Bertangguh adalah daripada pintu-pintu syaitan.
Mati tidak menunggu kamu menyelesaikan perkara-perkara yang
tertunggak dalam kehidupan.
Kerana mati sangatlah dekat, Uwais al-Qarni tidak suka
bergurau dan bertemu ramai orang, melainkan masa lapangnya dirasakan adalah
lebih baik untuk dirinya mengerjakan solat.
Kebanyakan kita lebih gemar bertemu orang untuk menyembang
perkara tak berfaedah, juga untuk tujuan sia-sia; hingga terkadang membawa
kepada dosa mengumpat dan memfitnah pula.
Ingatlah, dua anggota yang mengheret ramai orang ke neraka;
satunya ialah lisan.
Nasihat terbaik yang pernah diwasiatkan buat yang sangat
gemar bercakap dan merasa sukar menahan lidahnya dari terus berbicara;
“Diamlah ketika kamu sangat ingin berbicara dan berbicaralah
ketika telah mati keinginanmu untuk berbicara lagi”
Sudah tentu setelah latihan panjang melatih diri untuk diam,
Kerana orang yang banyaknya diam daripada banyak
berkata-kata akan memperoleh hikmah, dan ilham dari Tuhannya,
Agar berbicara pada waktu yang tepat, dengan bicara yang
tepat pula.
Mulalah untuk mendiamkan lisanmu, hingga selamat lidahmu
dari dosa lisan; mengumpat, mengeji dan seumpamanya;
Sehingga diam pula hatimu dari mengumpat dan menghina; yang
terlintas dalam fikiranmu.
Lakukanlah sekarang.
Kerana bertangguh adalah daripada pintu-pintu syaitan;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!