hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 23 Disember 2013

terima kasih





jadilah insan bersyukur.

terima kasih tuhan. meski terlambat; ia tetap hadir.

mungkin ini maqam untuk insan yang seperti aku.



kalau aku seorang lelaki, pasti dan pastikah lebih beruntung? entah. konflik macam ni pun ada ke. :P
yang aku maksudkan ialah rehlah, shuhbah, nasyat 'aqliy.

sejak ke mesir perasaan ni lagi menjadi-jadi.

sampai lupa siapa yang memberi. sampai lupa. yang memberi tu melangkaui masa dan tempat. melangkaui usia dan jantina.

kau tak berpeluang bersuhbah dengan masyayikh secara langsung; tetapi kau punya kitab karangannya. kau punya usaha hudhur ke tiap majalisnya. dengan rahmat Tuhan; kau mencapai kefahaman mereka yang melaziminya. mungkin juga sebenarnya kau lebih dekat dengannya. apabila maqsad kau ialah Dia. Tuhan.
bukankah Dialah yang bila engkau dicintaiNya, maka segala makhluk mencintaimu?


p/s; mood kehairanan dan bingung dengan makna "perjuangan" yang dilaungkan golongan yang makin marak sekarang. ohya. dengan keganasan berbalas keganasan. dan berpanjanglah jidal mencari salah siapa tak berkesudahan. dalam pada tu, aku sempat berfikir. institusi azhar tu entah di mana sebenarnya? apakah asma telah diangkat lebih dari musamma? lalu bertebaranlah yang namanya azhariyyun memamah asma itu sedikit demi sedikit.

seperti kata2; "manakan sama ulama 4tahun azhar dengan ulama yang menuntut ilmu sepanjang hayatnya?"

terlupakan tidak karangan syeikh Qardhawi dalam bukunya untuk wanita(malangnya aku lupa tajuknya)
pemuda sekarang lebih tangkas dan cekap memperjuang hak berbanding menjalankan tanggungjawabnya.

akhiran; kita biarkan mereka dengan perjuangan mereka, kita juga punya perjuangan kita.

kan.

1 ulasan:

jom ta'liq!