hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rabu, 28 Disember 2011

beberapa detik sebelum peperiksaan percubaan.

saya suka belajar tentang adab jahili. dan ilmu-ilmu bahasa. suka biar sampai cinta.


baiklah,
..yang saya fahami tentang belajar-dulu.

mesti faham, dan hafal semua fakta, menepati semua kehendak pemeriksa, biar dapat yang terbaik,, kalau boleh tak ada siapa boleh sebaik saya.. haha(ketawa)

dan kini.

".. bagaimana pandangan kamu terhadap ulama2 Islam kita yang sejak awal zaman permulaan Islam, kita namakan- Imam Nawawi contohnya yang mengorbankan malah mengabadikan hayat mereka seolah-olah semuanya untuk ilmu dan perkembangannya, mereka menelaah, mengkaji dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain, menghadapi segala kesengsaraan dan kepayahan dalam misi itu.. tidakkah pernah mereka merasa cukup dan lelah..?"

ha,, melopong saya bila dihadapkan kenyataan yang Imam Nawawi sehingga akhir hayatnya juga tidak bernikah, Imam Bukhari tatkala ingin menulis setiap satu hadis yang dikumpulnya bersolat 2 rakaat terlebih dahulu, malah Imam kita Imam Syafie juga pernah dihalau pergi dari rumahnya oleh ibunya setelah bertahun-tahun tidak bejumpa agar keluar mempelajari adab dan akhlak, hanya kerana beliau tidak mengetuk pintu rumah dan memanggil-manggil ibunya dari luar.

lalu jawapan kepada semua ini ialah apa..?

adakah mereka tidak merasa lelah bergelumang dengan kitab saban waktu..?
juga bergelut dengan debu dan pasir dalam perjalanan bertemu para masyaikh?
juga mengorbankan tidur malam untuk menulis dan mengarang kitab..?

tidak adakah waktunya dalam hidup mereka untuk mengecap nikmat sebagai penghilang penat, atau yang kita panggil "release tension"..?

:) terlalu banyak tanda tanya, ya..

lalu jawapannya menjadi persoalan yang seterusnya bagi diri saya..

pada diri ulama2 ini.. ada himmah 'aliah yang harus kita contohi.

atas sebab ini, maka kelelahan bagi mereka itu ialah nikmat yang tak terhingga..

saya teringat sepotong ayat al-Qur'an yang mafhumnya; "sesungguhnya yang takutkan(taqwa) Allah daripada hamba2Nya ialah para ulama.."

maka adakah yang lebih nikmat selain melakukan segala-galanya demi Yang Memberi Nikmat itu sendiri.?

Kata seorang musyrifku, "tingkatan menuntut ilmu itu ada tiga, yang pertama itu tahu, lantas ia mahu dan yang tertingginya ialah cinta"

...belajar kerana Allah itu ialah bilamana kita menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk kita mengenali Dia, lantas menggapai cinta-Nya, yang mana bagaimana akan tercapaikan, andai ilmu yang kita pelajari ini tidak mendekatkan kita kepada taqwa..?

"Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah baginya petunjuk, maka tidaklah bertambah kepadanya melainkan semakin jauh(dari Tuhan)" -hikam

lalu harus bukakan fikiran, agar yang dikatakan belajar itu bukanlah sekadar menelaah dan mengulang kaji kitab2 kuliah.. bukankah kehidupan ini adalah pelajaran semuanya..?

"..dan tiadalah yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikir.."







~dan kenapa mesti buat yang terbaik dalam peperiksaan..? siri 3, insyaAllah..

Rabu, 7 Disember 2011

.. belajar kerana Allah..?

  waktu saya mula-mula diperkenalkan dengan peperiksaan di sekolah,,

"ok, untuk exam ni kita tengok siapa yang mendahului," kata saya kepada seorang sahabat.

"takkan awak lagi..? Tamaknya,," responnya, diikuti dengan ketawa saya,

hati merasa puas, seolahnya tiada lagi yang mampu mengatasi saya setelah pesaing ketat-yang juga sahabat karib saya ini kelihatannya seperti berputus asa.

Fenomena yang sama masih berlaku di sekolah menengah, walaupun bertukar watak dan latar peristiwa.Cuma mungkin, lebih mencabar dengan wujudnya watak-watak yang baru, dengan kebolehan-kebolehan mereka yang pelbagai..



dan beberapa waktu setelah itu..

"Belajarlah kerana Allah,, jangan jadi hamba peperiksaan.." kata seorang penyampai, dalam tazkirah ringkasnya, selepas Maghrib di musolla.


saya tahu apa yang disampaikan beliau itu benar, dan tanpa saya sedari, dalam tuturan saya setelah itu juga mengucapkan kalam yang sama..

cuma malangnya,, saya gagal memaknakannya..

maka, jadilah diri, seperti mana fahaman yang ditanamkan pada ketika itu- seorang 'amil mengikut musim.

 saya dilihat antara yang paling awal berjaga sebelum Subuh untuk berqiamullail di musolla, dan antara yang paling kerap dilihat dalam kerja-kerja sukarela, dll.. semuanya menjelang peperiksaan. Kononnya sebagai tawassul agar sukses dalam imtihan.

