hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 26 Januari 2012

Pagi itu dia rasa malas sekali,

Terlalu malas sehingga melanggar pantang tidur selepas Subuh.

Setelah dicongak-congak, rupanya hampir 9 jam dia tidur, bermula selepas Isyak malam tadi, beralasankan kepala yang pening,

dia duduk, mengingat-ingat kembali,

tidurnya juga tidak lena,

adakah kerana gigitan makhluk bernama "barghus" yang sudah melata di tangan dan kakinya..

atau kerana peningnya yang teramat, yang sudah menghilang sejak Subuh tadi.

hatinya galau,, resah,, atau mungkin dia ketakutan..

heh,,

manusia seringkali takut dengan perkara yang tidak diketahuinya,,

seringkali merasa buntu sedangkan tidak mencari dengan sesungguhnya,,

ah,,

akukah orang yang begitu? soalnya dalam hati.

pandangannya diluaskan ke persekitaran bilik,,

mana baju-bajunya yang berlonggok di sudut bilik? dan baju-baju di dalam bakul yang belum berlipat?

sekilas, matanya terpandang ke arah almari bajunya, dia mengalihkan pandangan matanya ke luar balkoni, tempat ampaian baju,

senyuman terukir, hatinya menjadi senang,,
"Alhamdulillah!"

dalam pada kesakitan yang menimpa, masih ada yang sudi menghulurkan ubatnya,

..dan siapakah yang lebih prihatin selain Allah Yang Maha Mengasihi..?

Kalaupun sahabat-sahabatnya ini yang mempermudah urusannya, membahu bebannya, menggembirakan hatinya,,

..siapakah yang menggerakkan hati mereka untuk bertindak melakukannya?

Dia merasakan hatinya seolah ditiup satu semangat baru,

"Bukankah aku ini seluruhnya adalah milik Dia? Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terlintas dalam benakku, semua yang aku rasai, setiap detik tawa dan tangisku,,

maka sewajarnya Dialah yang PERTAMA tempat aku mengadu lelahku, tempat aku mengucap syukur atas kebahagiaanku,

Dialah yang pertama aku hadapkan setiap keluh-kesahku, yang pertama mendengar rintihan dan rayuanku, yang pertama, sebelum segala makhluk-makhluknya,,"

dia bangun dari tempat tidurnya, melangkah cergas ke bilik air,

dia ingin menghadap Dia, bersujud kepada-Nya, memohon penyelesaian dari-Nya,

dia ingin meminta, agar diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang taat dan patuh kepada perintah-Nya,

dan agar ditunjuk jalan, moga diperjalankan di atas lorong hamba-hamba yang diredhai-Nya,

dan moga,

hatinya semakin yakin dengan segala yang ditetapkan Dia-adalah tidak sia-sia,,

Hasbi Rabbi..




Anas bin Malik R.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila Allah mengasihi dan menyayangi pada seorang hamba maka dikenakan kepada hambanya sesuatu bala”,

Maka apabila hamba itu berdoa mohon pertolongan kepada Allah, maka berkatalah Malaikat: suara itu sudah terkenal! (selalu didengari oleh para malaikat akan rintihannya)

Dan berkata Jibril A.S : Ya Allah , Hamba mu si fulan (sesiapa) itu, bermohon padaMu, makbulkanlah hajatnya.

Jawab Allah: Biarkan dulu hambaku , Aku suka mendengar rintihan suaranya.

Maka apabila hamba berkata: ……Ya Rabbi..

Maka Allah menjawab : Labbaika HambaKu ( selamat datang hambaKu),
tiada engkau berdoa melainkan Aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti Aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak permohonanmu bagi mengelakkan bala yang lebih besar akibat keinginanmu itu.






~andai kesusahan hari ini dipandang sebagai akibat kesilapan hari semalam, bukankah ia juga termasuk sesuatu yang ditakdirkan Dia..?
~ Allah, Allah, Allah,, aku tak mampu, melainkan dengan pertolongan-Mu, maka bantulah hamba-Mu ini,,,

Sabtu, 14 Januari 2012

..selagi masa masih ada, usahalah semampumu

baru-baru ini saya terjumpa frasa yang menjadi tajuk untuk paparan hari ini. Sungguh, saya amat bersemangat setiap kali mendengar, membacanya, saya hadamkan lumat2 dalam kepala.(hiperbola sungguh)

"berbuatlah yang terbaik untuk setiap satu pekerjaanmu.."

kenapa ya?

jom baca dan fahami kisah ini;

diriwayatkan tentang seorang lelaki dari bani Israel yang beribadah kepada Allah 70 tahun lamanya,

maka pada suatu hari Allah ingin menunjukkan kepada malaikat-Nya perihal hamba-Nya itu, lalu diutuskanlah malaikat kepada hamba tersebut,

untuk mengkhabarkan kepadanya,

bahawasanya amalannya selama ini tidak mampu melayakkan dia untuk masuk ke dalam syurga Allah yang penuh nikmat, yang memang disediakan bagi hamba2-Nya yang bertaqwa.

maka apakah reaksi hamba ini..?

"Kami adalah hamba, yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya, maka memang selayaknyalah bagi kami ini menyembah Dia.;"

setelah menjalankan perintah Allah, pulanglah malaikat menghadap Allah, lalu berkata;

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dengan apa yang dituturkan oleh hamba-Mu,"

maka Allah pun berfirman; "ketikamana dia tidak berpaling daripada terus beribadah kepada Kami, maka Kami dengan kemuliaan Kami juga tidak akan berpaling daripadanya,

"bersaksilah wahai malaikat-Ku, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa2nya,,"


maka apakah yang ingin ditunjukkan Allah kepada malaikat-Nya..?

Bahawa Kita adalah HAMBA


telah diciptakan untuk tetap taat dan patuh kepadanya,

tetapi, jangan sesekali terlupa, bahawa ada ISTIMEWAnya menjadi hamba kepada Dia Yang Maha Mengasihi..

tatkala kamu berasa keseorangan, tanpa sesiapa di sisi, adakah kamu sebenarnya berkeseorangan..?

tatkala kamu kecewa dengan cinta manusia, tetap ada yang masih setia mencintai dirimu..

tatkala kamu terasa begitu lemah, dan tiada daya kemampuan, tetap ada yang menguatkan kamu..

tatkala tiada yang memahami dirimu,

tatkala dunia seolah gelap bagimu..

dan tatkala kamu ingin tidur enggan bangun lagi..


tidakkah kamu sedar, bahawa ada Dia yang tetap prihatin denganmu..?

Dia sentiasa di sisi, mendampingimu tiap detik dan ketika, mendengar tiap keluh-kesahmu, sangat memahami diri kamu..

..dengan semua keistimewaan ini, -belum lagi dicampur dengan nikmat lain yang tak terhitungkan..

tidakkah terasa ingin berbuat yang terbaik kerana DIA..?


Jadikannya satu wasilah


demikianlah, saya ingin mengajak kalian, agar melihat dengan optimis, bahawasanya kita ada Allah, Dia melihat kita, Dia bersama kita,,

dan atas sebab ini, berbuatlah yang terbaik dalam semua urusan dalam hidupmu,,

hatta peperiksaan, memasak, mencuci lantai, bekerja, belajar..

kerana hakikatnya hidup seorang mukmin itu ialah kerana Dia,,

maka, berusahalah sesungguhnya, semampumu, sebaik-baiknya yang mampu kamu beri.

walau manusia tak menghargai,

walau hasilnya tak seperti yang diimpi..

.. bukankah Dia sentiasa memerhati..?







Terima kasih Allah, kerana memilih kami menjadi hamba-Mu..