hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 13 Januari 2014

bushro lana

*******************************************************************

aku selalu terfikir. Akankah semuanya berjalan lancar? Layakkah aku yang hudur ke hadratnya para insan yang mulia dan sentiasa membersihkan diri dari dosa-dosa?

semalam seolah satu malam yang ajaib buat aku yang hina dan entah siapa-siapa ini. telah tercapailah impian yang memperpanjang cita-cita; dan telah benarlah sabda Junjungan.

Cuma berqasidah. Memuji-muji. Mengingatnya. Memahat cinta. Memateri janji. Melunas rindu. Meraikan air mata dan ketawa. Merasa. Mengalami.

dan menggambarkan dalam realiti. Ini bahagian yang paling susah.

aku pun bukanlah anak murid yang sentiasa melazimi syeikhna. kadang-kadang hudur; selalu ghuyub saja. sampai aku terasa malu ingin datang ke majlis-majlis seperti ini; dan menatap wajahnya lagi.

tetapi fitrah manusia aku rasa. mencintai kebaikan. lebih-lebih lagi punca dan asbab segala kebaikan; yang dijadikan pada diri seorang Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. aku rasa; tiap muslim-dalam hatinya pasti ada bahagian yang senantiasa merindukan baginda. meski dia juga belum tahu dan cukup kenal dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. entahlah. ini pendapat peribadi.

Malam mawlid yang kerana kelahirannya; dimuliakan dari malam segala ganjaran-laylatul Qadar. Malam kecintaan; malam yang mengangkat doa-doa dan menutup dosa-dosa.

Malam yang aku harap-harapkan. Meski tidak dikurnia nikmat melihatnya; tidak pula dihijab dari merasai kehadirannya.

Alhamdulillah. بلغنا مقاصدنا  :)


Allah ballighu salamana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!