Selesai sahaja bacaan
ma’thurat, dan agak-agak cerah sedikit di luar, dia telahpun melangkah keluar.
Pulang semula ke
rumah, kira-kira selepas azan Isyak berkumandang.
Dan rumah, hanyalah
tempat melepaskan penat seharian, atau kata lainnya; sekadar tempat tidur dan
keperluan kendiri.
Penggunaan air juga
adalah terhad, selalunya sepulangnya dia, perkara pertama yang akan dilakukan
ialah membuka paip air, menadahnya ke dalam besen di bilik air.
Apabila dia
dibangkitkan semula pada pagi esok, air sudah penuh, dan cukup untuk
keperluannya.
Makan? Dia akan makan
sarapan, awal pagi. Selainnya semua di luar. Makan roti, mungkin. Atau apa-apa
sahaja buat alas perut.
Cuma dikecualikan
mungkin satu hari dalam seminggu untuk melunaskan tugasnya dan tanggungjawab
sebagai ahli bait(room-mate). Cuci baju, kemas dan bersihkan rumah, menguruskan
hal-ehwal rumah.
Begitulah rutin
sehariannya. Kebanyakan masa dia adalah di luar,- sekejap berada di kuliah,
kemudian berkejar ke Masjid Azhar; bertalaqqi. Dan ada masa-masanya berteleku
di kedai-kedai buku.
=.=
Sekurang-kurangnya
inilah yang saya pernah terfikirkan sebelum sampai ke Mesir. Wah, bumi padang
pasir.. mesti tak cukup air, udara berdebu. Wah, ke kelas-kelas syeikh, belajar
dan belajar, memahirkan sesungguhnya ilmu Nahu, Sorof dan Balaghah(cabang ilmu
Bahasa Arab).
Tapi.. sesungguhnya
perkara (harapan dan impian) itu tak(belum) tercapai.
Masalah musyrif,
masalah tak ingat jalan, kes jenayah,larangan kakak senior, tak ada teman dll.
Kalau nak
disenaraikan, memang sangat panjang berjela alasan-alasannya. Sampai jadi
penat, dan sangat bosan.
Adakah peluang yang dinantikan? Atau apa?
Sehingga saya bertemu seorang kakak ni.
Hidupnya memang sangat menyerupai apa yang pernah saya
gambarkan akan dilalui oleh diri sendiri,
Adakah masalah-masalah yang muncul tidak menghalangnya?
Daripadanya; saya belajar erti TEKAD dan TAWAKKAL.
Mungkin, Mesir bukan Negara kita, penghuninya tak bertutur
dengan bahasa kita sehingga tak timbul masalah komunikasi- tetapi, ia adalah
bumi Tuhan!
Barangsiapa yang takut, tunduk, patuh dan taat kepada Allah,
maka makhluk lain juga tak akan mampu berbuat jahat kepadanya, melainkan dengan
seizin-Nya.
Seandainya kamu berkeinginan dengan sesungguhnya, mengapa
tidak lakukan dengan sesungguhnya, sehinggalah Allah memandang kesungguhanmu
itu?
Mungkin ini maksud “itqan” dalam kalam Saidina Ali r.a;
“Nilai seseorang itu ialah pada itqan(ketekunannya) dan bukan pada apa yang ia
miliki.
Terasa rugi bertemu dia di saat yang agak terlewat. Tetapi, saya
juga faham seperkara.
Tentang mengapa Dia belum mengizinkan saya sampai kepada apa
yang sangat saya inginkan.(meski beberapa usaha telah dibuat! )
Sama ada kerana usaha yang belum cukup kuat, atau..
Kerana Dia Maha Tahu; bahawa saya belum bersedia untuknya.
Hah, betullah!
Umpamanya seperti ;
Kita sangat teringin dan mahu memandu kereta, kemudian kita
minta pada ayah kita; kita nak kereta.
Walaupun kita diberi kereta selepas itu, dan diberi kuncinya
untuk memandu,
Dapatkah kita memandunya dengan baik, seandainya diri masih
belum ada kemahiran dan pengetahuan tentang kereta, cara-cara memandu, dan
perkara-perkara yang bersangkutan dengannya?
Kalaulah kita dah berusaha keras mencapai sesuatu, tetapi
masih belum diperkenan Allah, adakah maksudnya doa kita tertolak?
Mungkin, tapi..
sesungguhnya kita harus yakin Dia akan mengabulkannya, tak
kira cepat, lambat, atau digantikan dengan menjauhkan kita dari keburukan, atau
sesuatu yang lebih baik dari permohonan kita.
Terus, terus dan terus berusaha!
YAKIN. Bukankah Yang Maha Mengetahui itu ialah Dia?
~T_T
best! ana suka. suka sangat :)
BalasPadamana pun suka kalau dapat baca post terbaru blog nt. hehe
Padamhaha. okey. okey. ana faham.
PadamAna x boleh update selalu. Kalau ana update selalu, nanti merepek je yang lebih. lalu menjadi sebuah kesia-siaan.
Ana x mahu yang itu.
boleh terima ke alasan ana ni? hehe ;p
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam