hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 26 Jun 2012

@_@


Diam itu, dalam banyak keadaan adalah yang terbaik.

Diam dalam keramaian.

Diam ketika dalam kekeliruan

Diam ketika berhadapan dengan bahang fitnah

Diam. Diam. Diam.

Kerana lisan, tatkala menjawab isu atau tuduhan, terkadang, malah seringkali tersasar dari titik perbincangan. Disertai kekabutan emosi, amarah dan hilang pertimbangan, lalu menghasilkan perbalahan yang tidak sewajarnya, memasuki ruang yang bukan seharusnya.

Malah dalam pada membidas kalam, manusia akan lebih cenderung melihat kepada "yang berkata", maka jadilah tuduh-menuduh yang menyentuh peribadi, sekaligus menghilangkan rasional dalam bicara..

Dan berakhir dengan perpecahan, melabel-label, dan menggolong serta mengkategorikan manusia.


Tetapi diam yang menjadi pilihan, bukan diam besi berkarat.

Diam memerhati, dan menganalisis situasi, menilai kewajaran hujah atau tindakan.

Sinis selalunya meninggalkan sakit, berbanding mencetus fikir,

mencari yang benar, mestilah dimulai dengan niat yang benar dan tindakan yang benar pula.


lalu adakah yang benar itu terpisah dari Allah?






~hati sakit. tetapi diri tertahan dari meletakkan hukum pada sang lantang bersuara, sangat takut melangkau dari seharusnya.

aku siapa dan dia siapa pula.
Andai kerana cinta harus memperhambakan diri, maka bukankah kita hamba dalam kembara ini?


Sabtu, 23 Jun 2012

NUSUS tahun 1



Zuhair bin Abi Sulma.
Umru Qais
Nabighah Zubyani
Khansaa’
Harith bin Hilzah
‘Antarah bin Shaddad

Heh. Kalau dah dapat pegang laptop ni memang kerja lain tak jalan. Macam ada hantu yang menghuni. Mungkin, ada. Hantu laptop yang beriman, moga. :p

Jom ulang hafal hafalan syair. Di kesempatan ini, saya akan memperkenalkan penyair utama zaman Arab Jahiliah; dan dalam tingkatan “top ten” penyair zaman ini, Umru Qais mengungguli tempat pertama.
Jangan terlalu cepat menyanjunginya. Sistem penilaian hanya berdasarkan syair-syair yang dihasilkan, dari segi kualiti bahasanya, taka da kaitan dengan peribadinya.
Sebagai pemakluman dan pengetahuan, Umru Qais ialah penyair yang Rasulullah s.a.w sebut dalam sabdanya;
“pembawa panji penyair ke neraka”
Hal ini kerana Umru Qais sepanjang hidupnya, dalam syair yang dihasilkan menyeru kepada kederhakaan dan kekejian(fahish). Atau orang zaman sekarang panggil hedonism.
Disebabkan Umru Qais ada satu kumpulan syair yang sangat panjang dan dipanggil mu’allaqat Umru Qais, ada satu bahagian yang saya pelajari dan agak sukar dihafal. Saya kongsikan di sini.

 فعز كنا سرب كأن نعجه  *  عذارى دوار في ملأ مذيل
فعادي عداء بين الثور و نعجه  *  دراك ولم ينضج بماء فيغسل
فظل طهاة اللحم من منضج  *  صفيف شواء أو قدير العجل
أصاح ترى برقا أريك ميضاء  *  كلمح اليدين في الحبي الكلل
يضيء سناه أ كمصابيح هاب  *  أمال سليط ال بالذبال المفتل   

Maksudnya apa? Em,, saya akui kelemahan saya memahami bahasa klasik ni. Jadi, saya tak Berjaya nak bawakan maksudnya bait demi bait.

Cuma dalam bahagian ni, bait syairnya menceritakan tentang penyair yang pergi berburu. Buru seladang, kijang dan Berjaya bawa pulang untuk kaumnya. Jadi diceritakan juga proses memanggang dan memasak daging tu. 

Maaf sangat. Maksud secara tak terperinci ni pun Cuma menjelaskan bait 1-3 syair di atas.

