hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 5 November 2013

rehlah sutur



tidak ada apa-apa yang menarik. aku telah pun mula mengembara ke zaman abbasiy beberapa hari lepas dan menyinggah ke Maghrib; menziarahi Kota Andalus.

Masih berjalan-jalan di sekitar. Baru melihat-lihat beberapa istana yang indah-indah dibina khalifah Mutawakkil yang mengikuti selepasnya khalifah-khalifah lain; cuba menzahirkan kemegahan yang mereka miliki dan menteri-menteri bawahannya menumpuk-numpukkan kekayaan seolah mereka akan hidup ratusan tahun lagi.

istana-istana yang indah dengan pelbagai aneka tamannya. yang menjadi tujuan qasidah-qasidah; disebutsanjung para penyair-yang malangnya aku juga tidak dapat mendengarkannya dengan telingaku sendiri. bau-bau harum dari bunga-bunga yang mekar. keadaan secantik ini di taman-taman istana 'Abbasiyah, mengingatkan aku kepada pemandangan mengagumkan bumi Andalus- yang turut menjadi inspirasi para penyairnya.

cuma sempat aku menyoroti; kisah-kisah kehebatan para wanita Andalus dalam ilm dan adab. ada yang menjadi kunjungan para thullab ilm seperti zainab meski mencecah 90 tahun umurnya. alangkah baiknya andai pertemuan dengan ibn malik-yang mengikuti arus perubahan adab pada ketika itu dengan mewujudnya syair ta'limi-menjadi kenyataan.

berjalan di pasar-pasar. melihat para rakyat golongan ketiga Abbasiyyah yang hidup dalam kemiskinan; diperas-peras lagi oleh penguasa pengutip cukai kharaj dan dhoro-ib. adakah islam telah hilang dari hati-hati mereka? tetapi kulihat para sufi berhalaqah di masjid-masjid jua; melantunkan qasidah kesufian.

sehingga sebelum aku melangkah pergi; kudengar ada gelombang tsaurah qirmitah akan melanda. dan khalifah Mu'tadhid pasti tak akan membiarkan mereka.



setelah kembali. aku tiba-tiba menjadi tidak sabar ingin melawat Turki Uthmaniah. ohya. aku harus belajar bahasa Turki terlebih dahulu.







mungkin selepas ini aku akan mengembara dengan terowong masa di perpustakaan-perpustakaan pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!