hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sabtu, 3 September 2011

atma, andai kamu mampu berbicara..

Hati, sukar dijaga..
amat mudah terpesona,

hem.. fahamilah mengapa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memalingkan wajah sahabatnya tatkala seorang wanita datang mendekat,

fahamilah mengapa Imam as-Syafi'e boleh terlupa hafalannya sedangkan beliau terkenal dengan kekuatan daya ingatannya hanya disebabkan terpandang betis seorang wanita, dengan tidak disengajakan..

dan fikirkanlah mengapa pepatah menyebut "dari mata turun ke hati"..

dari pandangan yang tak terbataskan itu..

atma juga menderita peritnya..

dan syaitan bersorak-sorai kerana berjaya menjadikan anak2 adam terjerumus dalam perdayanya..

kalaulah atma ini mampu berbicara, nescaya akan diperingatkan diri setiap masa agar menjaga pandang..

atau lebih baik tidak memiliki pancaindera yang satu itu, andai tak mampu 'mendidik'nya agar patuh kepada firman Tuhannya..(an-Nur; 31)

peringatan buat diri..
atma menderita saat kamu mengingati 'dia' dan kamu lupa kepada Dia..
atau kamu mengagungkan dunia ketikamana lidahmu bertakbir; "Allahu Akbar!"

sukarnya menjaga pandangan mata! (ghoddu al-abshor)
Maka ini mujahadah.. jangan tertewaskan!!

jalan ke syurga itu dipenuhi ujian dan duri, dan jalan ke neraka itu dipenuhi nikmat dan kelazatan..

saya mungkin terkhilaf pada masa lalu, tetapi.. apa yang berlaku bukan hanya kebetulan, andai bukan pun tertakdir sepertimana yang diharapkan, maka tetap pasti!.. dugaan-Nya ini bukan suatu yang sia-sia..


kadang2 saya sesal, memikir kenapa sampai begini? kemudian saya rasa Allah memperkenan doa saya tatkala saya meminta diri diberi kekuatan.. cara Allah sangat indah.. moga saya dan kamu menang dalam mujahadah ini..

2 ulasan:

  1. aiwahhh... jayyid ya ukhti... uhibbu kitaabatuki hubban jamma...

    BalasPadam
  2. wa ana aidhon uhibbu ta'liq minki. hehe :)

    BalasPadam

jom ta'liq!