hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rabu, 28 Disember 2011

beberapa detik sebelum peperiksaan percubaan.

saya suka belajar tentang adab jahili. dan ilmu-ilmu bahasa. suka biar sampai cinta.


baiklah,
..yang saya fahami tentang belajar-dulu.

mesti faham, dan hafal semua fakta, menepati semua kehendak pemeriksa, biar dapat yang terbaik,, kalau boleh tak ada siapa boleh sebaik saya.. haha(ketawa)

dan kini.

".. bagaimana pandangan kamu terhadap ulama2 Islam kita yang sejak awal zaman permulaan Islam, kita namakan- Imam Nawawi contohnya yang mengorbankan malah mengabadikan hayat mereka seolah-olah semuanya untuk ilmu dan perkembangannya, mereka menelaah, mengkaji dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain, menghadapi segala kesengsaraan dan kepayahan dalam misi itu.. tidakkah pernah mereka merasa cukup dan lelah..?"

ha,, melopong saya bila dihadapkan kenyataan yang Imam Nawawi sehingga akhir hayatnya juga tidak bernikah, Imam Bukhari tatkala ingin menulis setiap satu hadis yang dikumpulnya bersolat 2 rakaat terlebih dahulu, malah Imam kita Imam Syafie juga pernah dihalau pergi dari rumahnya oleh ibunya setelah bertahun-tahun tidak bejumpa agar keluar mempelajari adab dan akhlak, hanya kerana beliau tidak mengetuk pintu rumah dan memanggil-manggil ibunya dari luar.

lalu jawapan kepada semua ini ialah apa..?

adakah mereka tidak merasa lelah bergelumang dengan kitab saban waktu..?
juga bergelut dengan debu dan pasir dalam perjalanan bertemu para masyaikh?
juga mengorbankan tidur malam untuk menulis dan mengarang kitab..?

tidak adakah waktunya dalam hidup mereka untuk mengecap nikmat sebagai penghilang penat, atau yang kita panggil "release tension"..?

:) terlalu banyak tanda tanya, ya..

lalu jawapannya menjadi persoalan yang seterusnya bagi diri saya..

pada diri ulama2 ini.. ada himmah 'aliah yang harus kita contohi.

atas sebab ini, maka kelelahan bagi mereka itu ialah nikmat yang tak terhingga..

saya teringat sepotong ayat al-Qur'an yang mafhumnya; "sesungguhnya yang takutkan(taqwa) Allah daripada hamba2Nya ialah para ulama.."

maka adakah yang lebih nikmat selain melakukan segala-galanya demi Yang Memberi Nikmat itu sendiri.?

Kata seorang musyrifku, "tingkatan menuntut ilmu itu ada tiga, yang pertama itu tahu, lantas ia mahu dan yang tertingginya ialah cinta"

...belajar kerana Allah itu ialah bilamana kita menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk kita mengenali Dia, lantas menggapai cinta-Nya, yang mana bagaimana akan tercapaikan, andai ilmu yang kita pelajari ini tidak mendekatkan kita kepada taqwa..?

"Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah baginya petunjuk, maka tidaklah bertambah kepadanya melainkan semakin jauh(dari Tuhan)" -hikam

lalu harus bukakan fikiran, agar yang dikatakan belajar itu bukanlah sekadar menelaah dan mengulang kaji kitab2 kuliah.. bukankah kehidupan ini adalah pelajaran semuanya..?

"..dan tiadalah yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikir.."







~dan kenapa mesti buat yang terbaik dalam peperiksaan..? siri 3, insyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!