hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 30 Januari 2014

mukemmelik arayan

dalam beberapa hari ni mungkin fikiran aku sangat bertumpu kepada perkataan "sempurna".

kerana itu aku berjumpa dengan cebisan-cebisan bermakna yang membawa erti "sempurna", atau had sifat, apa-apa sajalah. yang telah sejak sekian lama walau apapun logik di sebaliknya, tetap aku imani kemunculannya bukan sekadar kebetulan.

Jadi jiwa manusia memang mendambakan kesempurnaan. yang mana menurut imam Ghazali; hanya boleh dicapai melalui dua perkara; iaitu ilmu dan kuasa. sekian ramai orang yang bernaung di bawah frasa "knowledge is power" yang akhirnya meninggalkan erti "knowledge" dan tersemput-semput mengejar lafaz "power".

Lalu dalam satu penemuan yang lain; menurut Sozler; dari tinta Badiuzzaman Said Nursi; manusia itu, meski punya anggota yang sama dengan haiwan; tetap terbeza dengan kedudukan fungsi dan keistimewaannya yang lebih tinggi daripada haiwan. misalannya; jiwa manusia itu mendambakan kesempurnaan.

Menerusi makalah Suhaib Webb; bertajuk;"How To Overcome Sadness and Be Happy". Segala angan-angan tinggi melayang aku itu sekurang-kurangnya diikat dengan satu tali yang tersimpul pada sepohon pokok yang mengakar ke bumi.

Lalu satu tanda inginku pahat terus; yang Tuhan tidak pernah gagal memberi. Meski manusia sangat sedikit mensyukuri.

Kenapa firmanNya berbunyi; "sekiranya kamu bersyukur, maka pasti akan Aku tambahkan bagi kamu"?
Adakah Dia akan mengurangi nikmatNya bagi insan2 yang memang alpa lagi selalu gagal berterima kasih?
Hari ini logikku menjawab; kerana jiwa yang mensyukuri itulah baru melihat sedikit sudah memadai; yang sempit juga adalah kelapangan, musibah pula adalah rahmat. Maka tidakkah "basirah" itu saja sudah merupakan suatu nikmat? Lalu ditambah dengan redha Tuhan, berbuah terus nikmat itu tidak putus-putus,

dan aku ingin mengecap erti itu; ingin menghirupnya sebagai udara tiap saatku, kerana yakinlah yang selalu mengusung jiwa menempuh segala kesamaran dan persoalan-persoalan.

Adakah hari ini aku semakin jelas dan bertambah tahu? Adakah aku semakin dekat dengan Tuhanku?




ps; moga Tuhan memperkenan tiap2 doamu yang kau titipkan buatku dan mengabulkan pula bagimu berkali-kali ganda kebaikan.

"barangsiapa yang direzkikan baginya doa; maka tidaklah akan diharamkan baginya jawaban (terhadap doa itu)"
-Taalim Mutaalim; Imam Zarnuji.




Sabtu, 25 Januari 2014

marah

According to scholars, like Imam Al-Nawawi and others, when the Messenger of God sallallahu 'alayhi wasallam said;
"Do not become angry, "
He means do not allow anger to lord over oneself and cause the loss of one's comportment.

-excerpt from Purification of The Heart



p/s: ok sekarang aku sedar betapa banyaknya jerangkung dalam almari sendiri...

********

Jumaat, 17 Januari 2014

mengimpikan sesuatu yang kau tak boleh capai memang menyakitkan hati.


Rabu, 15 Januari 2014

pasca imtihan

(lihat apa yang aku jumpa setelah memilih untuk menjadi "ignorant" dengan hal-ehwal mesir pasca peperiksaan kertas)

Setelah dahulunya begitu cenderung dengan segala bagai filem dan drama-drama berunsur aksi, gaya dan seni pedang dari Cina, Jepun, Korea. Sekarang, baru rasanya harus tidak membiarkan ia berlalu sekadar halwa mata dan telinga.

*********
Baru usai menonton sebuah drama Korea kerajaan Monarki dinasti Joseon (banyak drama korea genre historis berlatar-belakang zaman ini)

Tolak ke tepi unsur cintan-cintun, emosi, pakatan hasad-dengki dan babak-babak yang tak memuaskan hati.
Yang menjadikan aku sangat tertarik dengan musalsal lebih dari 20 episod ini ialah watak heroinnya yang cerdas, dan bijak.

Entah kenapa aku sangat gemar melihat babak-babak bilamana para cendekiawan berbalas pantun, berbalas teka-teki, soal dan jawab perumpamaan, kata-kata bijaksana.
Kata-kata Confucius disebut-sebut, menggambar sifat-sifat dan ciri-ciri insan bijaksana, pemimpin adil, lelaki mulia, falsafah hidup dan kebahagiaan, etika; Simbol perlambangan untuk menyampaikan makna, dan lain-lain.
Turut ditayangkan kepercayaan-kepercayaan masyarakat zaman itu kepada shaman(bomoh), semangat dan ruh; sehingga muncullah begitu banyak perayaan dan ritual yang berdasarkan kepada kepercayaan-kepercayaan ni.

