hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 30 Disember 2013

cebisan yang manis


Belajar bertahun-tahun bahasa arab; kesempatan yang sangat jarang untuk aku rasakan kepuasan belajar dan faham seperti hari-hari bersama dia yang digelar "abu" ni. Seorang guru markaz; sangat penuh sifat kebapaan. 

Aku boleh nampak kegembiraan dan kebahagiaan dari wajah temanku yang seorang ini setelah setiap dars kami. Bahkan aku turut berkongsi rasa.

(Selalu teringat hadis bab niat bila teringatkan dia. Kami malah pernah berbincang tentang ni, dalam satu kesempatan.)

"kau tahu, masa OASIS(program orientasi tahun 1) dulu, bila kak senior tu tanya aku tujuan aku datang ke sini. Yang ada depan mata aku. semata-mata nak faham bahasa arab, nak faham kebudayaan bangsa arab sini. Akhirnya dari 3 jenis bahan air, teh, gula. aku dapat air je."

"dan sekarang?"

"aku rasa tulah yang aku dapat. Paksi hidup aku kat sini." 

dan rahmat untuk dia tu menjalar kepada aku dan teman-teman sekitar dia ni. sangat berbeza belajar di markaz seperti dia dengan di universiti. kesempatan bertanya sentiasa ada. tetapi pandangan guru tu; pada kau, dah berbeza. Sedangkan kemampuan kau belum bertemu dengan jangkaan tahap yang namanya universiti tu.

ustaz Bilal ni memang penyabar sangat orangnya. Kalau boleh, semua hendak dikongsinya dengan kami. Aku terasa dekat betul kata-kata syeikh rohim dulu; 
"yang sampai kepada anak murid daripada seorang guru itu bukan sekadar ilmu, malah akhlak dan rohaninya"

beruntungnya berada dalam lingkungan insan-insan seperti guru-guru di markaz bahasa ni. Sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang ingin bertanya, ingin belajar, ingin tahu, ingin faham. Sejujurnya, aku sendiri lebih banyak merujuk persoalan-persoalan bahasa kepada guru-guru ini. Persoalan i'rob, matsal, syair dan lain-lain. Terpenuhkan keperluan, merasa dicukupkan. 

pada pandangan aku, seperti inilah amsal mereka yang menginfaq diri kepada ummah. Meski kepada manusia asing seperti aku.



#memori 2013. Dars Ibn 'Aqeel. markaz bahasa Azhar. 4pm.


lawatan terakhir ke markaz. (masa berlaku demonstrasi di kuliah; sempat "terbang" sekejap bertemu guru yang dikasihi)





2 ulasan:

jom ta'liq!