi seorang isteri".
dan sekarang, status aku adalah; "seorang bakal isteri"

-yang nakal. haih -_______-




catatan



kebelakangan ini umi makin kerap berbaring di sebelahku pada waktu malam, yang kemudian tertidur sedang aku masih berjaga di sisinya.

dan entah kenapa aku semacam baru perasan semua keresahannya, marah-marah dia, leterannya semua adalah kerana risau dan sayangnya kepadaku.


******

dan abah yang sering diam itu. adalah lelaki cintaku yang paling percaya saat aku merasa sangat jatuh dan tak yakin dengan kemampuan sendiri.

diakan orangnya yang memaut bahuku bila aku tidak diterima dulu, yang meyakinkan aku bila aku hilang punca, yang mendukung semangatku ingin membelah awan?



dua tiga hari ini aku sangat sentimental..




si kecil


perempuan tabah yang pernah aku kenal.

yang pertama umi.
yang kedua mama
yang ketiga adalah engkau;
Anugerah :p

mengenang saat aku tiada untuk engkau pada saat-saat paling sukar hidupmu, hanya air mata yang mampu mengalir.


maaf.





13




12



sekarang aku faham mengapa dalam banyak-banyak qasidah yang dahulu pernah aku lantunkan bersama para ahbab; sering aku jumpa kata-kata seumpama ini;

"celalah diriku, wahai para pencela, para pencinta tidak takut akan celaan"

cinta yang begitu banyak bentuk dan warna ini. dan kisah cinta tiap2 kita yang berbeza.

cinta dalam matematik adalah nombor yang tidak ternisbahkan -dramatv

tetapi cinta adalah anugerah. dan Tuhan mencipta kita dengan cinta. memberi kita cinta. dan kita mohonkan agar dituntun menuju Cinta juga.

11



sebenarnya aku teringin tulis SEGALAnya. macam jurnal. kot. semua yang terjadi. like, frankly say everything. tetapi bukan kata-kata yang menghalang aku bercerita. Bukan kerana hilang perkataan.
Aku ingin semadikan, abadikan saat-saat kita. Aku ingin memori kita sentiasa ada, tak hilang walau sejauh mana masa berlari. Tetapi aku tetap si gagal mencatatnya dengan perkataan.

Aku cuma si peluah rasa sedih, perasaan negatif, yang tidak-tidak dan beban hati. menjadikan atmailahi ini menepati firman Tuhan yang manusia ini adalah makhluk suka berkeluh-kesah.

dan bila aku gembira, ketawa suka, aku tak mampu menahan sedikit momen itu daripada terlepas, aku bebaskannya melalui senyuman dan ketawa. bahagia.
dan aku tidak "menyimpan"nya untuk "masa hadapan.



***************
untuk aku di masa hadapan, sekarang aku berasa bahagia. sila terus berani untuk bahagia.


Ahad, 17 Ogos 2014

14


wahai kesedihan yg tidak akan meninggalkannya..
bolehkah engkau membenarkan kebahagiaan menyusup masuk mengisi ruang hatinya?


************

dalam peredaran waktu yang meluputkan semua kesempatan..aku harap masih ada kenangan yg tetap kekal untuk kita.


************

antara canda kehidupan yg paling menggugah. ialah soalan mampukah kita mencintai serupa si majnun Qays? 

Khamis, 14 Ogos 2014

17



The most magnificent poem hasn't been written yet
The most beautiful song hasn't been sung yet
... The most glorious day hasn't been lived yet
The most immense sea hasn't been pioneered yet
The most prolonged travel hasn't been done yet.
The immortal dance hasn't been performed yet
The most shine star hasn't been discovered yet.
When we don't know any more what we are supposed to do
It's the time when we can do true something
When we don't know any more where we are supposed to go
It's the start when the true travel has just begun.




-nizam hikmet; A true travel.



Ahad, 10 Ogos 2014

20



peraturan nombor satu berhadapan dengan orang yg kepenatan.

bagitahu dia untuk berehat, dan. . .

tutup mulut sendiri. selotep kalau perlu.



tak ada siapa perlukan pelawak. 

21



hai maryam sweetheart. i love you.


semua orang pun stress. tak ada yg luar biasa hari ini. 

Jumaat, 8 Ogos 2014

22



ada nikmat-nikmat tetap; bagi kalian.

pertama; jiwa yang dicintai penduduk langit,
kedua; derita yang singkat
ketiga; hidup dalam haruman syurga yang dijanji Tuhan
keempat; cinta teguh dan setia.


nikmat Tuhan yang didustakan. Manusia-manusia seperti aku yang beratur perih menanggung kepanasan mahsyar kelak.




~kini aku telah lebih mencintai aku. ya..

23


" Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah menjadikan bunga dan memberinya kewangian. Allah menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya CINTA. Jika hati mu diberi-Nya nikmat cinta sebagaimana hati ku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut tuhan kembali "







TKVDW~

Rabu, 6 Ogos 2014

24




menyedari dan mengakui diri sendiri adalah seorang yang teruk- rasanya tidaklah begitu teruk.

jangan sampai terbiasa kerana nanti sampai hilang rasa.

Selasa, 5 Ogos 2014

20+


mungkin kau tahu kelemahannya, kerana dia sengaja memberitahumu.  atau kerana dia mahu kau tahu.


dia percayakan kau.



-dramatv

tak rugi berusaha. walaupun akan gagal selepas tu.
berusaha tanda masih ada kemahuan.

mungkin kadang2.. gagal juga membuat kita tersenyum.
ah. siapa tahu

tak siapa tahu semua. dan tk semua itu utk diketahui pun.

apa angin pada malam ini? aku tidak pasti 

Selasa, 22 Julai 2014

catatan




Dulu. 


Pengembara seperti mereka itu, tak pantas untuk kau tanyakan bagaimanakah, atau dengan siapakah? Tanyakan mereka di awal sapaanmu; "sekarang kau sudah di mana?"

Bila aku mula-mula simpan impian untuk terbang lebih tinggi, menjejak tanah asing, melangkah lebih jauh dan mengintai langit hujan emas, begitu lebar senyumku, kerana angan-angan yang mula mengisi kalbu itu. Kadang-kadang disusuli gentar dan bimbang pula, kerana percaturan takdir yang entah bagaimana.


Sekarang.

"Kalau benar direzkikan Tuhan. Maka kembara itu adalah untuk mempertajam akal, memperkaya budi, menyingkap hikmah dan rahsia tasbih alam,"

untuk itu.
Sebermula perjalanan itu,
adalah dengan hati yang lapang dan sukma yang tenang, mensyukuri bagian-bagian Tuhan yang teranugerahkan di atas namamu.

Ada ihsan dan izinNya, mimpi apapun akan bersahut, niat apapun akan tetap tertunai. 

insyaAllah.





















Isnin, 21 Julai 2014

buat si kecil


apakah yg lebih layak dan sepatutnya aku lakukan apabila kesayangan yang ingin dilindungi, pada waktu-waktu sukarnya dan aku pula tidak mampu untuk berada di sisinya; tetapi Allah telah memberinya pembelaan melalui insan lain?

segala puji dan syukur, Allah. terima kasih kerana memaqbulkan doa2, dan mengangkatnya ke sisiMu..

aku berharap untuk dia terus tersenyum dan ketawa, walau separuh jiwanya telahpun dibawa pergi..



~
apakah yg kerinduan ini menjanjikan kita? perpisahan telah menjadikan lidah kita masing-masing kelu bila berhadapan. tetapi hati-hati kita masih menyapa dengan mesra, aku pasti..kerana kita masih ada kenangan yang mendekatkan. bukan begitu?

(moga rindumu terhadap dia saban hari cumalah hitungan sang pencinta yang menanti satu pertemuan yg hakiki)




Ahad, 20 Julai 2014

countdown

aduhai. adakah aku benar-benar dilanda mid-life crisis?

entah kenapa sejak akhir-akhir ini wadah sukma yang halus itu dilanda galau yang tidak sudah-sudah. Dan aku pula menjadi tidak keruan dengan kerap. menjadi rancu yang tiba-tiba. menitis air mata dengan mudahnya.

 keadaan yang "gagal dikenalpasti mengapa" ini selalunya menumbangkan aku dalam masa yang singkat, melemah dan menewaskan aku.

walau bagaimanapun. entah mengapa. dalam haru pada hari-hari ini, aku juga mengesani wujud "bisik-bisik" yang aneh. yang menegur dan memujuk, cuba mendamai dan menenangkan. yang menjadikan aku cepat-cepat duduk tegak kembali, terasa punya harapan dan kekuatan; meski hati terasa sempit dan payah.

"hidup ini singkat sekali untuk kau rebah pada usikan ragu-ragu dan ketidak-pastian, juga pada ranah kebimbangan yang tidak-tidak. Hiduplah dengan yakin bahwa Tuhan Yang Maha Mengetahui tidak pernah mensia-siakan engkau;"
kerana masih ada masa; insyaAllah.

arrih qulubana, ya Rabb. 

malam


dan masih rindukan bulan
menengadah wajah ke langit
seolah di situ
terlakar warna warna
dalam hati

bilakah hujan lagi?
untuk aku duduk menekur
mengira-ngira titis rahmat Tuhan
dan kembali meraih tenang
bercinta lagi.

sungguh aku ingin bercinta lagi. .



Jumaat, 18 Julai 2014



mengintai bulan
menunggu malaikat Tuhan.
berputus asa dari ratapan
dan
mulai bercinta lagi.


tuhan
hati sepi sayu kerana rasa pudar hampir layu
akulah pengemis semalam
pada hari hari kulihat malam.
hanya malam


aku ingin bernyanyi. tapi iramanya tiada lagi dan hampa hiba ialah rasa yang menemani
entah dari mana.


(mungkin mood Tenggelamnya Kapal Van der Wijck masih terkesan) 

Selasa, 15 Julai 2014


bagaimanakah sebuah rasa bertukar setelah melalui beberapa fasa waktu?



Isnin, 30 Jun 2014

2 ramadhan


apa yang akan kita buat hari ini. kalau saat kematian itu adalah esok?


29jun



gembira balik kali ni umi tak terkejut tengok 'perkembangan" anak daranya. aku semakin percaya yang tubuh badan aku tinggi metabolisma.  :p

driving.



antara perkara yang paling aku takuti di dunia ini ialah memandu kereta.
aku sendiripun tak faham dengan cara apa aku boleh lulus ujian memandu tanpa ulangan.(ada sedikit riak di sini) haha.

jadi, aku tuliskan pada sehelai kertas, dan ditampal pada dinding bilik; "aku mampu memandu kereta dengan selamat"(sebab selalu takut langgar/cederakan orang lain. sendiri yang kena tak apa. kot)

misi merebut kereta. Jangan gagal lagi kali ini. Dan jangan cemarkan reputasi "garang" itu dengan ketakutan yang satu ini. aduhai -_-

aku perasan, yang kebanyakan post2 dalam blog ini adalah bernada putus asa dan menyedihkan.
haha.

fikirkanlah bahawa ada sesetengah orang hidup mencatur langkah seterusnya setelah menemui langkah buntu ialah dengan mengakui dan memuntahkan segala keperitan dan rasa sakit yang mereka rasai- meski dalam beberapa baris ayat yang kebanyakan orang tidak memahaminya. Kerana tulisan-tulisan itu adalah untuk diri mereka sendiri.

mungkin boleh fikirkan seperti yang semacam ini.

-0 days left


يا رب أرح قلبي يا رب

حتى عندما ابكي لمشقة الدنيا و كربها, ما زالت قلبي يسبح الحمد لله رب العالمين على كل ألوان النعمة: نعمة الفرح والضحك, ونعمة الحزن والقلق

Mengucap "kalau" itu mudah. Selalunya sebagai penambah rasa; menjadikan perjalanan hidup seolahnya lebih dramatis, dan seolahnya diri adalah si "suci",yang sering menjadi mangsa kepada keadaan.

Selamat pulang ke tanah air, wahai diri yang sama. Aku tak mampu menjanjikan perubahan. Kerana keluk dan lubang hitam yang sama itu; membuntuti tiap fasa dan langkah hidup aku.

Mengeluh panjang melihat langit. Terasa kelopak mata hangat sewaktu tremko tiba di lapangan terbang. Adakah ini biasa untuk seorang yang terbiasa bersenang-senang di negara orang?

Setibanya di negeri hujan batuku; sengaja menyibukkan diri dengan entah apa benda. Membesar-besarkan rasa pening dan mabuk; cuba untuk tidak membuka nostalgia. Terkadang hidup ini terasa seperti drama. Yang pentasnya selalu aja; adalah angan-anganku. heh.

Merasakan aku cukup kenal akan diri sendiri; terus-terusan diri dibiarkan bergerak, terus sibuk mengemas, naik turun tangga, makan, sembang, ketawa. Ingin merasa gembira dan baik-baik saja. Ingin melupakan segala yang merisaukan..

yang semakin aku ingin elakkan; sebenarnya semakin aku merasa takut.

Apa yang tertinggal? Apa yang masih tiada? Apa yang hilang?




Benar hidup kau ingin berputar di atas pentas drama? Benar ingin kau hidup dalam kotak hitam bertutup ini?

Maka ciptakan sebuah kisah bahagia untuk diri sendiri..




yang benar. si gadis di balik pintu.




Isnin, 9 Jun 2014

19 hari lagi


seringkali ketika aku meninjau jejak-jejak teman-teman, terasa ah, kerdilnya diri, entah dia di mana, aku di mana, jauh sungguh aku terkebelakang.

kadang-kadang bila merenungkan, aku tersedar betapa sebenarnya aku adalah seorang yang kesunyian dengan apa-apa yang aku ada dan segala yang aku tiada.

setelah itu, kata-kata terputus sendinya. Dan makna itu larut dalam sebuah kebingungan.

sehingga aku sering merasa gagal dalam menyampaikan.

akusigagal. haha





apabila aku hanya ingin didengari dan terlupa tiada siapa yang mampu memenuhi; itu selalu.
apabila aku sedar aku perlu banyak berdiam diri dan menghargai; itu jarang sekali.



#pasca peperiksaan. memenuhi masa 24jam sebelum pulang. Sibuk untuk diri sendiri dan meninggalkan satu kenangan manis untuk masa yang tidak akan kembali.

Rabu, 4 Jun 2014

#random


mungkin exam menjadikan aku letih dan menyebablkan aku terlalu ingat kepada diri sendiri.

aku ingin *tidur beberapa hari.

i miss that feeling of lost in humaitsara.

sekarang duk meraban je kerja.


 (no human being can bear this kind of creature, you know?  haha. ) 

hepi


i have a long list of "wishlist" with me.
but since it is marked with the word "later";
it is silly to be happy with that.
(which what i have always did before)
(and telling myself it is okay to be silly sometimes)

i am happy, after all.

