hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 7 Ogos 2012

Memoirs of..


Oven. Dalamnya ada dua tray biskut “cornflake” jemput-jemput. Baunya harum. Mungkin tak lama lagi akan masak.
Wajah umi, tiada riak apa; sedang menonton televisyen, sambil tangannya cekap membentuk biskut.
Petang ini ponteng mengaji, seronok melihat umi dengan adunan biskut. Mungkin berkongsi keseronokan ialah adik bongsu berumur 5 tahun itu, turut duduk bersama umi di meja makan, meletakkan mukanya di atas meja, memerhati tangan umi.
Di sebelah kanan umi ialah si mata bundar; bakal pakar bedah (cita-citanya). Dia melihat ke balang biskut yang penuh separuh, dengan perasaan bangga.
“Tengoklah ni semua Mana yang buat tau,”
Aku menjelir lidah, sengaja mencuit perasaannya.
“Oooh..nanti tak boleh makan biskut ni! Nak, buat sendiri”
Sekilas, pandangan beralih ke arah si ‘Hero’di sebelah kiri umi, dia juga tekun membantu umi, lepas satu, satu dibentuknya. Hampir secekap umi.
Di atas sofa ialah abang dan abah, menonton rancangan entah apa di televisyen, sempena Ramadhan ini.
Semuanya dengan gelagat masing-masing, kadang-kadang terdengar tawa ceria dari meja makan, atau cerita-cerita daripada umi, dan kedua anaknya di meja makan, diselangi ulah si bongsu, juga daripada abang dan abah yang sesekali menyampuk.
Senyum.

Siapa lagi tertinggal?
“PIN PIN
“Nain dah balik!!”
Si tampan Nain telah pulang dari sekolah, berjalan penat ke arah pagar rumah, dihantar bas sekolah Encik Latif.
“Puasa ke ni?” soalku, membuka pintu pagar. Dengan nafas turun-naik, dia mengangguk.
“Umi.. Hari ni umi masak kuih karipap Nain???” laungnya penuh semangat dari pintu rumah, disambut tawa kami.


----- Malaysia; --------------------------------------------------------------------------------------------------


~Memori.
Terima kasih Tuhan. Akulah si laknat yang tak bersyukur dengan sekian banyaknya nikmat-Mu.. :’(




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!