  (Terfikir bagaimana pulalah keadaannya semasa zaman Abbasiy 2, sudah pasti lebih dahsyat lagi.
Dengan maqamat, munazhorot, rasa-il, khutbah, kitabah dan bila mana bahasa Arab menjadi bahasa utama; tempat berkumpul para ilmuan, waktu giatnya irtihal para pencinta ilmu dari seluruh pelusuk negara; dari lembah Andalus, dari ceruk perkampungan Manbaj, bertawaf ke merata-rata; menuai dari ladang-ladang halaqat ilmu, ahh.

Dan bila dua pedoman utama umat ini mengalir ke wadi-wadi usul, mencapah ke sungai-sungai pelbagai disiplin ilmu; dan kembali kepada bahr yang tidak akan cukup-habis menuliskan ilmu milikNya; yang meneguk daripadanya tiap insan yang berhajat dan mencukupkan keperluan dan bekalan menuju Tuhan.)


meski kisah The Moon That Embraces The Sun ni ringkas, dengan plot-plot yang mampu dijangka, ringan dan santai selain babak-babak melucukan, (dan sudah pasti ada babak-babak yang tak perlu pun)

tetapi daya penariknya bagi seorang aku ialah budaya ilmi yang diterapkan kepada anak-anak para bangsawan ini sejak kecil. Mereka terdidik membaca karya-karya klasik, puisi2, sajak2 dan pantun2, selain menghafal sejarah dinasti-dinasti lalu (bagi anak-anak raja dan kerabatnya, mungkin termasuk anak-anak menteri), selain budaya berfikir, soal-jawab logik, dan kesemua kegiatan ilmiah ini yang melambangkan pemeliharaan warisan zaman-berzaman dengan akal dan dada generasinya. Lalu jadilah ia sejarah yang "hidup"; mengingatkan di kala lupa, mengilhamkan di kala sempit.

Entahlah. Mungkin aku je yang terlalu optimis dan romantis dengan segala yang dihidangkan kepadaku. (bukankah media alat propaganda paling berpengaruh? :P)

Watak-watak wanita bijak dan cerdik yang digambarkan dalam kedua-dua drama korea ini memang mengagumkan dan menginspirasi. Terutamanya drama Dong Yi; peranan wanita ini dalam menghadapi permainan politik di istana yang penuh dengan muslihat dan hasad dengki insan-insan yang tamak kerusi, bagaimana dia mengatur strategi, bagaimana dia menguji dan membezakan antara musuh dan kawan, dia yang berperanan sebagai sayap kiri bagi Maharaja, bagaimana dia mendidik anaknya dengan sifat-sifat keluhuran, menjawab persoalan-persoalannya dan membentuk arah pemikirannya, membantu anaknya mencapai kematangan akal lebih awal dari usianya; memilih guru yang bukan sekadar banyak ilmunya, bahkan bijaksana lagi mapan budi pekertinya.


Berkata tentang wanita-wanita cerdas dalam bidang keilmuan, aku pasti takkan lupa bahawa wanita-wanita sepanjang sejarah Islam juga punya sumbangan masing-masing; meski hasilnya dalam bentuk kitab atau maqalah itu jarang-jarang yang sampai kepada generasi terkemudian ini-kelemahan inilah yang menambahkan ke atas kelebihan mereka. (Menurut syaikh hamza yusuf; kerana tingginya tawadhuk dalam diri para ulama daripada golongan wanita, maka mereka tidak memilih untuk menulis kitab-kitab sepertimana ulama-ulama kibar terdahulu.)
walaupun demikian, dalam saf penyampaian majlis-majlis dan halaqat ilmu; para wanita yang dimuliakan Allah ini berdiri sebaris bersama ulama-ulama rijal ummah.

Aku sangat teringat kepada yang namanya Maryam itu; di zaman Andalusiy dahulu yang menyampaikan pengajiannya sehingga usianya mencecah 90tahun.
Dan qil riwayat yang mengatakan bahawa Imam Syafie sendiri berguru dengan begitu ramai wanita daripada para fuqaha', seperti mana juga ulama-ulama muktabar lainnya. Wallahu a'lam.


Penutup

Bagi aku, drama epik korea Dong Yi (khususnya) adalah kisah hikayat yang memenuhi citarasa. Aku mengharapkan lebih banyak filem-filem/ drama-drama Melayu yang menggambarkan kecerdasan para wanita bangsanya. Lebih-lebih lagi dalam soal keilmuan, dan didikan terhadap anak2 mereka.