Ibarat seorang petani yang berpenat-penat bercucuk tanam, apabila menuai hasilnya yang lumayan; saya akan tersenyum puas apabila kejayaan mengiringi usaha-usaha yang dilakukan.

Sijil-sijil pengiktirafan tersusun kemas, membuahkan rasa bangga setiap kali melihatnya,,



PUAS.. sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan waktu itu.


...lalu saya melangkah ke alam "baru"- fasa kematangan.

"Belajarlah kerana Allah, jangan jadi hamba peperiksaan,"
kalam yang sama dituturkan oleh seorang yang amat saya hormati.

Cuma bezanya, hati seolah disapa persoalan yang tak kunjung pergi setelah itu..

"bagaimana yang dikatakan belajar kerana Allah..? Betul ke aku ni belajar kerana Dia..?"

Lalu pernah sekali hati menyimpulkan;
kita kena belajar bukan untuk berjaya dalam peperiksaan, jadi untuk apa dibuat kem-kem motivasi, bengkel-bengkel teknik menjawab peperiksaan, kelas-kelas tambahan tu semua..?
jadi kenapa harus berbincang kertas-kertas peperiksaan yang lepas..?

Malah lebih menjadi bingung apabila mu'allim yang saya hormati itu juga melakukan hal-hal yang sama- apa yang harus dijawab seandainya soalan peperiksaan ini begini-begitu..?




~kembali mencoret.  
~belum habis lagi, tunggu siri 2..






.


Ahad, 20 November 2011

اسأل الله حاجتك قبل أن تسأل الناس..

apabila merasa doa tidak termakbul dan diri berkeseorangan dalam musibah yang tak kunjung pergi,,
pernahkah kau mempersoal di manakah syukurmu saat dalam nikmat dan bahagia??




Ya Allah...!!!
Jangan biarkan yang jauh itu semakin kabur,,




Ahad, 18 September 2011

سافر..







مِنْ  رَاحَةٍ  فَدَعِ  الأَوْطَانَ وَاغْتَرِبِ





#





مَا فيِ المقَامِ لِذِيْ عَقْلٍ  وَذِيْ  أَدَبٍ
وَانْصَبْ فَإِنَّ لَذِيْذَ العَيْشِ فيِ النَصَبِ
#
سَافِرْ  تَجِدْ  عِوَضًا  عَمَّنْ   تُفَارِقُهُ
انْ سَالَ طَابَ وَإِنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
#
إِنِّيْ  رَأَيْتُ   وُقُوْفَ   الماءِ  يُفْسِدُهُ
وَالسَهْمُ لَوْلاَ فِرَاقُ القَوْسِ لَمْ يُصِبِ
#
وَالأُسْدُ لَوْلاَ فِرَاقُ الغَابِ مَاافْتَرَسَتْ
لَمَلَّهَا  النَاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنْ عَرَبِ
#
وَالشَمْسُ لَوْ وَقَفَتْ فيِ الفُلْكِ دَايِمَةً
وَالعُوْدُ فِي  أَرْضِهِ نَوْعٌ مِنَ الحَطَبِ

-الإمام الشافعي, في مدح السفر, متوفي: 204ه 



#
وَالتِبْرُ  كَالتُرْبِ  مُلْقًى  فيِ  أَمَاكِنِهِ

Sabtu, 17 September 2011

..قبل الذهاب


قبل الذهاب إلى تلك الأرض المباركة.. الأرض التي فيه سأبذل كل جهدي لنيل ذلك "الحب العظيم".. لا بد علي الاستعداد التام ..

حبّذا لو أمي تقدر لاتباع معي.. فأكن الذاكرة دائما بغايتي الأولى
حبّذا لو أقدر أن أحمل كل من المشرفين معي.. (هي..هي..)
لأجل يذكروني لاستقام على سبيل العلم والمعرفة

لكن ها هو ذا الطريق المخصوص لي وأصدقائي .. الامتحان لنا لامتحن هل نحن سنوجهه بالجد؟ هل نحن سنسير على هذا المسير باتقان؟ وهل سننجح في آخره..؟ هل سننال القيمة التي حصل به العلماء المتقدمين..؟  لأننا نمشي على نفس الخطوات- الا وهي خطوات لإعلاء كلمات الله..

لذلك.. قبل أن نخرج من بيوتنا, ونغادر إلى المطار لنهاجر إلى مصر, فلندعو إلى الله ليثبت أقدامنا على سبيله, وليسهل لنا الطريق العلم, وليجعل لنا من محي دينه حقيقة, وليجعل لنا من المستقيم على الخيرات دائما...

ما في قلبي, إلا ما قد قلت إلى نفسي حينما قد حقق أن هذا هو التقدير لي.. أنني سوف لن ألتفت أبدا إلى غير من غرضي الأولى.. 
"..اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم.."
(البقرة: 61 )

إن شاء الله نحن لمن الممتازين..
استقيموا بالجــدّ

يا إخواتي و أخواتي...استقيموا بالجــدّ

تتعلّم العربية.....لنصل غايتَنـــا

انشرحوا جميــع التحدِّيـــات......

