Rindu.
Aku telah cuba untuk kembali. Begitupun, aku sebenarnya
melarikan diriku.
Dari siapa?
Oh anehnya.
Bagaimana pula mengingati Allah tetapi tidak melakukan
ketaatan kepada-Nya?
Bagaimana pula mengaku berdzikir padanya sedang semakin
kurang ibadahmu kepada-Nya?
Benar katamu Asmaa; kita sudah tak punya waktu.
Bila-bila sahaja, masa akan berakhir setakat di sini.
Teringat sebuah kisah yang dikatakan daripada Ihya’
Ulumuddin; tentang seorang Raja dan Penasihatnya yang bijak.
Raja menitahkan kepada sang Penasihat untuk menciptakan
sebuah alat khas yang dapat menghilangkan kesedihan tatkala baginda ditimpa
dengannya, dan dapat mengelakkan baginda menjadi angkuh semasa dalam
kesenangan.
Setelah beberapa waktu, Si Penasihat mempersembahkan kepada
Raja sebentuk cincin. Katanya;
“Silakanlah Tuanku, pakailah cincin ini. Pandanglah
kepadanya tatkala tuanku bersedih, nescaya hilanglah, dan pandanglah kepadanya
semasa dalam kesenangan, nescaya Tuanku terhindar daripada kesombongan;”
Tiadalah yang istimewa pada cincin tersebut; diperbuat
daripada besi sahaja; melainkan ukiran yang terdapat padanya;
“INI PASTI BERAKHIR”
Ya.
Bukankah segala-galanya di dunia akan berakhir bila sampai ketetapan-Nya?
Menyedari semuanya adalah sementara, dan yang kekal hanyalah
Dia,
Manusia tak akan sukar melepaskan dan memberi, juga tak akan
mudah berputus asa dan kecewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!