Bangun awal pagi, sebelum Subuh, sapu mukamu, bangkit dengan menyebut nama
Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan,
solatlah, atau bacalah Qur’an, atau berselawatlah ke atas Nabi,
dengan penuh dzikir dan fikir.
Kalau boleh,
pastikan ada sedikit waktu untuk lelap sebelum masuk waktu Subuh.
Solat Subuhlah secara berjemaah, pada awal waktu.
Bacaan pertama harimu adalah kalam-Nya yang
Agong. Bacalah dengan tartil dan bacalah terjemahannya,
Biasakanlah satu susunan dzikir sebagai amalan Subuhmu,
misalnya Ma’thurat.
Setelah itu, bingkaslah lakukan apa jua yang
telah kau susun sebagai yang seharusnya diselesaikan dalam harimu.
Hidupkanlah hayatmu dengan penuh kerendahan hati kepada Tuhan-Mu, kerana itulah kunci usaha seorang hamba mendekat kepada Tuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!