*smile*

another few hours..


menjelang hari itu, sepertimana tahun-tahun sebelumnya, aku selalu membayangkan yang aku akan disambut oleh tetamu "berkerudung hitam" (seperti gelarku padanya)

hakikatnya semua detik yg berlalu itu, tidak pernah kosong tanpa pengawasan "si dia" yg khabarnya menjenguk 75kali sehari.

dan  tahun ini.




aku merancang meraikannya sendiri.


menghitung hari. 

Ahad, 25 Mei 2014

#random



maaf.
sebab tiada pada masa tu.
sebab tak mampu bantu apa2.
sebab hanya melihat dari jauh.
sebab membiarkan kau laluinya sendiri.

aku selalu harap aku mampu lakukan lebih.
ah, lemahnya. .



~ lega melihat senyuman itu. jaga diri, si kecil.  

Khamis, 22 Mei 2014



how much time have passed,
and about you,
that i have lost?

Khamis, 15 Mei 2014



ﻓﺎﻟﻌﻴﺶ ﻧﻮﻡ ﻭﺍﻟﻤﻨﻴﺔ ﻳﻘﻆﺔ    ﻭﺍﻟﻤﺮﺀ ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ ﺧﻴﺎﻝ ﺳﺎﺭ





#penyair   


ok, dah tahu kenapa diri sendiri tak sesuai untuk terlibat dengan (so-called) politik partisan ni. haha




Rabu, 14 Mei 2014




selalu saja hidup ini seperti petak petak yang merimaskan.

yang dalam mimpi aku adalah bulat bulat yang mudah tercapaikan.

bila bangun, sebenarnya aku sang pengkhayal zaman.

terlupakan, entah di mana Tuhan?













Khamis, 8 Mei 2014

rindu 2


dah buat "double-check".

i know what is wrong.
it is because i am not freeing myself and discover the truth from beginning.
time got wasted, to be truthful.

elhamdulillah for every chance You gave me. for every door you open for me.

guide me, as You please and by any means that brings me towards You. for i am not; except a clotted blood being created into human- because of Your mercy.



~tiap hari2 sejak aku kembali dalam hiruk pikuk hidup cairo. hati tetap rindu dan terkenang-kenang. aku tahu atma, tempat barakah itu permuqiman yang merehatkan; -bagi qalbu.

kerana sifatnya sama mungkin, maka melonjak-lonjak harapan untuk bersinggah ke Yaman; zawiyah para habaib.

rabbana taqabbal minna husna niyyatana warzuqna biziyaratiha >_<

Rabu, 7 Mei 2014


someday, someone will walk into your life and make you realise why it never worked out with anyone else. 

Isnin, 5 Mei 2014

alma mater.

kalau boleh, sumbangan untuk sekolah tu. mestilah bukan sekadar terbatas pada garis "sekurang-kurang"nya, atau yang orang sebut  ;"sekadar melepas batuk di tangga"?

aku tak tahu apa yang dianggap "sumbangan" itu pada mereka. seringnya kan kita pandang baik bukanlah tentu paling penting untuk orang lain.

ada yang lebih baik untuk bekas anak sekolah berikan daripada sekadar "tips2 menjawab peperiksaan"?





(mungkin yang perlu kau perhatikan bukan bentuk, tapi intipati)




Jumaat, 2 Mei 2014

gelap


para wali Allah itu,

ibarat cahaya.

yang semakin pekat dan gelapnya malam;

semakin terang dan kuat pancarannya.



~nafikanlah sekeras-sekerasnya. hati engkau itu.
milik Tuhan.




Khamis, 1 Mei 2014

senja

bila dtimbang-timbang keinginan dan cita-cita yg makin bertambah, atau semakin teguh,

kadang-kadang kerisauan timbul.

takut semua itu akhirnya punah, kecundang dan tidak kesampaian;
semuanya ditelan oleh kehidupan rutin dan keperluan kebendaan(?), masa(?), tanggungjawab(?).

atau sebenarnya aku yang masih belum memahami yang dipanggil iradat Tuhan itu ialah apa.

menurut ibn atoillah; seandainya engkau memahami "al-man'u" Allah itu, engkau akan mendapati sebenarnya "ﺍﻟﻤﻨﻊ ﻋﻴﻦ ﺍﻟﻌﻂﺎﺀ "

yg ditegah daripada engkau itu ialah punca pemberian dariNya.




~berehatlah hati, daripada merasa sempit atas perkara yang engkau tiada bahagiannya di situ.

Ahad, 27 April 2014

pasca rihla


orang yang bahagia ialah dia mengetahui di mana letak duduk dirinya; serta bertindak dan berkelakuan sesuai dengan kedudukannya.

berhentilah merasa risau dengan rezeki yang telah dijamin oleh Pemberi Rezeki.

bukanlah Dia memberi setelah engkau meminta, bahkan Dialah yg melanjutkan rasa inginmu ke hadrat doa dan permohonan. Maka berlayarlah, kerana angin dan laut itu milik-Nya semuanya.

:)

~the rihla is a long-awaited opportunity. alhamdulillah. 

Sabtu, 26 April 2014

fight.


The General asked Omar Al Mukhtar: “Are you fighting for Al Snouism?” Al Snouism was a religious movement known throughout the Arab world. Omar Al Mukhtar answered: “I am fighting you because of my country and my religion”. Then the General asked another question: “You have authority for most of the Libyans and you can order the rebels to surrender and to finish the war?” Omar Al Mukhtar answered with a statement that is very famous even till this day: “We do not surrender. We win or we die.”


*excerpt from http://voices4libya.com/voices-for-libya/read-the-book/al-haj-mohamed-omar-al-mukhtar/



soalan saya. adakah kita benar tahu apa yang sedang kita perjuangkan, kenapa dan bagaimana?


Jumaat, 11 April 2014

Ahad, 6 April 2014

formula


ada satu formula khusus buat kita yang "futur" dan hilang himmah dalam menuntut ilmu.

berdampingan dengan ulama. sama ada hidup atau yg telah meninggal dunia.

sertai pengajian bersama masyayikh. atau baca manaqib mereka.

biiznillah. penyakit futur akan menghindar.


Sabtu, 5 April 2014

#1


ada satu masa di dapur;-sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki-bila kita tiba-tiba meletakkn pinggan di rak gelas, atau span di tempat sudu.

kemudian tersedar dn cakap; "eh apa aku buat ni".

masa itu kan. fikiran tengah melayang ke mana-mana; tak fokus. bukan sebab tak tahu itu pinggan atau span.



tapi ini pengalaman dengan barang, benda tak bernyawa,tak berakal. mana ada pinggan palsu dan pinggan benar.

tetapi manusia ada. kedua-duanya wujud. yang benar(haq) dan batil.

selalunya. kita mengenal mereka dengan gelar-gelar itu, tetapi hakikatnya kita belum benar kenal dan tahu.













Jumaat, 4 April 2014

the skeleton must remain shut in the cupboard

because the rain will just fall.

anytime. 

Khamis, 3 April 2014

delima ranting senja


kerana merasa memiliki maka sukar melepaskan

apakah percaturan hidup engkau, wahai sang bebas?

Ahad, 30 Mac 2014

hai diri.
i love you.
be mine.



leaving myself in the dark. hoping for someone to fetch me with a spark of light.  be it the light of your eyes.

i wait.
for the rest of my life.




~ musim random






Jumaat, 28 Mac 2014

nostalgia

ada satu masa.
aku hanya ingin jadi anak kecil milik umi dan abah.
berlindung dari segala kelelahan. selamat. dan sentiasa dimaafkan.

entah siapalah aku sekarang.

hei mata.
kau bercinta dengan malam, kah?



Jumaat, 21 Mac 2014

peraturan



 Beberapa peraturan sebelum engkau meraih mimpi-mimpi dunia solo kau itu.

