hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ahad, 1 Julai 2012


tok, tok, tok..

maaf.

yang dicari itu sayakah?

masih di sini.

Duduk menunggu.

Ya, kakiku lumpuh, kerana cedera semalam yang masih tak berubat.

Biarkan saja.

Simpatimu, andai ia adalah satu doa, alangkah bahagianya!



Oh?

Lucu soalanmu.

Kamu,

Kaki ini, andai diizin berjalan-sekarang,

Maka anggota ini hanya akan melangkah jauh dari Tuhan.

Membawa diri dan atma;

ke khayal dan impi yang fana.



Terkadang manusia perlu derita,

Sebetulnya, manusia perlu selalu derita

Kerana jiwa yang penuh cinta itu,

Bukankah sentiasa derita dalam rindu dan penantian?

Bukan,

Bukan itu maksudku.

Tidak.

Cinta hawa tidak memberikan engkau perasaan ini.

Derita yang tanpanya, kau tak merasa bahagia;

adakah wujud dalam cinta hawa?



Bahkan!

Cinta sedalam ini-yang tak mampu ku ungkap keindahannya dengan kata-kata

Adalah cinta yang jiwa kehambaan kita dambakan.

Yang imanmu menyaksikan.

Kerahsiaannya

Tersembunyi dalam lam jalalah.

Allah.










~menanti.
 sepertikah si Wahsyi dalam rintihnya mengharap Ilahi-lalu Allah bukakan pintu langit sebanyak 4 kali untuk keringanan dan mendamaikan hatinya?

alpa lupa lalai lalu kecewa, kita kembali kepada Dia. kemudian menjadi leka lagi, lalu kecewa, kembali lagi kita kepada-Nya. lupa lagi dan lagi, kecewa lagi dan lagi, tetap- dengan seizin-Nya, menarik kita kembali kepada-Nya.

Tuhan. akulah si lalai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!