hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 19 Jun 2012

yang benar


Jujur.

Malam yang bahang itu menjadi temannya, bersendirian dalam satu monolog hati yang tak berkesudahan-selagi nafas masih dipinjamkan Tuhan.

Kalaulah..

keluh yang sama, dia pasti-turut dirasai jutaan umat di dunia. kerana manusia bergerak. manusia punya hati dan perasaan, merasa ingin dan mahu, dan amat sensitif pada kepentingan masing-masing.

Langit. tanpa awan

Aku pohon kejujuran.

Betapa banyak manusia, dalam senyum dan tawanya sebenarnya menyembunyikan perasaan amarah dan benci, perasaan iri, tidak senang dan dengki.

perselisihan yang kecil terkadang menjadi asbab terbesar manusia saling bermusuh dan berpaling.

kerana,

betapa banyak yang menulis kebaikan manusia lain di atas pasir, dan mengukir keburukan mereka di atas batu.

lemas menyelami pemikiran.. sahabat,

ukhuwah itu sekadar bergelak ketawa, bergambar dan makan-makan bersama?

menerima hanya yang baik-baik dan berkongsi saat-saat gembira?

penat.

jangan risau dan pusing,... sahabat.

bukan dirimu yg aku bicarakan di sini.


*****************************************************************

Seorang budak perempuan sedang mengira gula-gulanya. Tak jauh dari tempatnya, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain dengan gulinya. Terpandangkan gula-gula yang lazat itu, dia berjalan mendekati budak perempuan itu.

Kanak2 lelaki; Awak, jom tukar gula-gula awak dengan guli saya.

Kanak2 perempuan; boleh.

Kanak2 lelaki; Tukar semua. Gula-gula awak dan semua guli saya.

Kanak2 perempuan; okey.

Pertukaran dibuat. Semasa menyerahkan kesemua guli miliknya, kanak2 lelaki itu menyembunyikan sebiji guli paling besar, sedangkan kanak2 perempuan menyerahkan kesemua sekali gula-gula yang ada padanya.

Malam itu, kanak2 lelaki tersebut asyik terfikirkan kemungkinan, adakah kanak2 perempuan tadi telah memberikan semua gula-gulanya?

Di rumahnya, kanak-kanak perempuan tadi tidur dengan lenanya.



~Menjadi jujur dengan diri sendiri, jujur dengan Allah, jujur dalam hubunganmu dengan-Nya.. Dia akan membukakan bagimu apa yang tersembunyi dari rahsia-Nya..

3 ulasan:

  1. sedang ada jiwa yg tenang...
    ada juga jiwa yang terselit seribu gundah gulana.

    ^^ tersirat juga kisah ini

    BalasPadam
  2. Assalam. Fasobrun jamil ya ukhti..
    Kehendak kehidupan manusia i2 terikut2 dgn hawanya..
    Hakikatnya, ruh yg suci dihiasi nafsu kotor..
    Mgkn memaafkan ada jalan terbaik, dan memandang sume musibah sbgai 1 hkmah..
    Salam mujahadah ukhti..
    :)

    BalasPadam
  3. :)
    yang terbaik.. ialah memandangnya dari sudut diri sendiri.

    Tanpa Nama. Gaya penulisan kamu seperti seorang yang dah sangat lama saya nantikan nasihat-nasihatnya.

    Dengan hati yang ikhlas, barulah akan ada sahabat yang Allah gerakkan untuk mengingatkan. Itu kata-katanya yang saya tak pernah lupa.

    Murobbi. :)

    BalasPadam

jom ta'liq!