Seandainya semua tohmah, fitnah dan umpat itu harus menjadi
benar,
Maka,,,
Bukankah kita sudah perlu mempersiap,
Untuk dilempar dan dilumur ke wajah-wajah kita
Segala macam caci, hina dan keji?
Seandainya ini adalah kesilapan generasi yang lalu..
Maka adakah patut kita hanya duduk dan memandang,
Untuk semata-mata mewarisi kekurangan dan kecacatan mereka?
Ataukah..
Kita berdiri menghadap mereka,
Untuk mengatakan;
“kamu telah gagal,,”….?
Adakah benar kegagalan itu seratus-peratusnya berpunca dari
kesilapan mereka?
Adakah mereka tidak difahami mengikut yang selayaknya??
Ataukah..
Kita berdiri di samping mereka,
Saling membahu, menampung memperbaiki
Segala lompang-lompang dalam barisan mereka,
Sedaya dan semampu kita..
Bukankah kita umat yang sering menuturkan;
“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara”?
Ke manakah hilangnya intipati dan erti,
Andai mata kita memicing memandang mereka,
Dalam hati mendabik berbangga;
“akulah yang lebih baik dari dirinya”?
~Kita dianggap golongan yang berautoriti dalam masyarakat,
bersandar meminjam tiket “ulama” kerana jalan yang kita pilih. Maka bukanlah yang
seharusnya untuk berlindung di balik sekeping ijazah tanpa ilmu yang mantap di
dada, tanpa amal yang terbit darinya, tanpa ikhlas yang mendasarinya..
Sedangkan ulama itu terpundak di bahunya tugas Rasul-membawa
risalah Tauhid.
Kita bukanlah orangnya yang menconteng arang ke wajah mulia
Rasulullah s.a.w!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!