hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 22 Julai 2014

catatan




Dulu. 


Pengembara seperti mereka itu, tak pantas untuk kau tanyakan bagaimanakah, atau dengan siapakah? Tanyakan mereka di awal sapaanmu; "sekarang kau sudah di mana?"

Bila aku mula-mula simpan impian untuk terbang lebih tinggi, menjejak tanah asing, melangkah lebih jauh dan mengintai langit hujan emas, begitu lebar senyumku, kerana angan-angan yang mula mengisi kalbu itu. Kadang-kadang disusuli gentar dan bimbang pula, kerana percaturan takdir yang entah bagaimana.


Sekarang.

"Kalau benar direzkikan Tuhan. Maka kembara itu adalah untuk mempertajam akal, memperkaya budi, menyingkap hikmah dan rahsia tasbih alam,"

untuk itu.
Sebermula perjalanan itu,
adalah dengan hati yang lapang dan sukma yang tenang, mensyukuri bagian-bagian Tuhan yang teranugerahkan di atas namamu.

Ada ihsan dan izinNya, mimpi apapun akan bersahut, niat apapun akan tetap tertunai. 

insyaAllah.





















Isnin, 21 Julai 2014

buat si kecil


apakah yg lebih layak dan sepatutnya aku lakukan apabila kesayangan yang ingin dilindungi, pada waktu-waktu sukarnya dan aku pula tidak mampu untuk berada di sisinya; tetapi Allah telah memberinya pembelaan melalui insan lain?

segala puji dan syukur, Allah. terima kasih kerana memaqbulkan doa2, dan mengangkatnya ke sisiMu..

aku berharap untuk dia terus tersenyum dan ketawa, walau separuh jiwanya telahpun dibawa pergi..



~
apakah yg kerinduan ini menjanjikan kita? perpisahan telah menjadikan lidah kita masing-masing kelu bila berhadapan. tetapi hati-hati kita masih menyapa dengan mesra, aku pasti..kerana kita masih ada kenangan yang mendekatkan. bukan begitu?

(moga rindumu terhadap dia saban hari cumalah hitungan sang pencinta yang menanti satu pertemuan yg hakiki)




Ahad, 20 Julai 2014

countdown

aduhai. adakah aku benar-benar dilanda mid-life crisis?

entah kenapa sejak akhir-akhir ini wadah sukma yang halus itu dilanda galau yang tidak sudah-sudah. Dan aku pula menjadi tidak keruan dengan kerap. menjadi rancu yang tiba-tiba. menitis air mata dengan mudahnya.

 keadaan yang "gagal dikenalpasti mengapa" ini selalunya menumbangkan aku dalam masa yang singkat, melemah dan menewaskan aku.

walau bagaimanapun. entah mengapa. dalam haru pada hari-hari ini, aku juga mengesani wujud "bisik-bisik" yang aneh. yang menegur dan memujuk, cuba mendamai dan menenangkan. yang menjadikan aku cepat-cepat duduk tegak kembali, terasa punya harapan dan kekuatan; meski hati terasa sempit dan payah.

"hidup ini singkat sekali untuk kau rebah pada usikan ragu-ragu dan ketidak-pastian, juga pada ranah kebimbangan yang tidak-tidak. Hiduplah dengan yakin bahwa Tuhan Yang Maha Mengetahui tidak pernah mensia-siakan engkau;"
kerana masih ada masa; insyaAllah.

arrih qulubana, ya Rabb. 

malam


dan masih rindukan bulan
menengadah wajah ke langit
seolah di situ
terlakar warna warna
dalam hati

bilakah hujan lagi?
untuk aku duduk menekur
mengira-ngira titis rahmat Tuhan
dan kembali meraih tenang
bercinta lagi.

sungguh aku ingin bercinta lagi. .



Jumaat, 18 Julai 2014



mengintai bulan
menunggu malaikat Tuhan.
berputus asa dari ratapan
dan
mulai bercinta lagi.


tuhan
hati sepi sayu kerana rasa pudar hampir layu
akulah pengemis semalam
pada hari hari kulihat malam.
hanya malam


aku ingin bernyanyi. tapi iramanya tiada lagi dan hampa hiba ialah rasa yang menemani
entah dari mana.


(mungkin mood Tenggelamnya Kapal Van der Wijck masih terkesan) 

Selasa, 15 Julai 2014


bagaimanakah sebuah rasa bertukar setelah melalui beberapa fasa waktu?