hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 24 Mei 2012



Sukacita dimaklumkan.

Blog ini akan terabai untuk waktu yang panjang.

Minta maaf. Terima kasih.





Pujian yang melambung, tinggi melangit.

Hakikatnya untuk natijah yang tak seberapa.

Lagilah,,-usaha yang tidak sebaik mana.

Difahami, ada maksud tersirat di situ..




---------------------------------------------------------------

Bila disebut ini "perjuangan kita", saya harus memohon kemaafan kerana selalu menguzurkan diri daripada melaksanakan kewajipan ini sesungguhnya..



 

Selasa, 22 Mei 2012

Lagi sebuah cerita


Anda suka baca buku? atau hanya suka buku?

^^ saya masih ingat "kegilaan" saya dulu,- adalah pada membaca komik, dan manga. (nilah penyebab utama tabiat sangat kuat berangan)

Kemudian, pada satu tahap, tabiat 'suka membaca' saya tu ter'upgrade' kepada novel-novel. Antara yang mula-mula menarik minat ialah novel 'Tautan Hati" oleh Fatimah Syarha.

Kemudian, di sekolah, kebetulan bertemu dengan seorang junior yang sangat 'gila'kan novel-novel ilmiah, yang isi-isinya agak berat, tetapi penuh imaginasi; seperti novel Manikam Kalbu, Si Peniup Ney, dan kebanyakan karya Faisal Tehrani.

Tapi, novel yang saya rasakan paling menarik ialah novel karya Hilal Asyraf; "Terasing", "Sinergi", "VT", novel trilogi "Takdir" dan lain-lain.

Ayah saya, kalau dia ternampak saya tengah sangat tekun membaca novel, dia akan cakap;

"Buku-buku kat rak tu lagi banyak manfaatnya untuk akak,"
sambil tangannya menunjuk ke arah puluhan(mungkin ratus) buku yang tersusun rapi di almari-perpustakaan mini rumah kami.

Macam-macam ada. Dari buku-buku agama, hingga buku-buku Inggeris, teknologi dan sains.

Waktu tu, saya akan tersengih-sengih. Tak terasa mampu baca buku-buku 'berat' seperti itu.

Seingat saya, kali terakhir saya menelaah buku seperti itu, mata saya akan segera terkatup. Alahai!

Memang rasa nak tabik spring pada insan-insan berketahanan tinggi membaca kitab-kitab setebal 200-300 muka surat, bertulisan kecil ini.


*********************************************************************

Ada seorang senior saya yang pernah menegur sikap malas membaca saya, juga sikap saya terhadap kitab-kitab saya.

Antara kalamnya yang paling saya ingati ialah;
"Rahsia sebuah buku, takkan didapati sehinggalah manusia menghadamkan buku tersebut-seluruhnya; dari kulit ke kulit."

Ya, apabila menceburkan diri ke dalam bidang yang memerlukan diri mahir dalam bahasa Arab, nak tak nak saya mesti memperbanyakkan bacaan kitab-kitab dalam bahasa ini.

Tetapi, tanpa 'pemberat' yang kukuh yang menyokong amalan ini, manusia akan cepat berasa bosan, betul tak?

"Rasailah ia, ketika kamu membaca, rasailah segala isinya, seolahnya kamu sedang hidup di antaranya,"

haha. ayat bombastiknya itu akhirnya menghasilkan satu makna;

Cinta.




~Juga, saya sedang memperjuang dan membuktikan sesuatu. Doakanlah moga usaha menambah ilmu ini, menjadikan kita mampu berbakti, dan makin mendekatkan kita dengan Ilahi,insyaAllah..

Sabtu, 19 Mei 2012


Firman Allah S.W.T;
"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang labih baik(benar). Sungguh, syaitan itu(selalu) menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sungguh, syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."

                                                                                                                (surah al-Isra'; 53)

Suasana bertambah sunyi dalam hari-hari menghampiri musim peperiksaan.

Pengalaman silam, suasana ini akan bertambah suram menjelang peperiksaan, dan akan bertambah genting lagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

Sikap yang tak akan hilang dari diri manusia- selfish akan makin jelas terpamer,

wabak buruk sangka dan mudah terasa hati akan lagi-lagi bercambah.

Ya Rabb...