1. Lupakan mimpi itu.
2. Lakukan yang pertama dengan jayanya.

Tahniah. Sekarang, kau adalah seorang yang berdisiplin.



:p





 






dear sis.



my dear sis;

when were together; it seems to be forever.

And i thought. I am your big sis always.

But these days,

I realize that i am your sis.

and a stranger.




maaf



Aku selalu ingin memohon maaf kepada engkau.

Maaf.





Aku membiarkan engkau di dalam gelap.

Dan kita cuma bertemu di dalam mimpi.

Aku kau panggil.

Tanpa suara. Atau apa-apa.

Kerana teriak gegak gempita raungan kiamat itu, kau simpan rapat dalam hatimu.

Kau yang lemah yang aku kenali itu seperti itu.

Tetapi adakah kau tahu..

Aku si kuat ini lebih dahulu tertewas denganmu?

Tuhan,

Kasihani dia, kasihi dia, cintai dia, dakapnya erat ke pangkuanMu.


al-Fatihah.

















kawan baik



 Aku ada seorang teman. Berkenalan di bangku sekolah. Bertemu ketika kami sama-sama ingin berubah "baik".
Selalu aku dengar; kawan baik itulah dia orangnya yang sentiasa bersamamu ke mana-mana.
Sekarang, di sisiku tiada jasadnya. Tetapi keberadaannya sentiasa ditandakan dengan perkataan "sini"-
Dia sentiasa "di sini".

Malam ini tiba-tiba wajah dia yang paling aku ingat; beserta cebisan memori kami.

Masa itu, aku antara manusia paling hairan melihat dia. Setiap minggu; tak betah tinggal di asrama. Setiap petang selepas Prep; berkejaran ke pondok telefon, berlama-lama di sana.

"Memang tiap petang eh telefon?" soalku.
"Aah. Telefon ma(mama) ana."
"Lamanya."
"Aah;" dia ketawa; "Ana ni memang orang cakap manja gila. Dengan ma ana, semua ana cerita. Tiap hari mesti telefon, rindu nak dengar suara ma"
"Enti tau, kadang-kadang apa-apa je ana cakap dengan ma ana. Sedar-sedar dah berjam-jam. Kadang-kadang, ma sibuk. Dapat tanya khabar pun oklah, puas hati ana. Ana dengan ma ana dah jadi kawan baik dah;"
katanya lagi, masih ketawa.

Dan aku cuma tersenyum.



Beberapa tahun selepas itu, "kawan baik" kepada kawan baikku ini dijemput Tuhan.

Dan aku, baru merasa "kehilangan"nya malam ini.





Malam-malam air mata, hari gelap tiada bermatahari itu, dirasakan dia setelah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya. Bagi aku, paling kurang mereka memiliki masa "bersama" itu, kan.


~Kenapa aku merasakan kebenaran itu pahit?
 Adakah kerana kebenaran menyentuh luka paling dalam; tersembunyi dalam hati?



Rabu, 19 Mac 2014

matruh-siwa 17-19feb


masjid kota Shali

"akak, nanti sampai mesir. Pergilah mana-mana, tangkap gambar, tulis jurnal, buat catatan pengalaman,"
Aku masih ingat. Ini cadangan abah; semasa memandu kereta; ketika itu aku berada di sebelahnya. Menghitung-hitung hari berlepas ke Mesir.
Jawab aku; "tengoklah nanti." Dalam hati; aku berasa saranan abah tu macam tak mungkin. Yang aku terfikir; aku akan ke mesir, belajar macam budak baik, kelek buku ke sana ke mari, tak punya masa untuk berjalan ke mana-mana.

Hari ini. Aku rasa; kata-katanya 3 tahun lepas bukan cadangan saja-saja. Sebenarnya; itulah impian dan harapannya dulu; mungkin. Tetapi keadaan dan peluang(ya, inilah yang membezakan kita) menjadikan impiannya sekadar mimpi. Aku tidak tahu. Tetapi kalau inilah sebabnya mengapa abah antara orang pertama yang begitu gembira menyambut tawaran belajarku ke mesir dulu..

aku rasa bersalah. Kerana mengabaikan cita-cita, harapan-harapan, keinginan, yang sangat jarang abah zahirkan di hadapanku.

Aku tidak ada sebarang catatan penting untuk manusia lain. Ini sekadar nota peribadi; pengalaman sendiri di bumi asing; atas tiket melancong. Dan satu perkara paling signifikan hasil perjalanan tiga hari-tak sampai- ialah nilai diri engkau. Siapakah engkau dalam ramai manusia yang tak "sefikrah" dengan engkau? 
haha.

Menghayati hidup rakyat marhaen. 

Dan. Erti jemaah. Ada la sikit kot.

Malas nak catat panjang. Akan dihuraikan dalam perjalanan pengalaman yang takkan berakhir di sini. InsyaAllah.

I miss Matruh. The Evil revealed. But The Good never lose. (Ini pengaruh Pakcik Paulo.) 

And Siwa, i miss Shali.
(gambar)
Aku membayang-bayang aku hidup pada zaman hidupnya Kota Shali, dan sempat bersama-sama warga kotanya menuju ke masjid, untuk solat berjemaah bersama-sama. Dalam bayangan aku, waktu itu malam. Lampu garam masjid bernyala, dan manusia berduyun-duyun dari arah atas kota, dan bawah kota; semuanya ingin menyahut seruan Yang Esa. 
Allahu Akbar. Damai. Meski yang tinggal kini hanya tinggalan sebuah tamadun yang dulu Islam pernah menyubur. Ah, sayang. Bercuti gaya marhaen lagaknya, wang saku pun tak cukup untuk senaskhah buku kajian terhadap kota Shali yang ada dijual di sana. pergh :p



ps: ada banyak tempat nak review. mungkin pada entri akan datang. 

guru murshid


"Bahawa sesiapa yang menjumpainya maka hendaklah bersyukur siang dan malam kepada Allah dengan semata-mata limpah kurnia telah memberikannya perbendaharaan yang agung dari perbendaharaan syurga"

-Imam Sanusi; Syarah Umm Barahin.

jujur

Jujurlah, agar Cintamu tembus melihat Tuhan.
Akan dikirimkan sejambak Rindu,
Menjemputmu ke hadrah-hadrah malam,
di sana akan kau temukan siangmu,

Ingatan kan jadi kurniaNya paling dekat,
dan tangis, teriak, derita adalah janji nikmat,



(like old days,) malam ini hatiku berbisik kata-kata ini; berulang-ulang kali. Aku tahu, sejak sekian lamanya jalan yang terbiasa aku lalui ini; sekarang seolah-olah sangat jauh tak terjejak. Dan hari-hari di mana "tenang" yang pernah aku kecapi itu entah bersepai ke mana.

Sakitnya, Tuhan. Kalau ini istidraj daripadaMu.
















Selasa, 18 Mac 2014



Maha Suci Tuhan yg menciptakan diri manusiawi ini, dengan sisi aqli, hidup dengan ruhi, yang hingga kini masih tercengang-cengang mengagumi, masih tidak habis-habis belajar tentang diri sendiri, dari diri sendiri, untuk diri sendiri-yang akhirnya menjadikan aku tertunduk; malu sendiri.

Sekian lama aku mengangkat diriku menjadi Engkau;

Rintih.



Selasa, 11 Mac 2014

gembira.

ketawa. kuat-kuat. tersenyum.
tetapi. .
air mata bercucuran, jatuh.
dari rekahan hati yang sakit.



masih belum cukup lagi menangiskah? duhai mata?




