hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 30 Ogos 2012

015



Saya tak pernah memimpin sesiapa.Yang saya pimpin selama ini hanyalah diri saya.

And it seems,-in most of time; I am quite a loser.

Jangan terlalu mengharap pada potensi yang kamu lihat pada luaran.

It was all a lie.



~Saya masih bekerja keras belajar mendidik diri yang terlalu angkuh, keras kepala. Kepimpinan bukan satu percubaan, ok?

014



Rindu.
Aku telah cuba untuk kembali. Begitupun, aku sebenarnya melarikan diriku.
Dari siapa?
Oh anehnya.
Bagaimana pula mengingati Allah tetapi tidak melakukan ketaatan kepada-Nya?
Bagaimana pula mengaku berdzikir padanya sedang semakin kurang ibadahmu kepada-Nya?
Benar katamu Asmaa; kita sudah tak punya waktu.
Bila-bila sahaja, masa akan berakhir setakat di sini.
Teringat sebuah kisah yang dikatakan daripada Ihya’ Ulumuddin; tentang seorang Raja dan Penasihatnya yang bijak.

Raja menitahkan kepada sang Penasihat untuk menciptakan sebuah alat khas yang dapat menghilangkan kesedihan tatkala baginda ditimpa dengannya, dan dapat mengelakkan baginda menjadi angkuh semasa dalam kesenangan.

Setelah beberapa waktu, Si Penasihat mempersembahkan kepada Raja sebentuk cincin. Katanya;

“Silakanlah Tuanku, pakailah cincin ini. Pandanglah kepadanya tatkala tuanku bersedih, nescaya hilanglah, dan pandanglah kepadanya semasa dalam kesenangan, nescaya Tuanku terhindar daripada kesombongan;”

Tiadalah yang istimewa pada cincin tersebut; diperbuat daripada besi sahaja; melainkan ukiran yang terdapat padanya;

“INI PASTI BERAKHIR”

Ya.

Bukankah segala-galanya di dunia akan  berakhir bila sampai ketetapan-Nya?

Menyedari semuanya adalah sementara, dan yang kekal hanyalah Dia,

Manusia tak akan sukar melepaskan dan memberi, juga tak akan mudah berputus asa dan kecewa.

013




Ini bukanlah pertandingan siapa lebih fasih mengeluarkan hujah.

Tetapi perbincangan  yang mengajak kepada sebuah pelestarian ilmu.

Kepada menzahirkan apa yang sebenarnya menggegarkan medan kalam ini.

Apa yang beria-ia ditegakkan sejak mula.


Malangnya,
Manusia sejak awal telah kalah.
Lagi-lagilah di akhir-akhir ini.

Kerana yang dicapai di penghujung,-pada akhirnya;
Adalah kepuasan nafsu semata.
Tinggal sudahlah Allah dan Rasul di belakang.



********************************************************
Siniskal ini adalah untuk diri sendiri.Satu perjalanan jiwa menghadamkan pengertian sebuah hakikat. Tatkala terkulat-kulat lisanku mendustakan hatiku sendiri,
Aku ditegur tegas;menyusuk tembus hingga ke tunjangnya.
Melalui dia yang telah sekian lamanya hatiku memandangnya sepi.
Masya-Allah.Dia tetap dia yang Engkau pilih, Ya Rabb?
Maha Suci Engkau.
Akulah sebenarnya si angkuh dalam kerendahan hati.





012



Menghitung hari-hari berakhirnya usia kedua puluh.
Meninggalkan sebahagian besar hari keanak-anakan adalah sukar, kerana masih percaya bahawa diri adalah kanak-kanak yang masih perlukan bimbingan.

Yang aku perlukan adalah untuk kamu...

Tunjuki aku andai langkah makin tersasar ke tepi,

Tidak aku perlukan engkau menjadi pakar dahulu;

Sekadar mengingatkan, aku juga insan lemah lagi pelupa,

Sangat cepat berasa letih, lalu jatuh; lama sekali untuk bangkit
.
Hakikat diriku…


Jom,
Jangan biarkan aku bertatih seorang menuju Tuhan.
Dia telah memanggilmu dulu, dan masih memanggilmu.
Sudah tiba masanya untuk khusyuk mengingat Allah.
Lupakan makhluk, ketepikan kecewamu dulu,
Lihatlah kepada-Nya; dengan membawa jiwa yang tidak ada ‘punya’.


~Usia dua puluh. Adakalanya si muda ini akan pulang terlebih dulu berbanding pendulunya yang telah lebih awal lahir ke dunia.
Siapa tahu?

09


Bertangguh adalah daripada pintu-pintu syaitan.

Mati tidak menunggu kamu menyelesaikan perkara-perkara yang tertunggak dalam kehidupan. 

