hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 23 Julai 2012



Cinta pahit. Macam kopi.

Cinta manis. Macam madu.

Cinta masam. Macam limau.

:P

dan macam-macam perumpamaan cinta.

Hati kita mudah tertawan pada kata-kata indah, kan? Mudah terlalai, leka dan senang.

*Tersihir*

Kenapa hati mudah tertaklukkan kepada yang selain Dia? Haih.

Cinta kan anugerah. ya, bagi yang berjaya mengurus dan mengendalikannya.

Sejujurnya, bagi saya.. perasaan ini adalah musibah, dalam banyak keadaan yang penuh keserabutan,, tambah-tambah bagi diri yang terlalu banyak kurangnya.

Jangan banyak fikir tentangnya, cukuplah bagi diri andai sudah jelas tentangnya. Berhenti mengalpakan diri dengan khayalan-khayalan seorang hero berpedang dan putera dari kayangan.

Sibukkan semua indera mempersiapkan diri; ah.. bukankah kita cumalah pengembara dan musafir di dunia yang sementara? Berjalan di atas dunia bagi mengutip bekalan bernama taqwa? Yang takkan mudah didapati melainkan dengan mujahadah dan tarbiyah?

Allah. Allah. Allah.

Tunjukkan aku jalan, tetapkan aku dalam keyakinan.

Dan dalam perjalanan, aku berlindung dengan nama-Mu Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dari segala tipu daya iblis dan rayuannya


~yakinyakinyakin. keinginanlah yang menjadikan ramai manusia menderita.
~Berat pada amal?


Antara nasihat Syeikh Rohimuddin dalam memaknakan Ramadhan;

 4 Hakikat Ramadhan;

1. Kurangkan makan (terutama semasa berbuka puasa)

2. Pelihara Lidah (zip mulut dari bercakap perkara-perkara yang membawa dosa, seperti; mengumpat, berdusta, dll. Juga mengelakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak bermanfaat)

3.Kurangkan pergaulan (elakkan dari bercampur dengan terlalu ramai orang, sebagai langkah pencegahan daripada terbitnya percakapan banyak yang tiada memberi manfaat.)

4.Kurangkan tidur (akal menjadi lebih tajam dengan tidur yang berkualiti, pada waktu-waktu seperti sebelum zohor, selepas zohor adalah waktu terbaik untuk berehat. tetapi ingat, jangan berlebihan! Rehat pada masa ini akan mengurangkan keperluan anda untuk tidur pada waktu malam.)


Moga dengan praktik di atas, kita berjaya menjimatkan waktu untuk urusan-urusan dunia yang merupakan keperluan sekadarnya untuk tubuh badan kita, dan memberi ruang lebih untuk kita memperhatikan diri sendiri dan mensucikan hati-hati kita;

hah! moga berjaya menggandakan kualiti ibadah, makin mendekatkan diri kepada-Nya, dan berhasil membawa keluar jiwa yang taqwa daripada madrasah Ramadhan pada tahun ini.







~*rebutrebutrebut!!!*

Ahad, 22 Julai 2012

al-Fajr; 27-30

bertembung dengan begitu banyak "kebetulan". haha. ini pasti bukan kebetulan. tidak ada kebetulan dalam dunia yang sempit ni.

*berlari*

sebetulnya saya nak sepasang sayap.

atau jam pasir milik Hermoine Granger.

Seolah ada ceti yang menagih hutang semalam.


Alhamdulillah ada 'sayap' dan 'jam pasir' berupa manusia yang membantu 'melapangkan' waktu yang terlalu sempit.

Untuk bantu mencantumkan cebisan-cebisan 'puzzle' yang menyerabutkan.

Bagi ANDA(!!) yang merasakan dunia ni tersangatlah lapang..

sila ambil peduli akan apa yang anda isikan ke dalam ruang kehidupan, dan pelaksanaan tiap waktu anda,

sudahkah mencapai tiap perancangan anda? sudahkah lakukan semua yang terbaik untuk mencapainya?

atau..
"esoklah buat ni.. yang tu buat lusa.."

ada satu fakta yang saya sangat ingin kongsikan bersama.

Tahukah,, bahawa syaitan; dalam banyak keadaan tidak pernah mengatakan kepada kita;
"Jangan buat perkara tu. Tinggalkan je.."

Tetapi, makhluk-makhluk ini memujuk-mujuk agar kita melambat-lambatkan tiap 'ubudiah kita dalam hidup? (baca; tiap pekerjaan bagi seorang mukmin adalah bermatlamatkan Allah='ubudiah atau penyembahan kepada Allah)

hinggalah akhirnya sikap menangguh-nangguhkan itu menjadikan kita meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya kita laksanakan.

dan berjayalah syaitan-syaitan ni.

 Mulakanlah dengan keazaman yang kuat, dan berusaha melawan nafsu. ya, kan nafsu ni 'geng' si syaitan?

 
Nafsu dan syaitan ibarat daging dan serigala, maka.. tak perlu hairanlah, di mana ada daging, kamu akan mendapatkan serigala di sana!

 kenapa daging dan serigala??

daging yang berjaya dibaham serigala, menjadi miliknya dan mengenyangkannya! 

daging yang dapat diselamatkan, menjadi milik kita, dan kita dapat hasilkan lauk yang sedap darinya!

melawan nafsu(mujahadah) ini adalah bermaksud kita membuangkan kejahatan-kejahatan padanya, dan mendidiknya, moga akhirnya..

kita mampu mencapai..

