hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 29 Mac 2012

...

Pagi itu saya melihat wajah di cermin.

Tiba-tiba terbayangkan kalau wajah sempurna pemberian Allah itu berubah, menjadi seperti serigala dalam cerita dongeng Gadis berkerudung merah, atau raksasa dalam cerita The Lord of The Ring,

Menjadikan saya teringat kepada sebuah kisah Inggeris(agaknya) yang saya pelajari semasa di tingkatan Dua dulu.

************************************************************

Seingat saya, Dr. Jekyll merupakan seorang yang mempunyai kedudukan, bijak. Dia menjalankan eksperiman kepada dirinya sendiri bilamana dia menyedari bahawa diri manusia ini ada dua sisi yang berbeza; baik dan buruk.

Apakah eksperimen yang dilakukan dan kenapa?

Ujikaji ini dilakukan agar dia mampu mengekspresi kemahuan jahatnya, atau memenuhi kehendak sisi buruknya, dalam pada masa yang sama, menjaga nama baiknya.

Usahanya berjaya menghasilkan sejenis cecair yang mampu mengubah bentuk fizikalnya sama sekali, setiap kali meminumnya.

Lalu lahirlah Mr.Hyde.

Dr.Jekyll pada mulanya merasa puas, dan menyangka dia akan mampu mengawal keadaan. Dalam tubuh Mr.Hyde, kemahuannya akan dapat dituruti, dan pada masa yang sama, Dr.Jekyll akan kekal sebagai orang yang dihormati.

Semakin lama, Mr.Hyde menjadi semakin kuat, biarpun Dr.Jekyll tidak meminum ramuan ciptaannya itu, tubuhnya bertukar menjadi Mr.Hyde,

Sehingga akhirnya Dr.Jekyll yang dihormati itu mati dalam tubuh Mr.Hyde yang dibenci.

***************************************************************

Entah dalam perasan atau tidak,

Di balik wajah senyum yang manis,

atau alasan-alasan bernada murni,

dalam tingkah dan gerak kerja sehari itu,

tersembunyi tujuan dan maksud-maksud bertemakan nafsu dan kemahuan peribadi

demi menutup kecacatan dan kekurangan diri.

atau istilahnya;


****************************************************************


~Rupanya hingga ke akhir "jidal" kita, yang mempamerkan sikap itu ialah saya.
~Maaf dan terima kasih. Yang menyakitkan itulah yang akan membekas di jiwa.

Ahad, 25 Mac 2012

.. LUSUH

Di sebalik penampilannya yang selekeh, dengan pakaian lusuhnya,,,

tak mustahil di sisi Tuhan dia adalah yang paling mulia,

manusia ,,

dalam mengejar apa yang dicita,

akan selalu terlupa.

***********************************************
..AKU

sepertimana mereka lainnya, aku juga ada kemahuan, cita-cita, harapan. Yang aku mahu, dan mesti capai.
Lalu aku berusaha, memikirkan, melaksanakan, dan merebut semua peluang yang ada..

Sangkaku matlamat semakin aku hampiri. Dan mungkin selepas ini mampu menarik nafas lega, yaaaah!! telah sempurna sebahagian cita-citaku. Sangkaku, aku akan mampu menempuh hari-hari yang mendung, hujan, malah mungkin ribut dengan cemerlang.

Rupa-rupanya,,,

Semakin laju berlari, dan tiba waktunya untuk aku berehat seketika- mungkin menikmati 'pencapaian'ku itu..

Aku terkejut

kerana yang sebenarnya aku masih di garisan permulaan.


*****************************************************


manusia tak akan pernah merasa redho dengan ketentuan pada dirinya, dan tak akan mungkin menjangkau lebih jauh, andai dalam hatinya masih ada bisikan' "aku adalah lebih baik dari si fulan,"


***************************************************************

~masa berlari, dan aku juga berlari, tersadung, lalu jatuh. Dalam mengaduh kesakitan, aku tersedar bahawa mungkin itu yang terbaik untuk diriku, bagi melihat.. apa yang menyebabkan aku tersangkut di tengah perjalanan? dan apakah atau siapakah yang aku tinggalkan di belakang?


**********************************************


~bila sikap "pentingkan diri sendiri" semakin subur dalam diri...
akan semakin banyak tangan-tangan dibiar tak bersambut, malah bertambah mustahil bantuan akan dihulur,
maka ketika itu hati seharusnya menjadi takut,
pada tangan-tangan yang menadah pada Rabbnya..
kerana jawapan kepada permohonan mereka itu menunggu,
kalaupun tidak di dunia, ia adalah pasti di hari yang tiada perlindungan,
melainkan bagi mereka yang banyak menyambut dan menghulur ketika di dunia.