Tujuan posting saya pada hari ini ialah memperkenalkan kehebatan penyair zaman dulu, dari segi kesenian syairnya. Bahasanya sangat berbunga,klasik dan nahunya telah mencapai tahap tinggi. Kemahiran budak hingusan macam saya ni awal-awal harus serah diri(lebih-lebih lagi kalau tidak kuat usaha untuk menguasainya).

Jadi, nampaknya hadaf pada hari ini telah gagal. Kecuali, saya telah Berjaya menaip syair di atas tanpa melihat buku. Hehe.^^

Maaf kepada yang merasakan telah membazir masa membaca ‘post’ saya pada kali ini. *_*

Tapi jangan kecewa dulu. Saya ceritakan perihal Zuhair bin Abi Sulma sebagai ganti, ok? Antara banyak2 penyair zaman Jahili, saya paling suka Zuhair, walaupun penyair ini tidak memeluk Islam. Kerana meninggalnya Zuhair betul-betul sebelum kedatangan Islam.

Kenapa Zuhair yang terpilih?

Digelar Zuhair sebagai “Penyair Suci” kerana tidak berghazal1 pada permulaan syairnya dengan perkataan-perkataan tak senonoh seperti penyair lain.

Dan dalam ghazalnya (yang mewajibkan menyebut tentang perempuan- sebagai tradisi ikutan penyair2 sebelumnya), beliau hanya menyebutkan cintanya terhadap Ummu Aufa, isterinya dengan kata-kata yang memelihara kesuciannya. Malah lebih banyak menyebutkan ingatannya terhadap tempat tinggal kekasihnya itu, dan memerincikannya.

Yang menarik tentang Zuhair dalam Mu’allaqatnya, ialah lafaz-lafaz dan maknanya yang bertepatan dengan peristiwa yang berlaku. Contohnya; situasi perang yang dihadapi oleh Arab Jazirah pada ketika itu. Selain itu, Zuhair terkenal dengan sifat “siddiq”nya dalam memuji seseorang dalam syairnya. Zuhair tidak memuji, melainkan dengan sifat yang layak bagi orang yang dipujinya. Disebabkan ini, Saidina Umar memujinya.

Lafaz-lafaznya juga tidak terdiri dari lafaz2 yang pelik, dan makna2 yang rosak, juga tidak daripada perumpamaan yang tak sesuai. 

Dengan begitu banyak kelebihan yang Allah berikan padanya ini,  tak hairanlah beliau juga mengungguli “top ten” penyair terbaik zaman Arab Jahiliah. Kalau tak silap saya, beliau menduduki tempat kedua selepas Umru Qais.

Sementara Umru Qais memerlukan pemerhatian yang sangat-sangat-sangat mendalam dan teliti(sampai sakit kepala.), syair Zuhair lebih mudah difahami selain tak kalah juga kehebatan penyusunan kalimahnya.

Ok, apa-apapun menghafal syair(walaupun payah) sangat perlu bagi mereka yang mahu mahir berbahasa.

Terakhirnya, setinggi manapun kalam penyair Umru Qais yang disanjung dan diikuti oleh penyair2 selepasnya, 

Kalam al-Qur’an tetap yang tertinggi.

Belajar bahasa memberi peluang saya membuktikannya dengan mata kepala sendiri, bahwa bahasa Qur’an adalah yang teragung, paling indah, dan martabatnya dalam ilmu Balaghah, adalah tahap I’jaz yang terkhusus hanya untuknya, maka namanya ialah I’jaz Qur’an..

^^ Alhamdulillah. Maaf kalau ada kepala yang “jam” teruk selepas membaca ‘post’ ni.




~kena kuasai ilmu, dan kemahiran yang terbeban ke pundak kita. Jangan sampai kita mudah-mudah mengatakan “tak tahu” sebagai melepas diri daripada menjawab persoalan yang kita pernah berkesempatan mengetahui dan mendalaminya. Mengatakan “tak tahu” itu penting, tapi kalau sampai ia menjadi jawapan kepada kemalasan kita menguasai ilmu, maka kita sebenarnya telah mengambil mudah akan kewajipan kita.

Terima kasih.