Lagi best kalau filem yang melakonkan semula sunnah-sunnah Junjungan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam kehidupan sehari-hari di dalam rumah tangga (khususnya pendidikan-perlu beri lebih penekanan dari sudut ni)



P/S: Jadi, yang berbaki harus diambil dan diingati ialah mempersedia diri; mengoptimum akal dan kelebihan yang Tuhan beri. Bagi tiap insan ialah niatnya.




-sekadar catitan-catitan meninggal jejak untuk diri sendiri.






Isnin, 13 Januari 2014

bushro lana

*******************************************************************

aku selalu terfikir. Akankah semuanya berjalan lancar? Layakkah aku yang hudur ke hadratnya para insan yang mulia dan sentiasa membersihkan diri dari dosa-dosa?

semalam seolah satu malam yang ajaib buat aku yang hina dan entah siapa-siapa ini. telah tercapailah impian yang memperpanjang cita-cita; dan telah benarlah sabda Junjungan.

Cuma berqasidah. Memuji-muji. Mengingatnya. Memahat cinta. Memateri janji. Melunas rindu. Meraikan air mata dan ketawa. Merasa. Mengalami.

dan menggambarkan dalam realiti. Ini bahagian yang paling susah.

aku pun bukanlah anak murid yang sentiasa melazimi syeikhna. kadang-kadang hudur; selalu ghuyub saja. sampai aku terasa malu ingin datang ke majlis-majlis seperti ini; dan menatap wajahnya lagi.

tetapi fitrah manusia aku rasa. mencintai kebaikan. lebih-lebih lagi punca dan asbab segala kebaikan; yang dijadikan pada diri seorang Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. aku rasa; tiap muslim-dalam hatinya pasti ada bahagian yang senantiasa merindukan baginda. meski dia juga belum tahu dan cukup kenal dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. entahlah. ini pendapat peribadi.

Malam mawlid yang kerana kelahirannya; dimuliakan dari malam segala ganjaran-laylatul Qadar. Malam kecintaan; malam yang mengangkat doa-doa dan menutup dosa-dosa.

Malam yang aku harap-harapkan. Meski tidak dikurnia nikmat melihatnya; tidak pula dihijab dari merasai kehadirannya.

Alhamdulillah. بلغنا مقاصدنا  :)


Allah ballighu salamana.


kalau kau tak ada azam yang kuat, dan kau tak mula gerakkan langkahan kaki kau menghala ke arahnya; bermimpi sajalah. jadilah seperti mat jenin dengan mimpi-mimpinya.

kalau kau biarkan fikiran kau meracau dengan segala sangkaan  wahm yang tidak-tidak, dengan segala alasan yang remeh-remeh, yang tinggalnya nanti hanyalah engkau dengan harapan-harapan yang sia-sia.


yang kemudian kau ratapinya siang dan malam' mencela dirimu sendiri; "wahai diri-kenapa kau dulu begini-begini dan bukan begitu-begitu? kenapa.. kenapa.."

seolahnya segala keghairahan yang membara-bara itu kau padamkan apinya dengan satu simbahan. yang tinggal hanyalah kesan yang akan hilang bersama hilangnya kesempatan. yang nantinya kau cuma akan terkenangkan; "oh dulu aku pernah ingin melakukan;"






















rapu

yang katanya kuno-kuno. pura-pura.

tetapi benar sekali.

yang ikhlas akan menemukan yang ikhlas.



penat bergelut dengan malam; tetap esok masih cerah. mataku masih mampu menatap wajah sendiri di dalam cermin.

dan menatapnya..

aku menjadi resah sendiri.

ada jerangkung dalam almariku. siapa yang tahu? setiap masa ia mengintai-intai untuk menerjah keluar; merayu-rayu ingin berada di sampingku.



siapa tahu makna yang tanpa ibarat?


ada. bukan tiada.

ada.





~random sangat ni. 

Ahad, 12 Januari 2014

tanya tanda.


"mengapa kau bertanya untuk membalas hujah dan jidal orang lain?

mengapa kau bertanya agar kau mampu mendiamkan si lawan?

bertanyalah untuk tahu. agar dirimu bebas dari kejahilan. agar kau mendakap kebenaran. agar hujah itu kukuh dalam dirimu.

kau ingin tahu mengapa kau tak mampu menjawab persoalan lawan hujahmu?

kerana kau sendiri tidak tahu. dan tidak memahami mengapa kau harus tahu. yang ada dalam fikiranmu ialah jidal, debat, hujah. hujah. hujah.

hingga hilang jauhar dan lubab ilmu itu dari dirimu.

sehingga yang kau dapati ialah kenderaan. yang membawa kau entah sesat ke mana-mana.




ps; ini tanda seru kerja rumah pasca peperiksaan yang mendera, tetapi membuahkan banyak buah fikir dan percambahan idea. yang masih di awang-awangan-perlu diikat satu-satunya dengan kalam dan ibarat yang tepat.