hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ahad, 30 Jun 2013

1

tunggal.

tiada galang gantinya.

sekali. hanya sekali seumur hidup.

alangkah!

nur kamal asyraf musyrifin




2

bila hilang; ia takkan kembali

atau mungkin,

tapi takkan sama.



~ingatsampaimati.

Sabtu, 29 Jun 2013

3

to be part of someone's life-
is more than enough

:')

#livingacontentlife#

Jumaat, 28 Jun 2013

4

hidup sentiasa punya rahsia.

andai diri sendiri tidak mampu mengungkapkan tahmid untuk tiap-tiap nikmat dan niqmat yang bersinggah-dalam garis takdir yang sungguh panjang,

di sana akan sentiasa ada ayat; yang berlingkar sekali-berkait sama dalam jalur qada' yang luar biasa.

jiwa-jiwa manusia. dan pertemuan

aku ingin cemburu. tetapi lauhku juga punya kisah ajaib tersendiri.

lalu bukankh mensyukuri itu berkali-kali ganda lebih baik?

terima kasih Tuhan.


Jumaat, 21 Jun 2013

#




manusia itu; setiap dirinya adalah dia. dan jiwanya adalah jiwanya masing-masing.

tentang keadaannya. setiap masa dia adalah dia di masa itu. masa lalunya adalah takdir dan masa depannya majhul.

insan.
kelmarin dia begini dan esok dia begitu. berubah, tetapi ada yang tsabit. jiwa insaninya dia adalah dia.

dan talazum ruhnya, andai pernah menyatu(ittihad) kerana tala-umnya kalian,

maka engkau tahu, dia tetap dia.

meski sekarang suratnya lain sekali. tetapi kuulang, ruhinya adalah dia.











Khamis, 20 Jun 2013

lamhah


deactivate facebook, buang wechat viber semua rupanya bagi ruang untuk "hidup" dengan lebih baik.

no expecting.

no "syok-sendiri",

teruskan jalan. macam kereta api bergerak atas landasan.




ok je.



hikayat mimpi bersambung-sambung, banyak episod,

dalam mimpi selalu boleh pilih nak jadi watak apa,

meski mimpi ngeri pun boleh berubah 360 darjah; asalnya jadi mangsa akhir cerita dah jadi hero.

sebab dalam mimpi diri sendiri adalah pengarahnya, dan diri adalah pelakon. mungkin.

bila celik mata, kenapa tak boleh melakukan yang sama?

kenapa biarkan jiwa terjajah dan dipengaruhi orang?

terfikirkan perkara ni akhir-akhir ni. teringat sang kura-kura yang jatuh dari langit sebab terlalu pesonanya; ingin jadi seperti burung.

i just want to be content.
dont want to hurt and to be hurt by others.

tapi menyakiti diri sendiri…?






                       ******

hidup dengan keinginan yang banyak, dan masa silam-

perlu memilih, perlu ada kawalan diri dan disiplin.

dan perlu melepaskan begitu banyak perkara, cita-cita, atau impian.

terima diri sendiri seadanya.



jatuh seperti sang kura-kura;
adalah lebih sakit berbanding bersabar dan belajar menerima diri sendiri.




iamahappyperson,noneedforotherstoworry.



Ahad, 16 Jun 2013

jatuh cinta lagi



kelmarin jatuh cinta.

hari ini pun sama.

esok belum tahu.

dalam hati.

pohon hari-hari jatuh cinta.

sampai hari yang tidak mati-mati.



~bila seseorang kata; dia sentiasa mendengar apapun yang ingin kau luahkan, tetapi kau dapati dia tidak begitu; ketahuilah dia hanya manusia biasa.
seperti kau.

dan ketahuilah.
Yang sentiasa mendengar itu bukan tidak ada.
Dialah Allah.


r.u.h.i.y

dendangan burdah sadah yaman menenangkan hati.

kelmarin aku mimpikan syeikh Rohim.

dan aku sangat ingat Syeikh Yusuf sangat suka nama Sofi(suci)



dan hari ini rasa sangat teruk,
lalu "didampar" terbiar di jalanan sekali lagi.

bermain "lost and found" dengan Tuhan…?




~manusia, tolong berhenti "expecting" sesuatu apapun dariku.
kerana aku hanya seorang faarihah.

bacalah, kemudian bacalah

"bacalah dengan nama Tuhanmu"

bacalah, dan luaskan bacaanmu.
agar engkau membaca tulisan-tulisan(ayat) Tuhanmu di muka bumi ini.
bacalah manusia. bacalah hatimu, hati mereka.
bacalah kehidupan, bacalah kenangan, pengalaman.



…kelak nanti mampu kausingkap di balik tabir hatimu sendiri(moga-moga) adanya Dia.
                                                                   -I



~aku sebenarnya sangat ingin tahu mengapa aku bertemu engkau.

yang pasti; dulu dan kini telah terpisah jauh.
aku jadi rindu.

dan aku ingin ulang biar ratusan kali pun;
ILDAS, aku rindu!

thrillerrr

"bagi sang penghasut, kita tikam perutnya biar terburai segala isinya dan sisa makan tengah harinya…"


HAHAHAA~
(suara ala-ala Dark Vader)
=_=

~mood dah lama tak tengok atau baca cerita2 thriller.
kali terakhir ialah The Orphan; semasa makan-makan di Pizza Master hampir 3bulan lalu.

ohya. Dan memang kebanyakan cerita thriller adalah ditonton, dan tidak dibaca.

cakap pasal cerita thriller, aku terbayang hidup pelajar yang masih dalam tempoh peperiksaan(yang panjang dan meletihkan).
tahu subjek apa yang dikira subjek "killer"?
bila ulangkaji untuk subjek tu gila-gila punya ulangkaji dan lupa dunia.
lauk kat dapur dah 3hari basi, tong sampah penuh melimpah-ruah, siap ada perkampungan lipas lagi.
ruang tamu-berdebu macam dah lama tinggal.
tak terbayanglah tandas, bilik lagi.
memang 'bakal terbunuh' macam ni

=_="

cuma bayangan semata-mata. oh, rumah sendiri hampir jadi begini kalau tak ahli baitnya sentiasa prihatin. tq ahli baitku =)

(sila bayangkan memasak sambil berperang dengan lipas di dapur? euw. :S)


Malaysia: 17hari lagi