وارجـــوا الله دائــــما بالدعـــاء

لا تيأسوا ولا تتكـــاسلوا....

عليكم أن تنشطوا وتجهدوا أكثر ما عملـــوا

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

ولا تغــافلوا...أمور التعلّم

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

لعلـّــنا نحن لمن الممتازيــــن

Khamis, 15 September 2011

Situasi 1

A: Aku tak suka orang yang cepat sangat merajuk. Sikit-sikit nak merajuk.. macam si C tu.. sebab tulah aku sekarang tak nak dah dekat dengan dia..

B: Aku pulak tak suka dengan orang yang asyik nak mengata belakang.. depan kawan tu dia cakap baik, ok je.. macam bestfren aku tengok.. tapi belakang kawan tu, mak oii.. semua cerita keluar..

A: Eh, kau mengata aku ke ni?

B: Taklah..kau tak suka orang kuat merajuk,kan.. aku pulak tak suka orang yang kata belakang.. a.k.a mengumpat.. tak betul ke aku cakap, ni?

A: ???

Situasi 2

C: Aku tak suka orang panas baran, sensitif sangat, tak sabar.. kalau macam si E tu ok lah.. penyayang, prihatin, tapi macam kedekut pulak aku tengok.. eish,

D: tapi, kan.. aku tengok.. semua sikap yang kau tak suka tu terkumpul pada sorang nilah..

C: huh? Siapa..? Buruk benar macam tu..

D: betul ke kau nak tahu..? ha.. siapa lagi.. kaulah! hahaha

********************************************************************


pernah menghadapi satu daripada situasi di atas..?

bagi yang ditegur, saya pasti akan satu perkara; mereka akan berasa sakit hati, dan dihina.

bukankah begitu..?

Bersikap Terbukalah..

sangat ringan pada kalam, tetapi agak berat pada amal.. sungguh, kita berjalan dalam hidup ini hanya mahukan kebaikan, meskipun yang kita temui itu tidak semuanya sepertimana yang diharapkan

tetapi, barangsiapa yang mencari kebaikan, pasti akan menjumpainya!

justeru, lihatlah dunia ini dengan sudut pandang berbeza, dan setiap kritikan mahupun hinaan dengan cara yang 'kena', agar manfaatnya akan kembali kepada kita.

"Usah melihat kepada siapa yang berkata, tetapi dengarlah apa yang dikata,"

diri takkan pernah berubah baik, andai hati tertutup dari menilai pandangan orang lain mengenai diri kita.

memang benar, yang menegur itu bukankah harus menegur dengan baik?, sepertimana firman-Nya dalam surah an-Nahl;125 (cepat selak!):

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang
baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya
Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang
mengetahui siapa yang terpimpin." [An-Nahl:125]

tapi, adakah kita hanya akan memperbaiki diri setelah yang menegur itu berkata dengan kalam yang baik?

... orang beriman itu senantiasa mengambil pelajaran dari apa yang dia LIHAT, juga dari apa yang dia DENGAR, lalu dengan akalnya, dia berfikir..

dengan cara ini, barulah yang pahit itu baginya adalah manis, pada kesakitan itu juga ada penawar, dan pada yang hodoh itu ada indahnya..

kerana segala yang ditakdir Allah itu tidak pernah sia-sia, pasti ada hikmahnya, dari musibah itu pasti ada nikmatnya; cuma terkadang kita terlepas pandang.

akhirnya, bersyukurlah dan bersyukur.. kerana masih ada yang sudi menegur, meski caranya amat menyakitkan, kerana itu petanda bahawa Allah masih kasih padamu, dan masih menghendaki kamu tetap di atas jalan yang lurus..

lapangkan dadamu untuk menerima, tidak ada ruginya menelan perit dihina, kerana dirimu akan semakin membaik dari hari ke hari,

mungkin juga.. kadang-kadang ditegur dengan cara yang sakit itu, kita akan lebih beringat..?











~saya harap intipatinya sampai- berilah teguran..

Rabu, 14 September 2011




" Walau seremuk mana hatimu dilukai,

bentuklah ia semula dan serahkannya pada Ilahi.."




~kalau putus asa adalah jawapan kepada ujian dan dugaan, apa perlu Dia turunkan Islam dan iman..?

Jumaat, 9 September 2011

syarat ta'liq

bismillahirrahmanirrahim..


Hampir dua bulan yang lalu, satu wabak penyakit telah melanda "rumah sewa" kami.. wabak ini telah lebih dahulu melanda Indonesia tak silap saya hampir dua tahun yang lalu..

ya, apakah wabak yang begitu hebat itu..? sehingga melumpuhkan sistem imunisasi kesemua lima orang ahli rumah?

...KETIKA CINTA BERTASBIH
filem yang diadaptasi dari novel karya Habiburrahman el-Syirazi ini mempunyai kekuatan yang tersendiri..

hehe.. sudah tentu tema utamanya adalah CINTA, tetapi bukan itu ya topik yang menjadikan saya begitu minat pada ceritera ini.

saya sebenarnya terkesan dengan satu babak dalam filem ini; yang sebenarnya membahaskan satu persoalan penting, khususnya bagi muslimah.