Isnin, 10 Mac 2014



kenapa si pendosa ini yang Engkau jemput meraikan "pesta" malamMu beserta para malaikat dan jiwa-jiwa para pencinta-Mu?

"dan ada segolongan manusia memandang dosa-dosa mereka seperti lalat yang hinggap pada hidung mereka," bukankah ini- aku?

Tuhan?







hidup untuk satu hari lagi. satu kebaikan, mungkin? 









Tuhan.

Untuk bahagia hari ini,
Terima kasih.
Untuk derita semalam,
Terima kasih.
Dan,
Untuk bahagia hari ini setelah derita semalam,
Terima kasih.










p/s: pada malam yang hujan semalam, aku terlupa bahawa aku masih DIIZIN Tuhan untuk merasa bahagia.

Khamis, 6 Mac 2014


i am "talking" to them trough maryam, luqman and yusuf.

o my Lord. Grant us your mercy, give us opportunity to love and care for them; truly.

i miss you my precious.

hai si kecil seberang bumi yang kurindui.

suaramu, senyumanmu, tawamu, kamu.

semalam yang tanpamu adalah suram.

Berdoa dipertemu lagi di dalam mimpi.

Seperti sebelum ini.

tetapi usah menangis lagi.

moga matahari yang semalam menyinari harimu,

berkunjung lagi mencerah sekeping hati..

.......

i miss you.





ps; kata orang, kerana rindulah nt selalu menjenguk mimpi ana. Harapnya, nt juga bertemu ana dalam tidur nt.
dulu konon-konon berlakon watak elya dan asiah. Rupa-rupanya kita juga punya kisah sendiri.
i am waiting. may time heals everything. :)

hai bumi barat.

banyak sangat "pengacau"

atau sendiri yang tak cukup tegar?

minta maaf kepada kamu yang tinggi berharap; atau setidaknya punya jangkaan yang tinggi terhadap aku..

yang hanya seorang aku.

haih.



looking at the mirror; measuring myself and the copy one of me-this is what people thought of me. and yet, i don't know which one appears brighter.

i mean. is it the one i am thinking i am is really me? haa...



nampaknya mat jenin punya ramai pengikut dan pewaris.
dan aku juga adalah perempuan patah hati yang semalam.

jadi..

ada masalah?





ps: rindu Rooftop Rant. dan jerangkung-jerangkung dalam almarinya. :p


Jumaat, 28 Februari 2014

munazarah

dah beberapa waktu berlalu, sejak "pergaduhan" terakhir kami.

dalam banyak keadaan, dia atau aku akan lebih banyak mendengar, walau berselang dengan beberapa persoalan dan perbincangan, tak kurang yang berakhir dengan kebuntuan.

Hari ini; detik-detik menjadi panas lagi. Antara "keegoan kami, atau perasaan benci dan amarah yang menjadikan perbincangan larut kepada sebuah perdebatan.

munazoroh..perkataan ini mengetuk akalku. aku juga manusia. ya, dalam banyak bicara dan situasi, aku juga berpihak kepada satu-satu pihak, dan disebabkan aku juga insan yang masih sedang mencari, maka banyak pertimbangan yang aku buat adalah condong dan berhujung dengan koma kejahilan.

sesuatu yang mampu jadikan aku tersenyum ialah; kami mencabar fikir dan pendirian sendiri lagi. Mengasak akal dengan persoalan-persoalan, dan memacunya dengan keinginan untuk tahu. Untuk menyingkap yang kita panggil "kebenaran".

Jadi seharusnya dialog ini berdiri di atas satu dasar yang kukuh. Atau kelak bersepah-bercabang entah ke mana-mana.

Sabtu, 8 Februari 2014

Seminar Belia dan Intelektual-satu pandangan 1

Sejujurnya, seminar satu hari ini ialah pengalaman yang baik untuk saya; dan alhamdulillah perjalanan sepanjang hari dipermudahkan; dari meredah sejuk pagi berseorangan, sempat singgah ke madyafa pada petangnya untuk menghadiri kelas pertama daurah fiqh; sehingga akhirnya "dijumpakan" dengan 2 teman dan seorang musyrif untuk perjalanan pulang kembali ke hay 10.

Seminar ini jika diringkaskan dalam satu kalimah; "realiti" adalah perkataan pilihan.

Satu program yang bagi saya; adalah lebih membumi, tidak dipenuhi sekadar semangat-semangat membara; bahkan kekurangan-kelompongan diri ditayangkan selebar-lebarnya di hadapan mata.
Kami tidak sekadar ditekankan dengan kata-kata: "mahasiswa bertanggungjawab terhadap masyarakat," "Bila pulang ke tanah air; mahasiswa mesti berperanan"; bahkan diberi contoh, cara gerak dan bertindak yang mudah katanya; "praktikal" untuk dilakukan.

Panel pertama dalam slot "Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang" mengingatkan saya kembali kepada pertemuan kurang setengah tahun yang lalu dengan seorang aktivis tanah air; bilamana beliau menegaskan mahasiswa harus sedar perbezaan signifikan antara "aktivis" dan "aktivitis"; kerana kesan dan natijah serta manfaat yang akan sampai kepada masyarakat adalah berbeza.

Objektif penyampaian seperti yang ditegaskan oleh panel ialah beliau akan berkongsikan perspektif dan sudut pandangnya berkenaan skop tajuk yang mengarah kepada pendidikan- disebabkan maudhu' ini lebih dekat dengan mahasiswa.

Yang paling saya terkesan sepanjang penyampaiannya; panel menekankan peri pentingnya selaku mahasiswa; untuk sentiasa menilik diri; apakah telah mengoptimumkan semua aset yang dimiliki untuk akhirnya menyumbang kepada masyarakat? Kerana golongan mahasiswa ialah golongan yang mempunyai akses kepada ilmu, bergiat dalam lapangan ilmu, malah sebenarnya ialah golongan terpilih dan yang "diberi peluang" berbanding ribuan lagi individu2 yang terhalang daripada mendapatkan pendidikan disebabkan masalah kemiskinan dan lain-lain. Bertitik-tolak daripada perspektif ini; panel mula merungkai satu demi satu ketirisan yang sedang berlaku dalam masyarakat mahasiswa hari ini.

Keadaan semasa memperlihatkan tuntutan mahasiswa dalam bersuara; agar bebas membincangkan sebarang isu, agar teriak luahan pandangan didengari pihak berwajib, malangnya tuntutan-tuntutan ini seringkali terhenti sekadar "untuk bersuara", dan melepaskan emosi. Sedang sebenarnya alangkah baiknya jika kita menyedari bahawa manusia berhak untuk memperbincangkan sebarang ilmu, menyuarakan pandangan dan pendapat; tetapi hendaklah bersempadankan dengan adab. (saya kira harus ada pendefinisian terhadap adab dan penjelasan lebih khusus membincangkan tentang ini. juga. terhadap faham ilmu )

Golongan mahasiswa zaman IT juga terlibat secara langsung sebagai pengamal budaya "ekspres" dan akhirnya terjebak ke dalam penyakit "terburu-buru". Sindrom ini sangat jelas terlihat melalui kegiatan mahasiswa di laman muka buku. Tak sempat-sempat menilai sumber berita, (malah tidak sempat membaca sampai habis pun kadang-kadang), kursor terus dihalakan ke perkataan "kongsikan". Akhirnya inilah yang dikatakan masyarakat yang tidak pernah ketandusan maklumat, tetapi ketandusan adab. Lebih kronik, kita lebih gemar untuk percaya dengan paparan2 di muka buku tanpa timbang-tara yang benar dan adil.

