dari timur kuterbang ke barat. mendarat di landai bumi andalus yang aman permai.
mana? mana dia penulis alam jinn yang diabaikan zaman? yang dikhabarkan kepadaku akan hebatnya jiwa khayalinya melayah ke medan debat syaitan dan jin. dan membahas bahasa dengan hiwar dan jidal. gah sungguh tampaknya. tak tertahan keinginanku menerokanya, menaiki tunggangan tulisannya, mengembara menerusi ilhamnya.
sebelum menjejak Abi 'Alaa'; memberitahukan kepadanya bahawa aku mahu melalui titian siratnya; melihat sendiri perbahasan alam ghaib dan mengalaminya sepertimana dia.
alangkah beruntungnya mati sebelum benar-benar mati! bukankah manusia hanya tersedar setelah mati?
~dari celahan akal yang keletihan. aku tak minat menterjemah. maaf

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!