Kerana mati sangatlah dekat, Uwais al-Qarni tidak suka bergurau dan bertemu ramai orang, melainkan masa lapangnya dirasakan adalah lebih baik untuk dirinya mengerjakan solat.

Kebanyakan kita lebih gemar bertemu orang untuk menyembang perkara tak berfaedah, juga untuk tujuan sia-sia; hingga terkadang membawa kepada dosa mengumpat dan memfitnah pula.

Ingatlah, dua anggota yang mengheret ramai orang ke neraka; satunya ialah lisan.

Nasihat terbaik yang pernah diwasiatkan buat yang sangat gemar bercakap dan merasa sukar menahan lidahnya dari terus berbicara;

“Diamlah ketika kamu sangat ingin berbicara dan berbicaralah ketika telah mati keinginanmu untuk berbicara lagi”

Sudah tentu setelah latihan panjang melatih diri untuk diam,

Kerana orang yang banyaknya diam daripada banyak berkata-kata akan memperoleh hikmah, dan ilham dari Tuhannya,

Agar berbicara pada waktu yang tepat, dengan bicara yang tepat pula.

Mulalah untuk mendiamkan lisanmu, hingga selamat lidahmu dari dosa lisan; mengumpat, mengeji dan seumpamanya;

Sehingga diam pula hatimu dari mengumpat dan menghina; yang terlintas dalam fikiranmu.

Lakukanlah sekarang.

Kerana bertangguh adalah daripada pintu-pintu syaitan;

Jangan sampai maut menjemputmu dahulu.


07




Mata mereka tak menipu, tak punya hasad,
Ibarat kain putih.
Melihat mereka menjadikan hatiku tenang,
Semacam ada satu perasaan gembira, yang tak dapat dijelaskan mengapa.
Antara kami bukanlah ada apa-apa pertalian darah.
Perkenalan antara kami juga singkat.
Cuma aku merasakan..
Mereka tulus.
Bicara, tatap pandang, perilaku.
Dalam tiap ingatku yang dipenuhi  wajah-wajah mulus mereka,
Harapanku; mereka layak mendapatkan yang terbaik,
Meski aku bukanlah yang selayaknya membimbing mereka,
Allah.
Didiklah mereka ke arah-Mu..



~you guys, thanks a lot... J

05



Menamatkan siri Team Medical Dragon; siri asalnya adalah Manga Jepun.Hmm, pernah terbaca tentangnya beberapa tahun dahulu, semasa menjadi seorang kipas-susah-mati manga-manga dari Jepun.
Sebuah pasukan yang berdedikasi dan bermotivasi, penuh harapan dan keyakinan.
Mungkin tak menunjukkan secara keseluruhan hidup seorang doktor, tapi hey..kesungguhanmereka merawat memang mengkagumkan.
Dan doktor pun manusia.Dan seperti lainnya, ada doktor yang benar punya jiwa seorang doktor, dan tak kurang juga yang lebih menghargai duit lebih daripada nyawa manusia.
All the same,
Akhlak dan nilai adalah sesuatu yang universal.
Berada di Bilik Pembedahan berjam-jam sangat memenatkan.Menghadapi komplikasi dan kesulitan yang berbagai-bagai menambahkan tekanan.
Bagaimana seseorang boleh terus tenang menghadapi tekanan yang berganda-ganda dalam satu masa?
Manusia biasa boleh gila.
Hanya jiwa yang bermotivasi boleh melaluinya dengan baik. Oh ya, dan tarbiyah. Jiwa yang terdidik.
Berdasarkan video bersiri ini, doktor mempunyai keyakinan yang tinggi, juga pegangan yang teguh terhadap janji dan kepercayaan yang diberikan oleh pesakit kepada mereka.
As if, they were connected by an unseen thread, fighting together till the end.

Apa yang bestnya siri ni?
Entah.Cuma rasa beruntung.
Mukmin also have That unseen thread with their Creator.But, it is MUCH GREATER.

^_^ haha. Apa-apa pun, ia tetap satu cerita yang menarik. Full spirit.

03



Bangun awal pagi, sebelum Subuh, sapu mukamu, bangkit dengan menyebut nama Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan,

solatlah, atau bacalah Qur’an, atau berselawatlah ke atas Nabi, dengan penuh dzikir dan fikir.

Kalau boleh, pastikan ada sedikit waktu untuk lelap sebelum masuk waktu Subuh.

Solat Subuhlah secara berjemaah, pada awal waktu.

Bacaan pertama harimu adalah kalam-Nya yang Agong. Bacalah dengan tartil dan bacalah terjemahannya,

Biasakanlah satu susunan dzikir sebagai amalan Subuhmu, misalnya Ma’thurat.

Setelah itu, bingkaslah lakukan apa jua yang telah kau susun sebagai yang seharusnya diselesaikan dalam harimu.