Isu lain ialah "ignorance state"-ketidak pedulian dan tidak mahu keluar dari lingkungan selesa, malas berfikir, bersetuju untuk tidak bertanya "kenapa" sehingga yang muncul dan keluar dari pusat-pusat pengajian ialah mahasiswa-mahasiswa yang telahpun "disembelih", terperangkap dalam gejala bebalisme, tidak berupaya menyelesaikan masalah sendiri; apatah lagi umat dan masyarakat-bertitik-tolak dari kegagalan menganalisa masalah sebenar yang semakin hari semakin bercambah ke pelbagai daerah hidup.

Satu penyampaian yang cukup kemas, cukup mencengkam dan membuat diri terhantuk banyak kali. Serius.

Suka saya sebutkan di sini perkongsian pengalaman panel sendiri, semasa bergerak di malaysia bersama rakan-rakannya; dan merancang untuk menyusun satu program bersama anak-anak TFTN (),
beliau telah diberi amaran keras oleh pihak TFTN bahawa aktiviti kesukarelawanan yang mereka lakukan bukan untuk menambahkan kredit, bahawa kanak-kanak yang terlibat juga bukan sebagai kayu tambatan dan aktiviti pendidikan yang mereka lakukan bukan sekadar suka-suka- datang buat program kemudian habis- bahkan pihak TFTN mengalu-alukan kepada sesiapa yang berfikiran demikian untuk tidak turut-serta.
Di sinilah kami melihat betapa seriusnya mereka bekerja; bermasyarakat. Setelah memberi jaminan bahawa program yang dilakukan akan dibuat "follow-up" dan kajian selanjutnya, barulah panel dan kawan-kawannya dibenarkan melaksanakan program.

Kesimpulan.

Seminar yang seperti ini- yang pertama kali seumpamanya pernah saya hadiri (setelah gagal menghadiri Simposium UTAM pada tahun lepas) banyak membuatkan saya berfikir. Tentang diri sendiri. Tentang membina komuniti yang berbudaya ilmu, yang tidak segan malu kucing untuk membahas dan berbicara tentang ilmu, isu, (selain waktu study group dan usrah, tentunya -_-. Juga selain asyik membincangkan politik dan haraki) bukan sekadar untuk tidak segan, malah menjadikannya aktiviti paling giat. Kerana perbahasan-perbahasan ilmiah dan muzakarah-muzakarah ini adalah sangat penting (pernah juga dinyatakan oleh YDP Ustaz Mun'im sendiri) terutamanya semasa tempoh pengajian. Tempoh yang mana kemampuan akses kepada ilmu sangat terbuka luas.


Muhasabah.

Kalau betul ingin menegakkan "daulah islamiah" seperti gahnya zaman khulafa' misalnya zaman 'Abbasiy; tidak mahukah kita mencontohi semangat dan budaya ilmu seperti mana zaman itu? Zaman yang mana para petani meminta agar ilmu Usul Fiqh disusun dalam bentuk lebih mudah untuk mereka hafaz sehingga lahirlah Matan Waraqat?

Bukankah jelas-jelas menunjukkan pada kita; sedangkan para petani-masyarakat awam juga pada ketika itu mempelajari ilmu sesukar Usul Fiqh; maka apatah lagi yang namanya "Tholibul-Ilm"? Tidakkah kita berasa terlalu rendah dan kecil untuk melaung-laungkan slogan-slogan seperti "menjadi generasi ulama" apabila realiti sebenarnya setelah penat berteriak, kita pulang ke rumah dan bermain permainan di telefon bimbit berjam-jam, atau menonton drama-drama sepanjang hari, atau membaca novel-novel cinta, atau berteleku menelaah status-status muka buku berjam-jam; mengkagumi entah apa benda.

Tidak malukah kita bermalas-malasan; memberi alasan untuk tidak membaca perbahasan-perbahasan ilmiah atas alasan terlalu berat dan kritikal, memberi alasan untuk tidak membaca kitab-kitab dan teks klasik atas alasan ia memerlukan masa yang lama, juga menyorok-nyorok di balik kata-kata; "barangsiapa yang belajar tidak berguru maka syaitanlah gurunya" sedangkan hakikat sebenarnya ialah kita sedang membela kemalasan dalam diri dan lebih mencintai bersenang-senang menelan duit zakat yang diamanahkan untuk kita?



(sudah tahu tidak mampu membaca kitab sendiri; mengapa tidak keluar mencari kelas-kelas talaqqi kitab-kitab tersebut? Setelah itu pula ulang baca di rumah dan bertanya kepada guru istilah-istilah atau apa-apa yang menyangkut faham kita.
Kalau tidak pernah itqan membaca kitab-kitab dalam bahasa arab, tidak berusaha mengupayakan diri memahami istilah-istilahnya, maka jangan disalahkan bahasa kitab yang tinggi. Dalam kebanyakan masa; manusia terhalang mencapai sesuatu kerana dia yang tidak jujur dalam keinginannya)



Pasca Seminar.

Ada beberapa idea yang berlegar dalam fikiran yang perlu diperhalusi. Ironinya, beberapa orang teman juga mempunyai buah fikir yang sama yang kami peram hingga ke hari ini. -_- ah ruginya.
Moga dipermudahkan dan dipandu terus atas jalan lurus. amin.


Isnin, 3 Februari 2014

ubat


"القرآن شفاء لما في الصدور"

  فالشفاء الدال على أنه الدواء يزيل المرض ويرد الإنسان المريض إلى حالته الأصل وهي في القوة والصحة.. 
ليس هذا فحسب, بل الإنسان لا بد أن يهتم بقوله تعالى على أنه شفاء لما في الصدور. أليس هذا ينبهنا على أن من لدنا الآفات بل يخصصها الله أنه يوقع في الصدور. فما تجد بها لو لا القلب ؟ تجعل الآية الرمز والعلامة حتى نتأمل فيها ونفكر عنها. فليتذكر يا أولي الأبصار..



It is not easy when everything going just nut and crazy and nothing seems can settle down the situation, and even the 'aql can't think well. (Even after you scream to the top of your head, and slept for hours) And it's even brings more troubles and pains when you realize that you are just living being silly with nothing can endure the hardship you are in. And as if; you're in a rat trap-with no escape. (I know this was just too much) 
But later on; something just slipped in your sick mind.
and your heart is encouraging you to do it.

Quran cumleleri oku ve dinle. hergün quran söyler, anlayışı ile okur...






Ahad, 2 Februari 2014

getting rid of pains

Trust yourself. Trust begins at home, with yourself. If you learn to trust yourself, you can radiate this trust onto others. Begin by making a list of all your good points. Stick this list up somewhere that you can see it regularly, to remind yourself that you're fully equipped with great talent, skills and features already. Moreover, only compare yourself to yourself, always seeking to outdo your last achievement without worrying what other people are doing. Remind yourself daily through a journal, affirmations or other effective way that you have what it takes, like the song goes, to be fulfilled in life. Practicing healthy thinking must be a daily, recurring action––that's why it involves constant practice. In time, the healthier thinking processes will take over the destructive ones and help you to become a whole person, resilient, capable.

ظلمات الليل

pada malam ini.

aku sudah tidak tahu membaca.


******************************

كم كنت أتمنى ان أكون في رحاب الأساتذة دائما ولا أسن حتى أن أقرأ أمامهم وأتعلم منهم وأتذوق من منهلهم وكفاني بالصحبة والتغلغل بجوارهم ولن أفارقهم طول حياتي...

