hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 30 Januari 2014

mukemmelik arayan

dalam beberapa hari ni mungkin fikiran aku sangat bertumpu kepada perkataan "sempurna".

kerana itu aku berjumpa dengan cebisan-cebisan bermakna yang membawa erti "sempurna", atau had sifat, apa-apa sajalah. yang telah sejak sekian lama walau apapun logik di sebaliknya, tetap aku imani kemunculannya bukan sekadar kebetulan.

Jadi jiwa manusia memang mendambakan kesempurnaan. yang mana menurut imam Ghazali; hanya boleh dicapai melalui dua perkara; iaitu ilmu dan kuasa. sekian ramai orang yang bernaung di bawah frasa "knowledge is power" yang akhirnya meninggalkan erti "knowledge" dan tersemput-semput mengejar lafaz "power".

Lalu dalam satu penemuan yang lain; menurut Sozler; dari tinta Badiuzzaman Said Nursi; manusia itu, meski punya anggota yang sama dengan haiwan; tetap terbeza dengan kedudukan fungsi dan keistimewaannya yang lebih tinggi daripada haiwan. misalannya; jiwa manusia itu mendambakan kesempurnaan.

Menerusi makalah Suhaib Webb; bertajuk;"How To Overcome Sadness and Be Happy". Segala angan-angan tinggi melayang aku itu sekurang-kurangnya diikat dengan satu tali yang tersimpul pada sepohon pokok yang mengakar ke bumi.

Lalu satu tanda inginku pahat terus; yang Tuhan tidak pernah gagal memberi. Meski manusia sangat sedikit mensyukuri.

Kenapa firmanNya berbunyi; "sekiranya kamu bersyukur, maka pasti akan Aku tambahkan bagi kamu"?
Adakah Dia akan mengurangi nikmatNya bagi insan2 yang memang alpa lagi selalu gagal berterima kasih?
Hari ini logikku menjawab; kerana jiwa yang mensyukuri itulah baru melihat sedikit sudah memadai; yang sempit juga adalah kelapangan, musibah pula adalah rahmat. Maka tidakkah "basirah" itu saja sudah merupakan suatu nikmat? Lalu ditambah dengan redha Tuhan, berbuah terus nikmat itu tidak putus-putus,

dan aku ingin mengecap erti itu; ingin menghirupnya sebagai udara tiap saatku, kerana yakinlah yang selalu mengusung jiwa menempuh segala kesamaran dan persoalan-persoalan.

Adakah hari ini aku semakin jelas dan bertambah tahu? Adakah aku semakin dekat dengan Tuhanku?




ps; moga Tuhan memperkenan tiap2 doamu yang kau titipkan buatku dan mengabulkan pula bagimu berkali-kali ganda kebaikan.

"barangsiapa yang direzkikan baginya doa; maka tidaklah akan diharamkan baginya jawaban (terhadap doa itu)"
-Taalim Mutaalim; Imam Zarnuji.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!