Jadi saya bawakan di sini, sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih, saat-saat Ana al-thofun Nisa' mengutarakan syarat, sebagai mahar pernikahannya..

...Sedutan Ketika Cinta Bertasbih (part12)



***********************************************************************

sudah usai menontonnya?

sejujurnya, saya belum pernah mendengar tentang syarat ta'liq yang dibenarkan dalam Islam ini; -yang membela hak wanita muslim..

Apa itu Syarat Ta’liq?

Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela. Yang mana, ada atau tidak adanya syarat ini hanya ditentukan oleh  pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
Syarat ta'liq bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.

Dalam masalah poligami, syarat ta'liq menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan ruhani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat ta'liqnya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat ta'liq ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap  tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi.
Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Ta’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah

1.      Dalil sah talak ta’liq yang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka”
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).
Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan Ust Azizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)


2.      Rasulullah SAW bersabda, “Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu.”  (HR Bukhari dan Muslim. Muttafaq alaih).

3.      Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain. (Rujuk hadis riwayat dari Abdullah bin Abi Mulaikah bahawa Musawwir bin Mahramah bercerita tentang hadis ini, diriwayatkan oleh Bukhari.)

Walaupun ia tidak disyaratkan ketika ijab dan qabul tetapi ia sedia maklum sudah termasuk sebagai syarat. Ibnu Qayyim berkata, 
“Hadis ini mengandung beberapa perkara, iaitu: Seorang lelaki apabila isterinya sudah memberi syarat tidak boleh dimadu, maka wajiblah syarat ini dipenuhi. Tetapi jika ternyata kemudian dimadu, maka si isteri berhak membatalkan perkahwinannya. 
Menurut kaedah Imam Ahmad, syarat yang melembaga dalam adat istiadat sama dengan syarat yang diucapkan. Maka, dalam adat perkahwinan puteri Rasulullah yang darjat mereka adalah tinggi, tidak boleh dikumpulkan dengan wanita lain walaupun hukumnya harus. Sebagaimana pendapat Imam Nawawi, Rasulullah takut agama mereka rosak kerana cemburu. Darjat mereka tinggi pada agama, bukan semata-mata keturunan.
 Ta’liq Talak sebagai alasan perceraian telah melembaga dalam hukum Islam sejak lama, sejak zaman sahabat. Mereka yang menyokongnya ialah Umar bin al-Khattab, Saad bin Abi Waqash, Mua’wiyah, Amru bin Ash, Umar bin Abdul Aziz, Jabir bin Zaid, Thawus, Auza’ie, Ishaq dan sebagainya. Sebahagian besar ulama sepakat tentang sahnya.

Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana poligami hanya perkara harus atau rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat. Contoh mengharamkan yang halal ialah mensyaratkan agar suami tidak menyetubuhinya. Persetubuhan bukan harus bahkan wajib menjadi hak suami yang perlu ditaati isteri.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.

Tujuan Syarat Ta’liq

Dr. Mahmud Syaltout dalam bukunya Perbandingan Mazhab, menjelaskan bahwa perceraian lewat perjanjian Ta’liq Talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik dari pihak suami. Sekiranya seorang suami telah mengadakan perjanjian Ta’liq Talak ketika akad nikah akan dilaksanakan dan bentuk perjanjian itu telah disepakati bersama, maka perjanjian Ta’liq Talak dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq atau perjanjian, sehingga terjadinya pelanggaran bagi pihak suami, maka isteri dapat meminta cerai kepada pengadilan.


Sementara itu, jumhur ulama mazhab berpendapat bahawa bila seseorang telah menta’liqkan talaknya kemudian telah terpenuhi syarat-syaratnya sesuai dengan kehendak mereka masing-masing, maka ta’liq itu dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq, baik ia mengandung sumpah (qasamy) ataupun mengandung syarat biasa, kerana orang yang menta’liqkan talak itu tidak menjatuhkan talaknya pada saat orang itu mengucapkannya, akan tetapi talak itu tergantung kepada terpenuhinya syarat yang dikandung dalam ucapan ta’liq itu.



~kalaulah ditakdirkan seperti Fatimah r.a....
~huh! bukankah takdir itu di hujung usaha?

hikmah orang tua dalam semangat orang muda..


*meminjam frasa ini dari Hilal Asyraf, Langit Ilahi..

ada sebuah kisah, jom baca..

***********************************************************************



SABUN

Bertempat di; sebuah kilang sabun buku di Malaysia.

Kilang sabun ini adalah antara kilang sabun yang membangun dan diterajui pentadbiran dan pengurusannya oleh anak-anak muda yang berkaliber, lulusan universiti serata dunia; Jerman, Jepun, Australia, UK dan lain-lain.

Jawatan CEOnya dipegang oleh seorang pemuda yang berusia sekitar 30-an, berkredibiliti tinggi lagi sibuk orangnya.

Pada suatu hari..