Dalam tempoh-tempoh mendatang ini,,, lebih ramai akan mengunci mulut, bimbang ada hati yang tersinggung.

Sahabat karib bermasam muka untuk sebab yang remeh,

hem,,,

entahlah. mohon hati terus thabat dan kuat.

Lebih-lebih lagi setelah keputusan keluar nanti. Entah diri mampu mengota apa yang dikata..
Entah siapa yang sanggup bersama membahu..

Entahkan diri di mana tika itu.








~tetap faham, keputusan milik Dia. dan kita berusaha selagi ada masa dan kesempatan. ok, yang kelak tetaplah yang kelak. 


Sebab hidup dalam suasana yang sangat selesa.

Ingatkan hanya yang hidup susah akan mati kesusahan?

Yang duduk diulit kesenangan pun bisa mati dalam keselesaannya.

bahagia, kan dapat merasai hidup dalam "biah solehah"?

Suasana persekitaran yang soleh, musollanya ada orang yang hidupkan, budaya ajak yang makruf dan tegah perkara mungkar masih ada yang tegar laksanakan.

tapi sayang..

seribu kali sayang..

suasana ini, dalam diam 'membunuh' hati-hati dan jiwa penghuninya.

Hah! Bukan salah persekitaran. Manusia yang membinanya, memeliharanya,

Ada yang bermatian menjaganya. Dengan usaha, doa dan pengorbanan.

Dalam masa yang sama,

Ada yang terus terleka dan alpa. Terasa cukup dengan usaha yang sekadarnya.

Teringat kata-kata Hassan al-Banna kepada pemuda;

"Waktu lapang akan membinasakan pemuda"

dan kata-kata Imam Syafie;

"Sesungguhnya air yang diam akan merosakkan dirinya"




..............................................................................

 Aku semakin pasti,

Sedikit waktu lagi keberadaan aku bersama mereka ini,,

Jiwa akan menjadi semakin gersang

dan mati.


......................................................................................

Lalu ada yang menegah;

Tunggu dulu! Jangan berlalu kau pergi sendirian.

Kerana pergimu,

Ya, kau akan membantu dirimu sendiri

Sedang mereka yang kau tinggalkan di sini..?

Mereka akan tetap begini.

Bukankah kau sendiri pernah berkata;

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara?"

Ke mana amalnya??

.......................................................................................


Tajuk ini dari dulu hingga sekarang tak akan pernah-pernahnya habis dibicarakan. Hati jadi sangat sakit.


Kalau atma kalah dalam 'peperangan senyap' ini,


Makhluk bertanduk yang terlaknat itu akan menjadi bertambah-tambah bongkak dan sombongnya.


"Kalau benar kau benci syaitan, kenapa bermalas-malas dalam ibadah?"


"apa kaitannya?"


"kau lupa agaknya. bertangguh-tangguh tukan satu dari pintu-pintu syaitan?"




..dan yang dikira ibadah itu apa?


adakah semata2 solat, puasa-rukun Islam yang lima? atau perkara2 sunat?








soalan mudah ini saya tinggalkan buat anda.

Rabu, 16 Mei 2012

final touch





مِفْتَاحُ الْعِبَادَةِ الْفِكْرَةُ, وَعَلَامَةُ الْإِصَابَةِ مُخَالَفَةُ النَّفْسِ وَ الْهَوَى
Kunci ibadah itu ialah pemikiran, dan tanda-tanda penderitaan itu adalah menyalahi tuntutan diri dan menuruti hawa nafsu.

العُبُودِيَّةُ أَنْ تَكُونَ عَبْدَهُ فِي كُلِّ حَالٍ كَمَا هُوَ رَبُّكَ فِي كُلِّ حَالٍ
Ubudiyyah itu bererti kamu menjadi hamba-Nya pada semua keadaan sebagaimana Allah SWT menjadi Tuhanmu pada setiap keadaan.

~Dzunnun al-Misri RahimahuLlahu Taala


*kata-kata hikmat yang merangsang motivasi, saat diri tertekan berdepan dengan 'penyakit' dalam diri, di saat-saat akhir tempoh persediaan peperiksaan.

 



~Berusaha selagi ada masa, buat yang terbaik!
 Moga Dia menjadikan ilmu itu, benar-benar cahaya dalam hati kita.