ولكن التمنى هي الكدية والخداع وطول الأمال ضياع العمر فكم من وقتي كنت من الخاسرين؟

ويلك فويلك يا أهل الكبائر!!

ضللت في طريقي وأبتهل إليه رجاءا أن يوسعني الساحة حتى لا يموت قلبي قيل أن يميتني أجلي..

random#

bagaimana kanak-kanak bermula dari zero dan belajar segala-galanya dengan penuh semangat; rasa ingin tahu yang tiada hentinya?

bertatih, melangkah, berlari. seolah tiada "penat" dan mentari sentiasa terbit untuk mereka.

kelakarnya. untuk manusia yang telah dua dekad hidup masih tergagau-gagau sendiri, seakan akulah manusia yang lahir terus menjadi dewasa. Dewasa pada umur. pada fizikal. 
lamenting over the moon.

Khamis, 30 Januari 2014

mukemmelik arayan

dalam beberapa hari ni mungkin fikiran aku sangat bertumpu kepada perkataan "sempurna".

kerana itu aku berjumpa dengan cebisan-cebisan bermakna yang membawa erti "sempurna", atau had sifat, apa-apa sajalah. yang telah sejak sekian lama walau apapun logik di sebaliknya, tetap aku imani kemunculannya bukan sekadar kebetulan.

Jadi jiwa manusia memang mendambakan kesempurnaan. yang mana menurut imam Ghazali; hanya boleh dicapai melalui dua perkara; iaitu ilmu dan kuasa. sekian ramai orang yang bernaung di bawah frasa "knowledge is power" yang akhirnya meninggalkan erti "knowledge" dan tersemput-semput mengejar lafaz "power".

Lalu dalam satu penemuan yang lain; menurut Sozler; dari tinta Badiuzzaman Said Nursi; manusia itu, meski punya anggota yang sama dengan haiwan; tetap terbeza dengan kedudukan fungsi dan keistimewaannya yang lebih tinggi daripada haiwan. misalannya; jiwa manusia itu mendambakan kesempurnaan.

Menerusi makalah Suhaib Webb; bertajuk;"How To Overcome Sadness and Be Happy". Segala angan-angan tinggi melayang aku itu sekurang-kurangnya diikat dengan satu tali yang tersimpul pada sepohon pokok yang mengakar ke bumi.

Lalu satu tanda inginku pahat terus; yang Tuhan tidak pernah gagal memberi. Meski manusia sangat sedikit mensyukuri.

Kenapa firmanNya berbunyi; "sekiranya kamu bersyukur, maka pasti akan Aku tambahkan bagi kamu"?
Adakah Dia akan mengurangi nikmatNya bagi insan2 yang memang alpa lagi selalu gagal berterima kasih?
Hari ini logikku menjawab; kerana jiwa yang mensyukuri itulah baru melihat sedikit sudah memadai; yang sempit juga adalah kelapangan, musibah pula adalah rahmat. Maka tidakkah "basirah" itu saja sudah merupakan suatu nikmat? Lalu ditambah dengan redha Tuhan, berbuah terus nikmat itu tidak putus-putus,

dan aku ingin mengecap erti itu; ingin menghirupnya sebagai udara tiap saatku, kerana yakinlah yang selalu mengusung jiwa menempuh segala kesamaran dan persoalan-persoalan.

Adakah hari ini aku semakin jelas dan bertambah tahu? Adakah aku semakin dekat dengan Tuhanku?




ps; moga Tuhan memperkenan tiap2 doamu yang kau titipkan buatku dan mengabulkan pula bagimu berkali-kali ganda kebaikan.

"barangsiapa yang direzkikan baginya doa; maka tidaklah akan diharamkan baginya jawaban (terhadap doa itu)"
-Taalim Mutaalim; Imam Zarnuji.




Sabtu, 25 Januari 2014

marah

According to scholars, like Imam Al-Nawawi and others, when the Messenger of God sallallahu 'alayhi wasallam said;
"Do not become angry, "
He means do not allow anger to lord over oneself and cause the loss of one's comportment.

-excerpt from Purification of The Heart



p/s: ok sekarang aku sedar betapa banyaknya jerangkung dalam almari sendiri...

********

Jumaat, 17 Januari 2014

mengimpikan sesuatu yang kau tak boleh capai memang menyakitkan hati.


Rabu, 15 Januari 2014

pasca imtihan

(lihat apa yang aku jumpa setelah memilih untuk menjadi "ignorant" dengan hal-ehwal mesir pasca peperiksaan kertas)

Setelah dahulunya begitu cenderung dengan segala bagai filem dan drama-drama berunsur aksi, gaya dan seni pedang dari Cina, Jepun, Korea. Sekarang, baru rasanya harus tidak membiarkan ia berlalu sekadar halwa mata dan telinga.

*********
Baru usai menonton sebuah drama Korea kerajaan Monarki dinasti Joseon (banyak drama korea genre historis berlatar-belakang zaman ini)

Tolak ke tepi unsur cintan-cintun, emosi, pakatan hasad-dengki dan babak-babak yang tak memuaskan hati.
Yang menjadikan aku sangat tertarik dengan musalsal lebih dari 20 episod ini ialah watak heroinnya yang cerdas, dan bijak.

Entah kenapa aku sangat gemar melihat babak-babak bilamana para cendekiawan berbalas pantun, berbalas teka-teki, soal dan jawab perumpamaan, kata-kata bijaksana.
Kata-kata Confucius disebut-sebut, menggambar sifat-sifat dan ciri-ciri insan bijaksana, pemimpin adil, lelaki mulia, falsafah hidup dan kebahagiaan, etika; Simbol perlambangan untuk menyampaikan makna, dan lain-lain.
Turut ditayangkan kepercayaan-kepercayaan masyarakat zaman itu kepada shaman(bomoh), semangat dan ruh; sehingga muncullah begitu banyak perayaan dan ritual yang berdasarkan kepada kepercayaan-kepercayaan ni.

  (Terfikir bagaimana pulalah keadaannya semasa zaman Abbasiy 2, sudah pasti lebih dahsyat lagi.
Dengan maqamat, munazhorot, rasa-il, khutbah, kitabah dan bila mana bahasa Arab menjadi bahasa utama; tempat berkumpul para ilmuan, waktu giatnya irtihal para pencinta ilmu dari seluruh pelusuk negara; dari lembah Andalus, dari ceruk perkampungan Manbaj, bertawaf ke merata-rata; menuai dari ladang-ladang halaqat ilmu, ahh.

Dan bila dua pedoman utama umat ini mengalir ke wadi-wadi usul, mencapah ke sungai-sungai pelbagai disiplin ilmu; dan kembali kepada bahr yang tidak akan cukup-habis menuliskan ilmu milikNya; yang meneguk daripadanya tiap insan yang berhajat dan mencukupkan keperluan dan bekalan menuju Tuhan.)


meski kisah The Moon That Embraces The Sun ni ringkas, dengan plot-plot yang mampu dijangka, ringan dan santai selain babak-babak melucukan, (dan sudah pasti ada babak-babak yang tak perlu pun)

tetapi daya penariknya bagi seorang aku ialah budaya ilmi yang diterapkan kepada anak-anak para bangsawan ini sejak kecil. Mereka terdidik membaca karya-karya klasik, puisi2, sajak2 dan pantun2, selain menghafal sejarah dinasti-dinasti lalu (bagi anak-anak raja dan kerabatnya, mungkin termasuk anak-anak menteri), selain budaya berfikir, soal-jawab logik, dan kesemua kegiatan ilmiah ini yang melambangkan pemeliharaan warisan zaman-berzaman dengan akal dan dada generasinya. Lalu jadilah ia sejarah yang "hidup"; mengingatkan di kala lupa, mengilhamkan di kala sempit.