Ketika mana perniagaan sabun ini dijangka menembusi pasaran antarabangsa, dan sasaran telah ditentukan, keyakinan beroleh kejayaan juga amat tinggi; - satu masalah telah timbul.

di bilik mesyuarat Ahli Lembaga Syarikat

"kadar keuntungan merosot, banyak tempahan sabun terpaksa ditangguhkan, ekoran sabun-sabun kita dipulangkan semula;" lapor salah-seorang pengurus jualan.

"apakah puncanya? adakah sabun-sabun kita tidak berkualiti?" soal salah-seorang ahli.

Mustahil! Semua sedia maklum, sabun keluaran Syarikat Sabun Terbaik sdn bhd. memang adalah antara sabun terbaik peringkat antarabangsa. Bahan-bahannya antara yang paling bermutu, dan penghasilannya melalui proses jaminan kualiti yang ketat;

"bukan begitu, saya dapati bahawa sabun-sabun kita yang dihantar sebenarnya tidak sampai kepada pembeli;"

kata-kata ini menjadikan hampir kesemua ahli lembaga mengerutkan dahi;

"...bahkan yang sampai kepada mereka hanyalah kotak-kotak kosong; -tanpa sabun di dalam;"
usai berkata begitu, dia menjeling kepada Amran, orang yang bertanggungjawab dalam pembungkusan sabun.

Perkara yang sama dilakukan oleh majoriti ahli lembaga.

"tuan, seandainya perkara ini tidak diatasi dengan segera, perniagaan kita akan terjejas dengan teruk,"
tambah seorang ahli mesyuarat lain; Syahran namanya.

CEO muda itu termenung seketika- Hakim Hafizi; lulusan UK dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran, berbakat dalam bidang perniagaan, buah fikirannya selalu mendahului dalam apa jua situasi genting yang dihadapi syarikat mereka yang sedang membangun, kesungguhannya tak terbandingkan..-kini berdepan kebuntuan..

Dia memandang kesemua ahli mesyuaratnya, yang pada masa yang sama, turut memandang ke arahnya..-mereka juga bukan calang-calang orang; berpendidikan tinggi kesemuanya, juga memiliki keyakinan dan kredibiliti masing-masing..

"Berikan pandangan kalian," dia membuka pintu perbincangan.

"Saya cadangkan kita gunakan kotak lutsinar, untuk pastikan yang kesemua sabun ada dalam bungkusan sebelum penghantaran,"

"saya memang dah lama perhatikan bahawa proses pembungkusan kita tak berapa sistematik; apa kata kita beli mesin pembungkusan yang canggih, seperti mana yang ada pada syarikat-syarikat lain? hem, mesin ni dapat kesan kalau ada kotak yang tak terisi"

"pada pendapat saya, kes ni jadi macam ni sebab ada antara pekerja yang tak amanah.. apa kata kita hantar pekerja-pekerja kita berkursus..? Macam kursus ESQ tu.. hem, terbaiikk"

..dan banyak lagi cadangan-cadangan lain, tetapi setiap cadangan ini tidak mampu memberi penyelesaian paling praktikal; berdasarkan situasi syarikat mereka yang tidak berduit!

ya, bagaimana caranya..? dalam keadaan syarikat mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup, apalagi mereka terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara, malah banyak juga syarikat yang membatalkan tempahan, masalah yang perlu diatasi segera..

akhirnya mesyuarat ditamatkan tanpa ada keputusan muktamad..




Mesyuarat Tergempar

Dia menerima nasihat ayahnya, agar membuka ruang perbincangan dengan semua pekerjanya;- sesuatu yang mungkin jarang, atau hampir tidak berlaku di syarikat-syarikat lain..

"Baiklah, ada sesiapa yang mempunyai cadangan; bagaimana caranya untuk memastikan sabun-sabun kita benar-benar sampai kepada pembeli..?"

dia tidak punya masa untuk mengesyaki, atau mencari pesalah, yang penting tempahan yang ada perlu dipenuhi, sekurang-kurangnya untuk memastikan syarikat mereka mampu bergerak.. yalah, pembeli tidak akan membayar andai tempahan tidak mampu disempurnakan..

Hakim Hafizi percaya mungkin ada yang dapat membantu.

tiba-tiba seseorang tampil ke hadapan;

seorang pengawal keselamatan, agak lanjut usianya, perawakannya terlalu sederhana,

ketika mana si tua itu mara ke arahnya, kedengaran suara-suara yang saling berbisikan, entah bercakap apa.

"boleh percaya ke, orang tua ni?" Syahran sempat berbisik kepadanya.

"silakan pak cik,"
 dia menghormati lelaki itu, merendahkan hatinya, cuba memberi peluang kepada dirinya dan pak cik tersebut.

"Pak cik rasa tak payah lah susah-susah.. kita pakai je kipas besar yang dah sedia ada kat kilang ni,"
 suara garau lelaki itu memecah suasana, menarik perhatian sekaliannya yang berada di situ.

"..kalau sebelum ni gunanya untuk menyejukkan pekerja-pekerja kilang ni, lepas ni kita letak sana tu.."
lalu jarinya di arahkan kepada satu sudut, tempat laluan sabun-sabun yang siap dipakej, sebelum dibungkus dalam kotak dan dikeluarkan untuk dipasarkan.