Hidupkanlah hayatmu dengan penuh kerendahan hati kepada Tuhan-Mu, kerana itulah kunci usaha seorang hamba mendekat kepada Tuannya.

01



Judging peoples?

Hey, you even don’t really have time for that!

Let’s focusing on keep moving.

Life is not about others.

So please don’t bother to always have envy on them.

Selasa, 28 Ogos 2012

"Maka ingatlah Allah dengan ingatan yang banyak.."


Mengingati Allah adalah satu kurniaan yang tak terhingga.

Itu petanda Allah mengingatimu.

Apa kau kira, andai Dia tidak mengingatimu, kau akan mampu mengingati-Nya?

Mengingat Dia itu daripada siapa?

Daripada engkaukah, makhluk yang lemah dan tak punya mampu?

Dari manakah engkau mencari ‘ingat’ kepada-Nya?

Dari berjaga malamkah, dari membaca Qur’ankah, dari solat-solatkah?

Apa kau kira, andai Dia tidak menggerakkan engkau melakukan amal-amal itu, engkau akan mampu?

Apakah sendi-sendi badan, tiap otot dan anggota badanmu adalah mutlak milikmu yang boleh kau perintahkan sesuka hatimu?

Berjalanlah di atas takdirmu yang telah Allah tetapkan untukmu.

Apakah engkau yang lebih tahu sesuatu itu baik untukmu berbanding Allah Yang Maha Mengetahui?

Yang menciptakan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya.

it is how to be a patient one



How to keep being nice to people when you are actually in anger?

Please don’t lose your temper to innocent people.

Of course, being patience is far too different from just controlling your anger.
 

letih, ok?


Sampai satu masa, manusia akan berasa penat dengan hidup, dengan apa yang dilakukannya. 

Saya, akan penat untuk terus menulis,

Dan kamu, akan penat untuk terus membaca.

Mungkinkah penat ini akan hilang selepas berehat seketika,

Dan kita akan kembali bangkit meneruskan kehidupan,

Dan memaknakannya?

Atau, penat ini akan menjadi satu keletihan yang berpanjangan,

Melumpuhkan diri kita, lalu mati sebelum masanya?

Blind



Maybe, the hatred that grows in the heart had blinded the silly me to look onto the matters in more appropriate way, a fair way.
Don’t you think like that?
Well, things that we saw, might be totally different from what they are appears to be.
Sometimes, we think we have experienced it, therefore; we are the one who understands it better than others.
But; it is, in actual fact, is not like that.

Isnin, 20 Ogos 2012

Selasa, 7 Ogos 2012

Memoirs of..


Oven. Dalamnya ada dua tray biskut “cornflake” jemput-jemput. Baunya harum. Mungkin tak lama lagi akan masak.
Wajah umi, tiada riak apa; sedang menonton televisyen, sambil tangannya cekap membentuk biskut.
Petang ini ponteng mengaji, seronok melihat umi dengan adunan biskut. Mungkin berkongsi keseronokan ialah adik bongsu berumur 5 tahun itu, turut duduk bersama umi di meja makan, meletakkan mukanya di atas meja, memerhati tangan umi.
Di sebelah kanan umi ialah si mata bundar; bakal pakar bedah (cita-citanya). Dia melihat ke balang biskut yang penuh separuh, dengan perasaan bangga.
“Tengoklah ni semua Mana yang buat tau,”
Aku menjelir lidah, sengaja mencuit perasaannya.
“Oooh..nanti tak boleh makan biskut ni! Nak, buat sendiri”
Sekilas, pandangan beralih ke arah si ‘Hero’di sebelah kiri umi, dia juga tekun membantu umi, lepas satu, satu dibentuknya. Hampir secekap umi.
Di atas sofa ialah abang dan abah, menonton rancangan entah apa di televisyen, sempena Ramadhan ini.
Semuanya dengan gelagat masing-masing, kadang-kadang terdengar tawa ceria dari meja makan, atau cerita-cerita daripada umi, dan kedua anaknya di meja makan, diselangi ulah si bongsu, juga daripada abang dan abah yang sesekali menyampuk.
Senyum.

Siapa lagi tertinggal?
“PIN PIN
“Nain dah balik!!”
Si tampan Nain telah pulang dari sekolah, berjalan penat ke arah pagar rumah, dihantar bas sekolah Encik Latif.
“Puasa ke ni?” soalku, membuka pintu pagar. Dengan nafas turun-naik, dia mengangguk.
“Umi.. Hari ni umi masak kuih karipap Nain???” laungnya penuh semangat dari pintu rumah, disambut tawa kami.


----- Malaysia; --------------------------------------------------------------------------------------------------


~Memori.
Terima kasih Tuhan. Akulah si laknat yang tak bersyukur dengan sekian banyaknya nikmat-Mu.. :’(