Menghitung hari-hari berakhirnya usia kedua puluh.
Meninggalkan sebahagian besar hari keanak-anakan adalah
sukar, kerana masih percaya bahawa diri adalah kanak-kanak yang masih perlukan
bimbingan.
Yang aku perlukan adalah untuk kamu...
Tunjuki aku andai langkah makin tersasar ke tepi,
Tidak aku perlukan engkau menjadi pakar dahulu;
Sekadar mengingatkan, aku juga insan lemah lagi pelupa,
Sangat cepat berasa letih, lalu jatuh; lama sekali untuk
bangkit
.
Hakikat diriku…
Jom,
Jangan biarkan aku bertatih seorang menuju Tuhan.
Dia telah memanggilmu dulu, dan masih memanggilmu.
Sudah tiba masanya untuk khusyuk mengingat Allah.
Lupakan makhluk, ketepikan kecewamu dulu,
Lihatlah kepada-Nya; dengan membawa jiwa yang tidak ada
‘punya’.
~Usia dua puluh. Adakalanya si muda ini akan pulang terlebih
dulu berbanding pendulunya yang telah lebih awal lahir ke dunia.
Siapa tahu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!