"uh..kenapa letak situ pak cik?"  soal Hakim Hafizi.

"budak.. angin kipas yang kuat itu akan menerbangkan kotak kosong yang tak berisi.. macam ni barulah sabun-sabun yang dibungkus tu akan sampai kepada pembeli.."

tersenyumlah seorang CEO muda mendengarkan cadangan bernas seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia..

***********************************************************************

dalam situasi hari ini, dah tak janggal kalau anak-anak muda yang mengepalai organisasi, menjadi antara yang cemerlang dalam apa-apa bidang pun, seperti mana halnya CEO syarikat sabun tu..

memang baguslah pemuda yang sebegitu, benar-benar menggunakan masa mudanya untuk perkara berfaedah; sehingga berhaklah baginya menikmati kejayaan..

mengenang Sultan Muhammad al Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, al-Imam as-Syafi'e..

tetapi jangan terlupakan, pada setiap semangat-semangat muda ini, perlu kepada hikmah(kebijaksanaan) orang-orang terdahulu, orang-orang tua- yang lebih dahulu merasai asam garam kehidupan, yang lebih banyak ilmunya berdasarkan pengalaman dan pengamatannya..

..yang tidak ada pada anak-anak muda

justeru, sehebat manapun seorang pemuda, secerdas mana pun dia, setinggi mana pun semangatnya, dia tetap memerlukan kepada nasihat seorang tua; agar kesungguhannya adalah kesungguhan yang mendapat panduan dan kebijaksanaanya adalah kebijaksanaan yang berpedoman..



~sebuah kisah yang diolah kepada bentuk tulisan- pening juga nak bina ayat

Memahami Fitrah Kecantikan Bagi Wanita


Memahami Fitrah Kecantikan Bagi Wanita

Masalah kecantikan adalah masalah khas seorang wanita, betul kan?
Sebab sudah menjadi kodrat wanita untuk cantik, dan membuat indah dunia ini dengan kecantikannya. Nah… pada edisi perdana majalah kita ini, kita coba ngebahas satu masalah ini, sehingga kita benar-benar memahami dan menggunakannya untuk keridhaan Allah SWT semata.

Hal tersebut menjadi penting karena sebenarnya wanita adalah makhluk yang dimuliakan dan diistimewakan oleh Allah, sampai Dia mengabadikan wanita dengan surat An-Nisa' dalam Al-Qur'an.




Wanita ibarat sebuah bunga, keindahan dan kecantikan yang nampak mata hanyalah sementara. Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya yang akan kekal di hati, karena akhlak manusia bagaikan bunga diri yang tak kan terlupakan. Wujud keindahan dan kecantikan akan nampak sempurna jika dipadukan dengan kebersihan mata hati yang terpancar dari sikap dan cara bertingkah laku. 



Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.
Kerana itulah, sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah,
sebagai isteri, dia menjadi  isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.



Karena hal itulah wanita menjadi hiasan dunia yang amat indah dan menyenangkan. Kita dapat lihat dalam Firman Allah SWT:  

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” 




Di dalam ayat tersebut di atas, kata-kata zuyyinaa li an-naasi (dijadikan indah pada pandangan manusia) merupakan fi’il majhul atau kata kerja pasif.

-Menurut Sayyid Quthb dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran, hal ini mengisyaratkan bahwa susunan insting manusia memang mengandung kecenderungan tersebut. Artinya manusia (laki-laki) diberi fitrah untuk menyukai atau mencintai wanita, sedangkan wanita diberi fitrah untuk menjadi sosok indah yang disukai dan dicintai oleh laki-laki.


Dalam ayat lain kita juga dapat mengetahu Firman Allah SWT:  

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 

-Berkata Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya: “Termasuk kesempurnaan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala kepada anak Adam: Dia jadikan istri-istri mereka dari jenis mereka sendiri. Dan ditumbuhkan antara mereka “mawaddah” yaitu cinta dan “rahmah” yaitu kasih sayang.



 -Karena seorang laki-laki menahan seorang wanita untuk tetap menjadi istrinya bisa karena ia mencintai wanita tersebut atau karena ia iba dan kasihan terhadapnya, dimana ia telah mendapatkan anak dari wanita tersebut atau wanita itu butuh padanya untuk mendapatkan belanja atau karena kedekatan di antara keduanya dan alasan selain itu.”



Demikianlah fitrah kecantikan bagi kaum wanita yang memang menjadi ciri bagi kaum wanita untuk mempercantik dirinya, tentunya di jalan yang diridhoi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita shalihah.”



Berhias (terutama bagi kaum wanita) pada dasarnya merupakan fitrah manusia.

Namun dengan fitrah yang dimiliki oleh kaum wanita, yakni kecantikan dan keindahan, bukan berarti hal ini membolehkan adanya Tabarruj (Menurut Imam Al-Bukhary tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang berlebih-lebihan menampakkan kecantikannya pada orang lain).

Menampakkan kecantikan dan keindahan juga kodrat tiap orang yang selalu berusaha tampil prima di depan manusia, namun jika itu berlebihan menimbulkan hal yang tidak baik dan fitnah yang akan merugikan diri sendiri.