Firman Allah;
 
"Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang         diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

 30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "


insyaAllah!! 





~perlu merebut masa. saya tidak sepertimana yang disangkakan. ah.. sangat malu dengan kalam sendiri! terkadang merasakan kata-kata dalam blog ni lebih sesuai dibakul-sampahkan!


 


Sabtu, 14 Julai 2012


Apa yang saya faham tentang gerak kerja Islam?
Kalau itulah soalan untuk saya beberapa bulan lepas, maka jawapannya ialah,
*blur*

“Bekerja atas dasar kefahaman”

Quote ni dah terpasak dalam otak saya sejak mula-mula melibatkan diri dengan persatuan, seolah-olah memaksa-maksa akal untuk menghadamnya, 

Hingga kerap kali saya merangka-rangka dan menyangka-nyangka beberapa literasi untuk “memahamkan” saya bahawa kerja yang sedang dilakukan adalah atas dasar kefahaman, 

Ya, sudah tentu setelah mendengar beberapa ‘pencerahan’ dan ‘pencarian’.

Dan apabila saya menyangka kefahaman tersebut telah saya peroleh, 

Cuma..
Mengapa kerja-kerja ini menjadikan saya merasa ‘letih’ dan terpaksa? Seolah saya tidak mencurahkan usaha yang sesungguhnya, dengan penuh keghairahan sepertimana saya mendapat peluang untuk meluahkan segala ilham di dalam mesyuarat?

Mengapa?

Sedangkan yang hendak dilaksanakan adalah idea yang terbit dari diri; biizniLlah.

Maka untuk berdepan dengan waktu ‘kehilangan’ itu, saya mengistilahkan bahawa diri sedang menghadapi saat-saat futur- halangan yang biasa akan ditempuh oleh pejuang Islam.

Oh Tuhan!

Memang sebenarnya saya kehilangan!

Kehilangan pengertian dalam memaknakan “kefahaman” itu dalam gerak kerja yang disifatkan “Islam” itu..

Maka oleh sebab yang samalah, wujudnya ‘diri’ yang makin rasa jauh dari Allah apabila semakin giat melakukan kerja-kerja Islam. (?????)

Kerana kerjanya sahaja “kerja Islam”, tetapi dirinya..

Ah, sebetulnya sayalah.

Telah lupa sebenar tujuan penciptaan, tujuan ‘keupayaan’ dan ‘peluang’.

Lalu menyangka diri telah berjalan di jalan yang benar, jalan yang sama dilalui oleh para pendahulu;

Rupanya diri tertipu dengan segala sarana ini.

Dan terlalai dari matlamat akhir..

Bukankah kita sebetulnya mencari Tuhan?

Tetapi dalam banyak gerak kerja kita,

Sangat banyak kali, yang kita sembah adalah kerja-kerja itu sendiri,

Yang kita panggil ”kerana Allah”,

Hingga membuahlah dalam perlaksanaannya begitu banyak penyakit hasad, dengki, mengeluh, mengutuk, memandang rendah, mengumpat, dll.

Lalu di manakah Allah?

“Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam,”        ~Apa Erti Saya Menganut Islam; Fathi Yakan


Seseorang, ketika ditanya tentang soalan yang sama, dia menjawab;

Kerana manusia hingga penghujung pun tak akan mampu berbuat sesuatu untuk Allah, dan hanya berbuat sesuatu dengan izin-Nya, dan kebaikan hanyalah akhirnya akan berbalik pada diri sendiri..

Maka, saya anggap ini adalah bagian dari-Nya untuk diri. 

Andai inilah jalannya, justeru saya jadikannya sebagai medan membentuk diri, mendekat kepada-Nya, wasilah untuk sampai kepada Dia,

Untuk menampakkan kepada diri satu demi satu keaiban diri, memperbaikinya, dan menyibukkan diri mengubat jutaan sakit yang bertumbuh dalam hati sendiri,

Hingga waktunya yang diizin Dia,
..





~

Selasa, 10 Julai 2012


My dear sis,

Doa-doa lalu telah dikabulkan.
 Termasuklah gurau-gurau katamu dulu, Allah memandangnya sebagai satu doa dari sebuah pengharapan.

Cuma perkuatkan keazamanmu, jelaskan niatmu.
 
 Dan jangan biarkan diri terlalu leka dengan nikmat sehingga menimbulkan fitnah kepada hati-pertamanya, dan mereka-manusia sekelilingmu.

*Perjalananmu dicemburui orang, jangan mensia-siakan peluang ini, tiap satunya dari kehendak Dia.*

 Langkah mencari Cinta kan tak mudah, tetapi semuanya punya makna tersendiri. Bukalah satu demi satu penghadang yang mengaburi Pandangmu. Ya, itu Basirah nuranimu. Terdorong dengan Syauq percikan Cinta, yang kau hangatkan dalam tiap dzikirmu.

Salam Rindu, penuh Cinta terabadi khusus untukmu, sis.

Hingga akhirnya kita dipertemu dalam Redha-Nya Dia- tatkala kita akhirnya menyedari, Dialah yang terlebih dahulu mencintai, merindui dan menghendaki..