Ini bukanlah pertandingan siapa lebih fasih mengeluarkan
hujah.
Tetapi perbincangan
yang mengajak kepada sebuah pelestarian ilmu.
Kepada menzahirkan apa yang sebenarnya menggegarkan medan
kalam ini.
Apa yang beria-ia ditegakkan sejak mula.
Malangnya,
Manusia sejak awal telah kalah.
Lagi-lagilah di akhir-akhir ini.
Kerana yang dicapai di penghujung,-pada akhirnya;
Adalah kepuasan nafsu semata.
Tinggal sudahlah Allah dan Rasul di belakang.
Siniskal ini adalah untuk diri sendiri.Satu perjalanan jiwa
menghadamkan pengertian sebuah hakikat. Tatkala terkulat-kulat lisanku
mendustakan hatiku sendiri,
Aku ditegur tegas;menyusuk tembus hingga ke tunjangnya.
Melalui dia yang telah sekian lamanya hatiku memandangnya
sepi.
Masya-Allah.Dia tetap dia yang Engkau pilih, Ya Rabb?
Maha Suci Engkau.
Akulah sebenarnya si angkuh dalam kerendahan hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!