hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sabtu, 14 Mei 2016

Terlalu rindu

Adakah terlalu rindu juga bisa menerbitkan perasaan marah dan kecewa? Dan perasaan-perasaan lain yang aku juga tidak pasti namanya apa..

Tetapi akhirnya sulaman-sulaman perasaan ini akan berakhir dengan simpulan yang ringkas sekali,

Ku namakannya harapan.

Jumaat, 13 Mei 2016

Rindu

Ada rindu yang aku pendam dalam-dalam. Seakan perkataan "rindu" itu sendiri tak mampu menterjemahkan maknanya. Ia tersirat dalam hati kita, yang hanya merasainya erat-erat saat mata kita bertentangan, dan perlahan-lahan atma kita saling merangkul, memeluk dengan penuh kasih, cinta..