hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 8 September 2011

si mata bundar..

8 SEPTEMBER 1997..

Apa khabar kamu, si mata bundar..?

Masih ingat saat kamu mula-mula celik dahulu..?

Kelahiranmu  mengundang cemburu, adikku..

haha.. siapa lagi kalau bukan kakakmu ini- pencemburu berat





Kamu tahu, pada abah, kamu digelar "Rinduku"..

Setiap kali abah memanjakanmu,

akak akan memuncung panjang..

kemudian siaplah kamu, akak kerjakan..

kasihannya ada kakak macam ni..




si mata bundarku,


kamu tahu, andai kita berjauhan kelak,


pastilah tawamu yang paling akak rindukan


pastilah ulahmu yang paling akak terkenangkan,


pastilah keletahmu yang paling menghiburkan..




si mata bundarku,


andai tak tertemukan lagi,


ingatlah dirimu sangat dikasihi,


kehadiranmu amat disyukuri,


adanya kamu, melengkapkan hidup ini..




tiadalah yang lebih menjadi permohonanku untuk mu,

melainkan Dia memelihara dirimu,

dan kamu pula berusaha sedayamu,

melengkap diri, menjejak serikandi




moga hari esok muncul pelangi,

setelah berlalu hujan dan ribut,

dan memekarlah di taman impian kita,

mawar berduri, idaman generasi..










~selamat hari lahir, si mata bundar kebanggaan..
~maafkanlah sajak kaku tak berlagu ini..- tak punya bakat menulis :p




4 ulasan:

  1. wei... ko ade adik baru ke???

    BalasPadam
  2. bukanlah!! cuba tengok tarikh kelahiran dia tu.. >o<

    BalasPadam
  3. time kasih ukhti mahbubah..semoga sukses selalu di dunia dan di akhirat..semoga menjadi mujahidah yg kuat dan tabah..

    ada sekerat lirik lagu yg mana nk ltk kat sini khas utk akak:

    jangan-jangan putus asa..
    dari rahmatNya yg Maha Esa..

    lirik seterusnya mana x ingat la plak..nnty akak cri la sndri yer?hihi..

    semoga sentiasa sukses..

    semoga Allah mempermudahkanmu dalam segala urusanmu..aminn..

    jgn lpe mndoakan adikmu yg bermata bundar ini ye??

    keh3..;-p

    BalasPadam

jom ta'liq!