Mengingati Allah adalah satu kurniaan yang tak terhingga.
Itu petanda Allah mengingatimu.
Apa kau kira, andai Dia tidak mengingatimu, kau akan mampu
mengingati-Nya?
Mengingat Dia itu daripada siapa?
Daripada engkaukah, makhluk yang lemah dan tak punya mampu?
Dari manakah engkau mencari ‘ingat’ kepada-Nya?
Dari berjaga malamkah, dari membaca Qur’ankah, dari
solat-solatkah?
Apa kau kira, andai Dia tidak menggerakkan engkau melakukan
amal-amal itu, engkau akan mampu?
Apakah sendi-sendi badan, tiap otot dan anggota badanmu
adalah mutlak milikmu yang boleh kau perintahkan sesuka hatimu?
Berjalanlah di atas takdirmu yang telah Allah tetapkan
untukmu.
Apakah engkau yang lebih tahu sesuatu itu baik untukmu
berbanding Allah Yang Maha Mengetahui?
Yang menciptakan dari sekecil-kecil perkara hingga
sebesar-besarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!