Maka, yang terutama adalah setiap wanita menyadari betapa istimewanya ia sebagai seorang wanita. Dengan kesadaran itulah wanita akan selalu berhati-hati dalam hidupnya. Wa Allahu a’lam bisshawab  

~majalah al-Hamra', Gontor Putri 

*******************************************************************************

maka.. oleh yang demikian, fahamilah..

kecantikan pada wajah itu sering kalinya pesona yang sementara..

dan tidak ada jaminan kebahagiaan baginya di dunia..

apalagi di akhirat sana,

terkadang, berwajah cantik juga mengundang derita..

pokoknya, berbalik pada kita..                                                                       

kerana Sang Pemilik itu tidak mencintai wajah, 

kerana Dia yang membentuknya,

apatah lagi pakaian dan harta,

kerana semua itu nikmat dari-Nya,

tinggal lagi, apa..?

sudah tentu atmamu, teman! 

bagaimana kamu mengisi, menyubur, menghiasinya..? 


~maaf atas kekurangan, 
~makalah dari seberang ini saya bawakan antara yang terbaik-manfaatkan; ukies?

Khamis, 8 September 2011

si mata bundar..

8 SEPTEMBER 1997..

Apa khabar kamu, si mata bundar..?

Masih ingat saat kamu mula-mula celik dahulu..?

Kelahiranmu  mengundang cemburu, adikku..

haha.. siapa lagi kalau bukan kakakmu ini- pencemburu berat





Kamu tahu, pada abah, kamu digelar "Rinduku"..

Setiap kali abah memanjakanmu,

akak akan memuncung panjang..

kemudian siaplah kamu, akak kerjakan..

kasihannya ada kakak macam ni..




si mata bundarku,


kamu tahu, andai kita berjauhan kelak,


pastilah tawamu yang paling akak rindukan


pastilah ulahmu yang paling akak terkenangkan,


pastilah keletahmu yang paling menghiburkan..




si mata bundarku,


andai tak tertemukan lagi,


ingatlah dirimu sangat dikasihi,


kehadiranmu amat disyukuri,


adanya kamu, melengkapkan hidup ini..




tiadalah yang lebih menjadi permohonanku untuk mu,

melainkan Dia memelihara dirimu,

dan kamu pula berusaha sedayamu,

melengkap diri, menjejak serikandi




moga hari esok muncul pelangi,

setelah berlalu hujan dan ribut,

dan memekarlah di taman impian kita,

mawar berduri, idaman generasi..










~selamat hari lahir, si mata bundar kebanggaan..
~maafkanlah sajak kaku tak berlagu ini..- tak punya bakat menulis :p




Rabu, 7 September 2011

..dear atma

wahai atmaku,

aku melihat dunia ini tidaklah lebih banyak ketulusan berbanding kepura-puraan,

tidak juga lebih banyak putih berbanding hitamnya,

malah menjadi tujuan bagi mereka yang telah mendapat ancam Tuhannya,

tetapi..

aku melihat kamu semakin cenderung kepadanya,

mengapakah..?

adakah dunia menjanjikan kamu kebahagiaan?



atmaku,

aku memandang kamu penentu amalku,

kerana tepat di situ tuju nilaian-Nya,

tetapi,

aku memandang kini- kamu ghafil

bagaimana menuju redha-Nya, atmaku?

sedang kamu berbuat sesuatu yang kamu juga tidak redha..?



ketahuilah atmaku,

tipu daya syaitan itu berjuta,

dan sasarannya tak terbilangkan..

yang jahil, yang berilmu, yang miskin, yang kaya..

penyembahnya ramai sekali..

mereka mencarimu, atmaku..



atmaku,

aku malu sekali kepadamu,

kerana kamu itu pinjaman Allah,

dan akulah yang telah mempersia kamu..






dari;  pemilik kamu di dunia..


~dosa ialah perkara yang menjadikan kamu resah melakukannya; kamu takut orang lain akan tahu keaibannya.

Isnin, 5 September 2011

طلب العلم سهر الليالي

rasanya sudah usai.. saya sudah cuba, dan tak mahu lebih-lebih sangat, cukup mendatangkan yakin, mana-mana yang kurang, insyaAllah sama-sama memperbaiki;

masih ada masa, tapi apa jua kelak yang berlaku, wajib ke atas saya untuk redho..

ha.. cakap tentang apa, ni?

hehe, persiapan diri hendak bergerak jauh, yang saya i'tikadkan sebagai hijrah menara gading..

قال الإمام الشافعي عندما قابل الطالب:
"أخي لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك ببيان: ذكاء وحرص واجتهاد ودرهم وصحبة أستاذ وطول زمان"

Telah berkata Imam as-Syafie ketika mana beliau bertemu seorang pelajar;

"saudaraku, kamu kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara;
kecerdikan, ketamakan, kesungguhan, wang/harta, bersahabat dengan guru,dan waktu yang panjang"

1.  kecerdikan; atau saya lebih suka guna istilah kecerdasan; termasuk yang di katakan cerdas di sini tidak terhenti setakat akal fikiran; bahkan merangkumi tubuh badan dan  kecerdasan hati.

