hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jumaat, 9 September 2011

syarat ta'liq

bismillahirrahmanirrahim..


Hampir dua bulan yang lalu, satu wabak penyakit telah melanda "rumah sewa" kami.. wabak ini telah lebih dahulu melanda Indonesia tak silap saya hampir dua tahun yang lalu..

ya, apakah wabak yang begitu hebat itu..? sehingga melumpuhkan sistem imunisasi kesemua lima orang ahli rumah?

...KETIKA CINTA BERTASBIH
filem yang diadaptasi dari novel karya Habiburrahman el-Syirazi ini mempunyai kekuatan yang tersendiri..

hehe.. sudah tentu tema utamanya adalah CINTA, tetapi bukan itu ya topik yang menjadikan saya begitu minat pada ceritera ini.

saya sebenarnya terkesan dengan satu babak dalam filem ini; yang sebenarnya membahaskan satu persoalan penting, khususnya bagi muslimah.

Jadi saya bawakan di sini, sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih, saat-saat Ana al-thofun Nisa' mengutarakan syarat, sebagai mahar pernikahannya..

...Sedutan Ketika Cinta Bertasbih (part12)



***********************************************************************

sudah usai menontonnya?

sejujurnya, saya belum pernah mendengar tentang syarat ta'liq yang dibenarkan dalam Islam ini; -yang membela hak wanita muslim..

Apa itu Syarat Ta’liq?

Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela. Yang mana, ada atau tidak adanya syarat ini hanya ditentukan oleh  pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
Syarat ta'liq bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.

Dalam masalah poligami, syarat ta'liq menjadi jaminan undang-undang agar suami tidak memadukan isterinya. Jika ternyata suaminya tetap memadukan isterinya, maka isterinya berhak mendapatkan perceraian walaupun perceraian itu amat berat bagi suaminya. Isterinya pula hendaklah sejak awal menyediakan mental , fizikal dan ruhani untuk positif meneruskan hidup baru pasca perceraian andai ternyata diduakan suami. Jika tidak bersedia, isteri berhak membatalkan syarat ta'liqnya.

Setiap suami biasanya sukar melepaskan isteri solehah yang sekian lama berkongsi susah-senang dan membina cinta bersama. Maka, syarat ta'liq ini menyebabkan isteri beroleh ketenangan hati daripada sikap  tidak setianya suami. Bukan itu sahaja, suami yang menyayangi isterinya akan fokus pada pembinaan mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumah tangga sedia ada serta fokus pada pendidikan anak-anak tanpa berfikir untuk menikah lagi.
Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Ta’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah

1.      Dalil sah talak ta’liq yang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka”
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).
Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan Ust Azizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)


2.      Rasulullah SAW bersabda, “Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu.”  (HR Bukhari dan Muslim. Muttafaq alaih).

3.      Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain. (Rujuk hadis riwayat dari Abdullah bin Abi Mulaikah bahawa Musawwir bin Mahramah bercerita tentang hadis ini, diriwayatkan oleh Bukhari.)

Walaupun ia tidak disyaratkan ketika ijab dan qabul tetapi ia sedia maklum sudah termasuk sebagai syarat. Ibnu Qayyim berkata, 
“Hadis ini mengandung beberapa perkara, iaitu: Seorang lelaki apabila isterinya sudah memberi syarat tidak boleh dimadu, maka wajiblah syarat ini dipenuhi. Tetapi jika ternyata kemudian dimadu, maka si isteri berhak membatalkan perkahwinannya. 
Menurut kaedah Imam Ahmad, syarat yang melembaga dalam adat istiadat sama dengan syarat yang diucapkan. Maka, dalam adat perkahwinan puteri Rasulullah yang darjat mereka adalah tinggi, tidak boleh dikumpulkan dengan wanita lain walaupun hukumnya harus. Sebagaimana pendapat Imam Nawawi, Rasulullah takut agama mereka rosak kerana cemburu. Darjat mereka tinggi pada agama, bukan semata-mata keturunan.
 Ta’liq Talak sebagai alasan perceraian telah melembaga dalam hukum Islam sejak lama, sejak zaman sahabat. Mereka yang menyokongnya ialah Umar bin al-Khattab, Saad bin Abi Waqash, Mua’wiyah, Amru bin Ash, Umar bin Abdul Aziz, Jabir bin Zaid, Thawus, Auza’ie, Ishaq dan sebagainya. Sebahagian besar ulama sepakat tentang sahnya.

Bolehkan Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq. 
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana poligami hanya perkara harus atau rukhsah (keringanan) untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, bukannya perintah syariat. Contoh mengharamkan yang halal ialah mensyaratkan agar suami tidak menyetubuhinya. Persetubuhan bukan harus bahkan wajib menjadi hak suami yang perlu ditaati isteri.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya. 
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.

Tujuan Syarat Ta’liq

Dr. Mahmud Syaltout dalam bukunya Perbandingan Mazhab, menjelaskan bahwa perceraian lewat perjanjian Ta’liq Talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik dari pihak suami. Sekiranya seorang suami telah mengadakan perjanjian Ta’liq Talak ketika akad nikah akan dilaksanakan dan bentuk perjanjian itu telah disepakati bersama, maka perjanjian Ta’liq Talak dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq atau perjanjian, sehingga terjadinya pelanggaran bagi pihak suami, maka isteri dapat meminta cerai kepada pengadilan.


Sementara itu, jumhur ulama mazhab berpendapat bahawa bila seseorang telah menta’liqkan talaknya kemudian telah terpenuhi syarat-syaratnya sesuai dengan kehendak mereka masing-masing, maka ta’liq itu dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq, baik ia mengandung sumpah (qasamy) ataupun mengandung syarat biasa, kerana orang yang menta’liqkan talak itu tidak menjatuhkan talaknya pada saat orang itu mengucapkannya, akan tetapi talak itu tergantung kepada terpenuhinya syarat yang dikandung dalam ucapan ta’liq itu.



~kalaulah ditakdirkan seperti Fatimah r.a....
~huh! bukankah takdir itu di hujung usaha?

4 ulasan:

  1. dah nak kahwin ke?

    BalasPadam
  2. rasa2 bila nak kahwin?

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama: rasa2nya yang bertanya tu yang dah tak lama lagi.. :p

    BalasPadam

jom ta'liq!