Dalam aturan-Nya. Semalam bertukar ‘mood’ studi ke masjid
Syarbini. Ringkasnya,tempat ‘lari’untuk akhowat-lupa-arah di Kaherah ni memanglah
tak banyak. Alhamdulillah kami jumpa satu. InsyaAllah, kalau dicari(dengan
bersungguh-sungguh), akan menjumpai, kan?
Suasana bahang semalam mempengaruhi keputusan kami hari ini.
Syukur sangat Allah sudi terima kami
sebagai tetamu rumah-Nya ini. Dengan kemudahan yang selesa(khusus; akhowat)
memang rasa rugi tak datang ke sini awal-awal dulu.
Ok, tajuk hari ini ialah Mesir.
Sedang berusaha menghafal beberapa bait mu’allaqat(syair),
tiba-tiba telinga ni dapat menangkap nama Muhammad Mursi disebut.
(Sebagai perhatian; suasana semasa penulis menaip ‘post’ ini
adalah 2 hari sebelum pengumuman rasmi Presiden Mesir yang dikatakan pada 21
Jun)
Apa yang menarik perhatian, bukan sekadar nama calon Huriyah
dan ‘Adalah itu yang disebut, malah fulul dan beberapa nama sinonim dengan
suasana mengundi sekarang. Dan lebih menarik, perbincangan itu datang dari
kumpulan makcik-makcik40-50an yang tadinya sedang rancak dengan semacam satu
kelas agama membincangkan beberapa surah dalam al-Qur’an, yang dimulai dengan
pembacaan al-Qur’an secara bertadarus.
Apa yang terlintas dalam fikiran saya?
Kisah ini belum tamat.
Sesudah azan Isyak, salah-seorang daripada mereka menegur Nur,
pada mulanya bertanyakan tentang tudung yang dipakainya. Tertarik dengan
jahitan tudungnya yang kemas, mungkin.
Tetapi kemudiannya.
Makcik yang agak berusia itu bertanya pendapat kami tentang
Mesir.
“Cantikkah Mesir atau buruk?”(diterjemahkan)
Tolak tepi semua kekabutan dan kegagapan kami memahami
tuturan makcik ini, apa yang dapat dilihat ialah kekecewaan dan harapan
tertinggi…
“Tiap kali kamu berdoa, angkat tangan kamu dan ucaplah; Ya
Allah, bantulah Mesir.”
Bersungguh-sungguh beliau cuba memahamkan kami. Dengan
gayanya dan caranya bercakap dengan kami.
“dan sujud kamu, doalah; Allah, bantulah Mesir.”
Pandangan matanya sudah bertukar lain. Kali ini disertai
dengan linangan air mata.
Terkelu lidah kami, memandang antara satu dengan lainnya.
*********************************************************************
Bilakah seseorang akan mula meminta tolong dari sesiapapun?
Hatta daripada orang yang tak dikenalinya?
Kamu betul.
Dalam keadaan sangat terdesak, kita akan menjadi tak kisah
walau sesiapapun, asalkan kita mendapat pertolongan, bukan?
Mungkin,,, makcik tadi menyangka, walaupun kami sebagai
warganegara asing; tak mampu menyumbang dari segi undi atau berhimpun di
Tahrir…
Tetapi
Selaku seorang MUSLIM(!) ,, seolah-olah beliau ingin
menyatakan;
“Sumbangkanlah sedikit dari masamu untuk memohon kepada
Tuhanmu bagi kami- saudara seakidahmu sendiri,”
Walaupun sebenarnya tanpa doa kita pun, andai Allah menghendaki maka pertolongan pasti akan datang.
Tetapi, sunnah umat Muhammad, tiada pertolongan tanpa usaha dan mujahadah, melainkan seizin-Nya. Dan itupun jarang sekali.
~Bantulah diri sendiri menjadikan firman-Nya; "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" benar-benar suatu realiti. Sekurang-kurangnya untuk dirimu-terhadap mereka yang lain. ya. atma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!