2. ketamakan -yang paling menjadikan saya teruja untuk memperkatakan tentangnya..
Alhamdulillah Dia menemukan saya dengan murobbi itu, patah-patah katanya terkesan dalam;

tamak adalah sifat terkeji, sepertimana halnya hasad;

tetapi hasad juga dibenarkan Islam dalam tiga perkara; yakni hasad dalam ilmu yang bermanfaat, hasad dalam harta untuk diinfaqkan, dan hasad dalam amal ibadah..(betulkan andai tersalah.)

justeru, tamak juga adalah dibenarkan, malah digalakkan dalam rangka menuntut ilmu yang berfaedah..
tamak ini menghalang diri daripada merasa puas dalam menuntut ilmu,
semakin belajar, rasa-rasanya semakin banyak yang tak tahu..

dan menegah diri daripada merasa cukup setelah menguasai cabang ilmu tertentu,
menjadikan diri ini seolah-olah seluruhnya adalah untuk ilmu..

begitu hebat bagi orang yang mempunyai ketamakan ini..

(Lalu, beliau menamakan saya dengannya, dan saya menyebut2 setiap masa; moga saya hidup dengannya; insyaAllah)

3. kesungguhan; sepertimana syair Arab;

قَدْرِ الكَدِّ تُكْتَسَبُ المَعَاليِ # وَمَنْ طَلَبَ العُلىَ سَهِرَ اللَّيَالِ
وَمَنْ طَلَبَ العُلَى مِنْ غَيْرِ كَدٍّ # أَضَاعَ العُمْرَ فيِ طَلَبِ المُحَالِ

mafhumnya; barangsiapa yang mengharap dan menginginkan ketinggian, maka baginya usaha yang tidak mengenal lelah, hatta berusaha sehingga mengorbankan malamnya, kerana tak mungkin dia akan mencapai ketinggian dengan hanya angan-angan.

dan barangsiapa yang menginginkan ketinggian, tetapi tidak sanggup bersungguh, maka akan sia-sialah umurnya mengharap sesuatu yang mustahil.

pendek kata; kalau nak seribu daya, kalau dah tak nak tu seribu dalihnya

4. wang/harta ; sudah tentu perjalanan menuntut ilmu perlukan duit, lebih-lebih lagi zaman duit hari ini.. 
tapi wang, bukan segala-galanya.. rezeki itu d tangan Allah, tinggal niat yang tulus dan usaha.

5. bersahabat dengan guru; pernah dengar?
-belajar sorang-sorang dengan buku, tanpa petunjuk guru sebenarnya belajar dengan syaitan; kerana apa yang kita tak berapa nak tahu sangat tu akan diwas-waskan olehnya dan dijadikan kita meyakini sangkaan-sangkaan kita. hem, bahaya tu! lebih-lebih lagi ilmu agama, boleh sesat.

jadi, ringankan tulang dan badan, bergerak ke arah keyakinan, temukan mereka, yakni guru-guru beramal.. insyaAllah berkat usaha tu, Dia akan beri kefahaman..

6. waktu yang panjang; kata hikam Arab;

إِنَّ الشَّبَابَ وَالْفَرَغَ وَالحِدَةَ مَفْسَدَةٌ لِلْمَرْءِ أَيَّ مَفْسَدَةِ

sesungguhnya yang meletakkan seseorang itu dalam bahaya dan mudarat itulah masa muda, masa lapang dan masa banyak harta..

jadi wahai para belia, apa tunggu lagi? usia ini adalah usia keemasan!

pada usia ini Muhammad al-Fateh telah membuka sebuah kota yang tak termampu dibuka oleh generasi nenek moyangnya dahulu..

pada usia ini seorang Salahuddin telah membebaskan al-Quds dari genggaman tentera salib, setelah menyatukan orang-orang Arab dalam misinya..

dan pada usia ini.. apa pula sumbangan saya dan kamu kepada diri, Islam, bangsa, dan negara..?

sudah tentu kita tak mampu menjadi mereka; lebih-lebih lagi dengan sekadar berkata; "saya nak hebat macam Umar al-Khattab, saya nak secerdas Ibnu Abbas' dll..dll.." dan kemudian, duduk diam-diam, tak bergerak-gerak dari tempatnya.

kata Imam Syafie pula;

إِنِّي رَأَيْتُ وُقُوفَ الْمَاءِ يُفْسِدُهُ..
sesungguhnya aku melihat air yang tinggal (diam) akan merosakkannya..

sudah tentu, air yang tetap dalam bekas pasti akan membusuk, berbeda dengan air yang mengalir di sungai. setuju??

-rasa puas dapat gunakan apa yang dah dipelajari
-saya nak tulis dalam bahasa Arab lepas ni, insyaAllah.. :p
-jadi fokus hari ini sebenarnya tentang menuntut ilmu, ya?
-ilmu memang sangat penting, sampai ustazah saya memesan agar saya memilih ulama' sebagai teman hidup..hehe  persoalannya; layakkah diri ini? ;)
-mohon tegur apa yang salah dan perlu dibetulkan, ok?