hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 30 Disember 2013

cebisan yang manis


Belajar bertahun-tahun bahasa arab; kesempatan yang sangat jarang untuk aku rasakan kepuasan belajar dan faham seperti hari-hari bersama dia yang digelar "abu" ni. Seorang guru markaz; sangat penuh sifat kebapaan. 

Aku boleh nampak kegembiraan dan kebahagiaan dari wajah temanku yang seorang ini setelah setiap dars kami. Bahkan aku turut berkongsi rasa.

(Selalu teringat hadis bab niat bila teringatkan dia. Kami malah pernah berbincang tentang ni, dalam satu kesempatan.)

"kau tahu, masa OASIS(program orientasi tahun 1) dulu, bila kak senior tu tanya aku tujuan aku datang ke sini. Yang ada depan mata aku. semata-mata nak faham bahasa arab, nak faham kebudayaan bangsa arab sini. Akhirnya dari 3 jenis bahan air, teh, gula. aku dapat air je."

"dan sekarang?"

"aku rasa tulah yang aku dapat. Paksi hidup aku kat sini." 

dan rahmat untuk dia tu menjalar kepada aku dan teman-teman sekitar dia ni. sangat berbeza belajar di markaz seperti dia dengan di universiti. kesempatan bertanya sentiasa ada. tetapi pandangan guru tu; pada kau, dah berbeza. Sedangkan kemampuan kau belum bertemu dengan jangkaan tahap yang namanya universiti tu.

ustaz Bilal ni memang penyabar sangat orangnya. Kalau boleh, semua hendak dikongsinya dengan kami. Aku terasa dekat betul kata-kata syeikh rohim dulu; 
"yang sampai kepada anak murid daripada seorang guru itu bukan sekadar ilmu, malah akhlak dan rohaninya"

beruntungnya berada dalam lingkungan insan-insan seperti guru-guru di markaz bahasa ni. Sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang ingin bertanya, ingin belajar, ingin tahu, ingin faham. Sejujurnya, aku sendiri lebih banyak merujuk persoalan-persoalan bahasa kepada guru-guru ini. Persoalan i'rob, matsal, syair dan lain-lain. Terpenuhkan keperluan, merasa dicukupkan. 

pada pandangan aku, seperti inilah amsal mereka yang menginfaq diri kepada ummah. Meski kepada manusia asing seperti aku.



#memori 2013. Dars Ibn 'Aqeel. markaz bahasa Azhar. 4pm.


lawatan terakhir ke markaz. (masa berlaku demonstrasi di kuliah; sempat "terbang" sekejap bertemu guru yang dikasihi)





---




dunia tu; ialah yang kau berada di dalamnya sekarang. kalau kau mampu untuk keluar, dan melihat dari sudut di mana aku melihat kau sekarang...

kau akan lupa semua keletihan, keluhan dan kesesakan yang kau selalu rasakan.



ps: aku tak faham pun falsafah dan cerita sebenar lagu ni. cuma ada beberapa part yang aku suka. yang tak ada kaitan dengan sesiapa. cuma diri sendiri.

*except im not a hopeless wanderer

Isnin, 23 Disember 2013

terima kasih





jadilah insan bersyukur.

terima kasih tuhan. meski terlambat; ia tetap hadir.

mungkin ini maqam untuk insan yang seperti aku.



kalau aku seorang lelaki, pasti dan pastikah lebih beruntung? entah. konflik macam ni pun ada ke. :P
yang aku maksudkan ialah rehlah, shuhbah, nasyat 'aqliy.

sejak ke mesir perasaan ni lagi menjadi-jadi.

sampai lupa siapa yang memberi. sampai lupa. yang memberi tu melangkaui masa dan tempat. melangkaui usia dan jantina.

kau tak berpeluang bersuhbah dengan masyayikh secara langsung; tetapi kau punya kitab karangannya. kau punya usaha hudhur ke tiap majalisnya. dengan rahmat Tuhan; kau mencapai kefahaman mereka yang melaziminya. mungkin juga sebenarnya kau lebih dekat dengannya. apabila maqsad kau ialah Dia. Tuhan.
bukankah Dialah yang bila engkau dicintaiNya, maka segala makhluk mencintaimu?


p/s; mood kehairanan dan bingung dengan makna "perjuangan" yang dilaungkan golongan yang makin marak sekarang. ohya. dengan keganasan berbalas keganasan. dan berpanjanglah jidal mencari salah siapa tak berkesudahan. dalam pada tu, aku sempat berfikir. institusi azhar tu entah di mana sebenarnya? apakah asma telah diangkat lebih dari musamma? lalu bertebaranlah yang namanya azhariyyun memamah asma itu sedikit demi sedikit.

seperti kata2; "manakan sama ulama 4tahun azhar dengan ulama yang menuntut ilmu sepanjang hayatnya?"

terlupakan tidak karangan syeikh Qardhawi dalam bukunya untuk wanita(malangnya aku lupa tajuknya)
pemuda sekarang lebih tangkas dan cekap memperjuang hak berbanding menjalankan tanggungjawabnya.

akhiran; kita biarkan mereka dengan perjuangan mereka, kita juga punya perjuangan kita.

kan.
dari timur kuterbang ke barat. mendarat di landai bumi andalus yang aman permai.

mana? mana dia penulis alam jinn yang diabaikan zaman? yang dikhabarkan kepadaku akan hebatnya jiwa khayalinya melayah ke medan debat syaitan dan jin. dan membahas bahasa dengan hiwar dan jidal. gah sungguh tampaknya. tak tertahan keinginanku menerokanya, menaiki tunggangan tulisannya, mengembara menerusi ilhamnya.

sebelum menjejak Abi 'Alaa'; memberitahukan kepadanya bahawa aku mahu melalui titian siratnya; melihat sendiri perbahasan alam ghaib dan mengalaminya sepertimana dia.
alangkah beruntungnya mati sebelum benar-benar mati! bukankah manusia hanya tersedar setelah mati?





~dari celahan akal yang keletihan. aku tak minat menterjemah. maaf

celaan zaman


kenapa baru sekarang baru tahu dan merasa diri belajar sesuatu dan punya ingin tahu?

dan baru punya cita-cita melangit tak tahu mana hujungnya?

dan baru sedar begitu banyak yang hilang luput ditelan masa?


bayang-bayang sendiri rupanya yang sering merintih merayu memohon waktu.

saat kau tanyakan aku. kenapa aku memilih ini dan bukan itu. kau tahu; baru sekarang aku mencapai jawapannya?


saqim. sebab aku memilih memenuhi semua keinginan hidupku.
dan kau tahu ia mustahil, bukan?



p/s; tatkala kau baca tentang ini, kau pasti fikir aku sedang celaru, bukan? simpankan simpati itu. bukan di sini tempatnya.
(kau lihat taatsur anf kiram gara-gara si Mutanabbi si mutasalsif. cis)