Entahlah. Mungkin aku je yang terlalu optimis dan romantis dengan segala yang dihidangkan kepadaku. (bukankah media alat propaganda paling berpengaruh? :P)

Watak-watak wanita bijak dan cerdik yang digambarkan dalam kedua-dua drama korea ini memang mengagumkan dan menginspirasi. Terutamanya drama Dong Yi; peranan wanita ini dalam menghadapi permainan politik di istana yang penuh dengan muslihat dan hasad dengki insan-insan yang tamak kerusi, bagaimana dia mengatur strategi, bagaimana dia menguji dan membezakan antara musuh dan kawan, dia yang berperanan sebagai sayap kiri bagi Maharaja, bagaimana dia mendidik anaknya dengan sifat-sifat keluhuran, menjawab persoalan-persoalannya dan membentuk arah pemikirannya, membantu anaknya mencapai kematangan akal lebih awal dari usianya; memilih guru yang bukan sekadar banyak ilmunya, bahkan bijaksana lagi mapan budi pekertinya.


Berkata tentang wanita-wanita cerdas dalam bidang keilmuan, aku pasti takkan lupa bahawa wanita-wanita sepanjang sejarah Islam juga punya sumbangan masing-masing; meski hasilnya dalam bentuk kitab atau maqalah itu jarang-jarang yang sampai kepada generasi terkemudian ini-kelemahan inilah yang menambahkan ke atas kelebihan mereka. (Menurut syaikh hamza yusuf; kerana tingginya tawadhuk dalam diri para ulama daripada golongan wanita, maka mereka tidak memilih untuk menulis kitab-kitab sepertimana ulama-ulama kibar terdahulu.)
walaupun demikian, dalam saf penyampaian majlis-majlis dan halaqat ilmu; para wanita yang dimuliakan Allah ini berdiri sebaris bersama ulama-ulama rijal ummah.

Aku sangat teringat kepada yang namanya Maryam itu; di zaman Andalusiy dahulu yang menyampaikan pengajiannya sehingga usianya mencecah 90tahun.
Dan qil riwayat yang mengatakan bahawa Imam Syafie sendiri berguru dengan begitu ramai wanita daripada para fuqaha', seperti mana juga ulama-ulama muktabar lainnya. Wallahu a'lam.


Penutup

Bagi aku, drama epik korea Dong Yi (khususnya) adalah kisah hikayat yang memenuhi citarasa. Aku mengharapkan lebih banyak filem-filem/ drama-drama Melayu yang menggambarkan kecerdasan para wanita bangsanya. Lebih-lebih lagi dalam soal keilmuan, dan didikan terhadap anak2 mereka.

Lagi best kalau filem yang melakonkan semula sunnah-sunnah Junjungan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam kehidupan sehari-hari di dalam rumah tangga (khususnya pendidikan-perlu beri lebih penekanan dari sudut ni)



P/S: Jadi, yang berbaki harus diambil dan diingati ialah mempersedia diri; mengoptimum akal dan kelebihan yang Tuhan beri. Bagi tiap insan ialah niatnya.




-sekadar catitan-catitan meninggal jejak untuk diri sendiri.






Isnin, 13 Januari 2014

bushro lana

*******************************************************************

aku selalu terfikir. Akankah semuanya berjalan lancar? Layakkah aku yang hudur ke hadratnya para insan yang mulia dan sentiasa membersihkan diri dari dosa-dosa?

semalam seolah satu malam yang ajaib buat aku yang hina dan entah siapa-siapa ini. telah tercapailah impian yang memperpanjang cita-cita; dan telah benarlah sabda Junjungan.

Cuma berqasidah. Memuji-muji. Mengingatnya. Memahat cinta. Memateri janji. Melunas rindu. Meraikan air mata dan ketawa. Merasa. Mengalami.

dan menggambarkan dalam realiti. Ini bahagian yang paling susah.

aku pun bukanlah anak murid yang sentiasa melazimi syeikhna. kadang-kadang hudur; selalu ghuyub saja. sampai aku terasa malu ingin datang ke majlis-majlis seperti ini; dan menatap wajahnya lagi.

tetapi fitrah manusia aku rasa. mencintai kebaikan. lebih-lebih lagi punca dan asbab segala kebaikan; yang dijadikan pada diri seorang Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. aku rasa; tiap muslim-dalam hatinya pasti ada bahagian yang senantiasa merindukan baginda. meski dia juga belum tahu dan cukup kenal dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. entahlah. ini pendapat peribadi.

Malam mawlid yang kerana kelahirannya; dimuliakan dari malam segala ganjaran-laylatul Qadar. Malam kecintaan; malam yang mengangkat doa-doa dan menutup dosa-dosa.

Malam yang aku harap-harapkan. Meski tidak dikurnia nikmat melihatnya; tidak pula dihijab dari merasai kehadirannya.

Alhamdulillah. بلغنا مقاصدنا  :)


Allah ballighu salamana.


kalau kau tak ada azam yang kuat, dan kau tak mula gerakkan langkahan kaki kau menghala ke arahnya; bermimpi sajalah. jadilah seperti mat jenin dengan mimpi-mimpinya.

kalau kau biarkan fikiran kau meracau dengan segala sangkaan  wahm yang tidak-tidak, dengan segala alasan yang remeh-remeh, yang tinggalnya nanti hanyalah engkau dengan harapan-harapan yang sia-sia.


yang kemudian kau ratapinya siang dan malam' mencela dirimu sendiri; "wahai diri-kenapa kau dulu begini-begini dan bukan begitu-begitu? kenapa.. kenapa.."

seolahnya segala keghairahan yang membara-bara itu kau padamkan apinya dengan satu simbahan. yang tinggal hanyalah kesan yang akan hilang bersama hilangnya kesempatan. yang nantinya kau cuma akan terkenangkan; "oh dulu aku pernah ingin melakukan;"






















rapu

yang katanya kuno-kuno. pura-pura.

tetapi benar sekali.

yang ikhlas akan menemukan yang ikhlas.



penat bergelut dengan malam; tetap esok masih cerah. mataku masih mampu menatap wajah sendiri di dalam cermin.

dan menatapnya..

aku menjadi resah sendiri.

ada jerangkung dalam almariku. siapa yang tahu? setiap masa ia mengintai-intai untuk menerjah keluar; merayu-rayu ingin berada di sampingku.



siapa tahu makna yang tanpa ibarat?


ada. bukan tiada.

ada.





~random sangat ni. 

Ahad, 12 Januari 2014

tanya tanda.


"mengapa kau bertanya untuk membalas hujah dan jidal orang lain?

mengapa kau bertanya agar kau mampu mendiamkan si lawan?

bertanyalah untuk tahu. agar dirimu bebas dari kejahilan. agar kau mendakap kebenaran. agar hujah itu kukuh dalam dirimu.

kau ingin tahu mengapa kau tak mampu menjawab persoalan lawan hujahmu?

kerana kau sendiri tidak tahu. dan tidak memahami mengapa kau harus tahu. yang ada dalam fikiranmu ialah jidal, debat, hujah. hujah. hujah.

hingga hilang jauhar dan lubab ilmu itu dari dirimu.

sehingga yang kau dapati ialah kenderaan. yang membawa kau entah sesat ke mana-mana.




ps; ini tanda seru kerja rumah pasca peperiksaan yang mendera, tetapi membuahkan banyak buah fikir dan percambahan idea. yang masih di awang-awangan-perlu diikat satu-satunya dengan kalam dan ibarat yang tepat.