Aku ada seorang teman. Berkenalan di bangku sekolah. Bertemu ketika kami sama-sama ingin berubah "baik".
Selalu aku dengar; kawan baik itulah dia orangnya yang sentiasa bersamamu ke mana-mana.
Sekarang, di sisiku tiada jasadnya. Tetapi keberadaannya sentiasa ditandakan dengan perkataan "sini"-
Dia sentiasa "di sini".
Malam ini tiba-tiba wajah dia yang paling aku ingat; beserta cebisan memori kami.
Masa itu, aku antara manusia paling hairan melihat dia. Setiap minggu; tak betah tinggal di asrama. Setiap petang selepas Prep; berkejaran ke pondok telefon, berlama-lama di sana.
"Memang tiap petang eh telefon?" soalku.
"Aah. Telefon ma(mama) ana."
"Lamanya."
"Aah;" dia ketawa; "Ana ni memang orang cakap manja gila. Dengan ma ana, semua ana cerita. Tiap hari mesti telefon, rindu nak dengar suara ma"
"Enti tau, kadang-kadang apa-apa je ana cakap dengan ma ana. Sedar-sedar dah berjam-jam. Kadang-kadang, ma sibuk. Dapat tanya khabar pun oklah, puas hati ana. Ana dengan ma ana dah jadi kawan baik dah;"
katanya lagi, masih ketawa.
Dan aku cuma tersenyum.
Beberapa tahun selepas itu, "kawan baik" kepada kawan baikku ini dijemput Tuhan.
Dan aku, baru merasa "kehilangan"nya malam ini.
Malam-malam air mata, hari gelap tiada bermatahari itu, dirasakan dia setelah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya. Bagi aku, paling kurang mereka memiliki masa "bersama" itu, kan.
~Kenapa aku merasakan kebenaran itu pahit?
Adakah kerana kebenaran menyentuh luka paling dalam; tersembunyi dalam hati?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!