Madinah Nasr; 12.52a.m,


~sasaran selepas ini ialah kitab “Audah Masalik” oleh Ibn Hisyam. kitab nahu. insyaAllah.


sekilas



Dalam aturan-Nya. Semalam bertukar ‘mood’ studi ke masjid Syarbini. Ringkasnya,tempat ‘lari’untuk akhowat-lupa-arah di Kaherah ni memanglah tak banyak. Alhamdulillah kami jumpa satu. InsyaAllah, kalau dicari(dengan bersungguh-sungguh), akan menjumpai, kan?

Suasana bahang semalam mempengaruhi keputusan kami hari ini. Syukur sangat Allah sudi  terima kami sebagai tetamu rumah-Nya ini. Dengan kemudahan yang selesa(khusus; akhowat) memang rasa rugi tak datang ke sini awal-awal dulu.

Ok, tajuk hari ini ialah Mesir.

Sedang berusaha menghafal beberapa bait mu’allaqat(syair), tiba-tiba telinga ni dapat menangkap nama Muhammad Mursi disebut.

(Sebagai perhatian; suasana semasa penulis menaip ‘post’ ini adalah 2 hari sebelum pengumuman rasmi Presiden Mesir yang dikatakan pada 21 Jun)

Apa yang menarik perhatian, bukan sekadar nama calon Huriyah dan ‘Adalah itu yang disebut, malah fulul dan beberapa nama sinonim dengan suasana mengundi sekarang. Dan lebih menarik, perbincangan itu datang dari kumpulan makcik-makcik40-50an yang tadinya sedang rancak dengan semacam satu kelas agama membincangkan beberapa surah dalam al-Qur’an, yang dimulai dengan pembacaan al-Qur’an secara bertadarus.

Apa yang terlintas dalam fikiran saya?

Kisah ini belum tamat.

Sesudah azan Isyak, salah-seorang daripada mereka menegur Nur, pada mulanya bertanyakan tentang tudung yang dipakainya. Tertarik dengan jahitan tudungnya yang kemas, mungkin.

Tetapi kemudiannya.

Makcik yang agak berusia itu bertanya pendapat kami tentang Mesir.

“Cantikkah Mesir atau buruk?”(diterjemahkan)

Tolak tepi semua kekabutan dan kegagapan kami memahami tuturan makcik ini, apa yang dapat dilihat ialah kekecewaan dan harapan tertinggi…

“Tiap kali kamu berdoa, angkat tangan kamu dan ucaplah; Ya Allah, bantulah Mesir.”

Bersungguh-sungguh beliau cuba memahamkan kami. Dengan gayanya dan caranya bercakap dengan kami.

“dan sujud kamu, doalah; Allah, bantulah Mesir.”

Pandangan matanya sudah bertukar lain. Kali ini disertai dengan linangan air mata.

Terkelu lidah kami, memandang antara satu dengan lainnya.

*********************************************************************
Bilakah seseorang akan mula meminta tolong dari sesiapapun? Hatta daripada orang yang tak dikenalinya?

Kamu betul.

Dalam keadaan sangat terdesak, kita akan menjadi tak kisah walau sesiapapun, asalkan kita mendapat pertolongan, bukan?

Mungkin,,, makcik tadi menyangka, walaupun kami sebagai warganegara asing; tak mampu menyumbang dari segi undi atau berhimpun di Tahrir…

Tetapi

Selaku seorang MUSLIM(!) ,, seolah-olah beliau ingin menyatakan;

“Sumbangkanlah sedikit dari masamu untuk memohon kepada Tuhanmu bagi kami- saudara seakidahmu sendiri,”

Walaupun sebenarnya tanpa doa kita pun, andai Allah menghendaki maka pertolongan pasti akan datang.

Tetapi, sunnah umat Muhammad, tiada pertolongan tanpa usaha dan mujahadah, melainkan seizin-Nya. Dan itupun jarang sekali.




~Bantulah diri sendiri menjadikan firman-Nya; "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" benar-benar suatu realiti. Sekurang-kurangnya untuk dirimu-terhadap mereka yang lain. ya. atma

Selasa, 19 Jun 2012

yang benar


Jujur.

