hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 5 November 2013

random 3



ada sesiapa mengajarimu mengurus rindu?

tidak?

-tetapi ada seseorang mengajarku mengurus "tin-tin kosong".




moga ini memadai.


rehlah sutur



tidak ada apa-apa yang menarik. aku telah pun mula mengembara ke zaman abbasiy beberapa hari lepas dan menyinggah ke Maghrib; menziarahi Kota Andalus.

Masih berjalan-jalan di sekitar. Baru melihat-lihat beberapa istana yang indah-indah dibina khalifah Mutawakkil yang mengikuti selepasnya khalifah-khalifah lain; cuba menzahirkan kemegahan yang mereka miliki dan menteri-menteri bawahannya menumpuk-numpukkan kekayaan seolah mereka akan hidup ratusan tahun lagi.

istana-istana yang indah dengan pelbagai aneka tamannya. yang menjadi tujuan qasidah-qasidah; disebutsanjung para penyair-yang malangnya aku juga tidak dapat mendengarkannya dengan telingaku sendiri. bau-bau harum dari bunga-bunga yang mekar. keadaan secantik ini di taman-taman istana 'Abbasiyah, mengingatkan aku kepada pemandangan mengagumkan bumi Andalus- yang turut menjadi inspirasi para penyairnya.

cuma sempat aku menyoroti; kisah-kisah kehebatan para wanita Andalus dalam ilm dan adab. ada yang menjadi kunjungan para thullab ilm seperti zainab meski mencecah 90 tahun umurnya. alangkah baiknya andai pertemuan dengan ibn malik-yang mengikuti arus perubahan adab pada ketika itu dengan mewujudnya syair ta'limi-menjadi kenyataan.

berjalan di pasar-pasar. melihat para rakyat golongan ketiga Abbasiyyah yang hidup dalam kemiskinan; diperas-peras lagi oleh penguasa pengutip cukai kharaj dan dhoro-ib. adakah islam telah hilang dari hati-hati mereka? tetapi kulihat para sufi berhalaqah di masjid-masjid jua; melantunkan qasidah kesufian.

sehingga sebelum aku melangkah pergi; kudengar ada gelombang tsaurah qirmitah akan melanda. dan khalifah Mu'tadhid pasti tak akan membiarkan mereka.



setelah kembali. aku tiba-tiba menjadi tidak sabar ingin melawat Turki Uthmaniah. ohya. aku harus belajar bahasa Turki terlebih dahulu.







mungkin selepas ini aku akan mengembara dengan terowong masa di perpustakaan-perpustakaan pula.

di sini.





harap di sana tenang-tenang saja sedangkan di sini aku berasa masa berlalu terlalu lambat dengan segala ribut dan angin kencang. dan matahari lambat lambat muncul sepertinya dia juga tidak merasakan segala huru-hara di sebuah tempat bernama sini.


dan moga Tuhan mengutuskan rahmatNya buatmu yang tak dapat aku gambarkan kegoncangan apa yang menimpa langit dan bumimu tak berapa lama dulu.


moga sekarang semuanya membaik.


#al-fatihah.



hikayat mr.c dan miss c 1


aku tak tahu sejak bila aku betul-betul "terlibat" dengan mr.c yang sejak itu menemaninya ialah miss c.

dan aku tak pernah kenal betapa dahsyatnya pengaruh mr.c sampai melihat betapa berkuasanya miss c.

aku terlalu malu mengisahkan siri-siri penaklukan miss c ke atasku atas nama mr.c.



dan aku berlindung denganNya daripada kejahatan syaitan dan sekutunya yang selalu membisik-bisik dan mengapi-apikan miss c sehingga dia menjadi begitu kuat mencengkam jiwaku, menoreh-noreh dari dalam. melelahkan aku seluruhnya.

mr.c memang benar-benar ujian. akan ku tarik kau bersama-sama miss c ke dalam balang kaca bernama hatiku, untuk disucikan sedapatnya. sehingga kalian menjadi tunduk dan patuh kepada Dia yang menciptakan balang kaca-rahim yang melahirkan kalian berdua.





dan kalian memang benar-benar telah berjaya melemahkan aku untuk kesekian kalinya.

sehingga menjadikan aku bahan ketawa masa hadapanku; dan beban tangisan masa lampauku.



p/s; the "balang kaca" is under treatment.

aayah






ayat alquran adalah ayah yang mastur.

ayat yang manzur.ada pada ayatNya di muka bumi ini. tiap ciptaanNya. yang aku sering alpa. adalah termasuk ayat manzur ini kan semua perbuatan hambaNya, tiap pertemuan, tiap perselisihan dan keterkaitan. Yang sering aku campakkan ke kategori "kebetulan". tetapi tidak sebenarnya.

aku memohon kekuatan. yang aku jumpai ialah kesukaran. aku mohonkan jawapan. yang aku temui ialah persoalan. aku mohon didikan. yang aku terima ialah ujian.


aku pernah memendam sakitnya rasa. tetapi aku kecapi ketenangan.

hidup adalah madrasah, bila kau bersedia untuk mengambil pelajaran.

tersalah. sekali. malah berkali-kali. sentiasa masih ada kesempatan. sebelum semuanya terlewat. betul-betul memikir. betul-betul merancang. betul-betul memilih. betul-betul redha.

agar kau tak menyesal dengan natijah.

"dan yang akhir itu adalah lebih baik bagimu daripada yang awal"




aku masih menunggu.












exhausted


untuk beberapa hari sebulan, entah berapa kali dalam setahun / tahun yang sukar / kali terakhir seingat aku berlaku hampir 5 tahun yang lalu.


kemudian aku jadi sangat lelah. dan barangkali lupa bahawa insan memang tidak punya apa-apa dan tak akan mampu memiliki. lebih hebat lagi. aku juga lupa insan tidak benar-benar ada sesiapa.


-jadi mengapa kau harus merasa gundah dan sakit untuk perkara-perkara yang bukan kau yang mengurusinya? 




#qalb munkasir