Malam yang bahang itu menjadi temannya, bersendirian dalam satu monolog hati yang tak berkesudahan-selagi nafas masih dipinjamkan Tuhan.

Kalaulah..

keluh yang sama, dia pasti-turut dirasai jutaan umat di dunia. kerana manusia bergerak. manusia punya hati dan perasaan, merasa ingin dan mahu, dan amat sensitif pada kepentingan masing-masing.

Langit. tanpa awan

Aku pohon kejujuran.

Betapa banyak manusia, dalam senyum dan tawanya sebenarnya menyembunyikan perasaan amarah dan benci, perasaan iri, tidak senang dan dengki.

perselisihan yang kecil terkadang menjadi asbab terbesar manusia saling bermusuh dan berpaling.

kerana,

betapa banyak yang menulis kebaikan manusia lain di atas pasir, dan mengukir keburukan mereka di atas batu.

lemas menyelami pemikiran.. sahabat,

ukhuwah itu sekadar bergelak ketawa, bergambar dan makan-makan bersama?

menerima hanya yang baik-baik dan berkongsi saat-saat gembira?

penat.

jangan risau dan pusing,... sahabat.

bukan dirimu yg aku bicarakan di sini.


*****************************************************************

Seorang budak perempuan sedang mengira gula-gulanya. Tak jauh dari tempatnya, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain dengan gulinya. Terpandangkan gula-gula yang lazat itu, dia berjalan mendekati budak perempuan itu.

Kanak2 lelaki; Awak, jom tukar gula-gula awak dengan guli saya.

Kanak2 perempuan; boleh.

Kanak2 lelaki; Tukar semua. Gula-gula awak dan semua guli saya.

Kanak2 perempuan; okey.

Pertukaran dibuat. Semasa menyerahkan kesemua guli miliknya, kanak2 lelaki itu menyembunyikan sebiji guli paling besar, sedangkan kanak2 perempuan menyerahkan kesemua sekali gula-gula yang ada padanya.

Malam itu, kanak2 lelaki tersebut asyik terfikirkan kemungkinan, adakah kanak2 perempuan tadi telah memberikan semua gula-gulanya?

Di rumahnya, kanak-kanak perempuan tadi tidur dengan lenanya.



~Menjadi jujur dengan diri sendiri, jujur dengan Allah, jujur dalam hubunganmu dengan-Nya.. Dia akan membukakan bagimu apa yang tersembunyi dari rahsia-Nya..

Ahad, 17 Jun 2012

                      Kesilapan terbesar manusia ialah mengetahui kesalahannya dan mengulangnya.


******************************************************************************

kamu, saya dan mereka, akan bosan memaafkan kesalahan berulang dari orang yang sama, kan?

kerana kita cumalah si kotak-kotak kosong yang penuh cacat dan cela.terkadang merasakan diri lebih baik dari orang lain, betul tak? malah terfikir apakah si pesalah tak pernah berfikir untuk memperbaiki kesilapannya?

beruntunglah..

bagi jiwa yang merasa cukup dengan Tuhannya.

kerana merasa malu dan 'tidak ada', menjadikan dirinya bangkit dengan penuh kesedaran, dari jiwa yang faham dan beringat, lalu memperbaiki kesilapannya dalam tatih kadaran yang tertentu baginya, bukan yang dihukum manusia atasnya.

Allah.

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan-Mu.



*******************************************************************************


Berdiri di hadapannya, aku tidak ada alasan untuk menafikan dan membela diri.

Kerana yang sebenarnya yang ingin dibela ialah nafsu dan hawa!

Manusia, andai yang dicarinya ialah cinta, maka itulah yang akan ditemuinya.

Andai yang dicari ialah harta, nah!! di dunia inilah ladangnya.

Dengan semua rasa 'memiliki' dan 'ada', kau takkan mampu mengecap bahagia.

Apakah kau ingin mencari Tuhanmu, dengan berpaling makin jauh dari-Nya?


*******************************************************************************





~alhamdulillah 'ala kulli hal, wa astaghfirullah 'ala kulli zanbiy.. astabri-u nafsiy 'an nas kulliha wa dunya wa mata'iha. la ilaha illa anta, ya Zal Jalal wal Ikram.