hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rabu, 19 Mac 2014

matruh-siwa 17-19feb


masjid kota Shali

"akak, nanti sampai mesir. Pergilah mana-mana, tangkap gambar, tulis jurnal, buat catatan pengalaman,"
Aku masih ingat. Ini cadangan abah; semasa memandu kereta; ketika itu aku berada di sebelahnya. Menghitung-hitung hari berlepas ke Mesir.
Jawab aku; "tengoklah nanti." Dalam hati; aku berasa saranan abah tu macam tak mungkin. Yang aku terfikir; aku akan ke mesir, belajar macam budak baik, kelek buku ke sana ke mari, tak punya masa untuk berjalan ke mana-mana.

Hari ini. Aku rasa; kata-katanya 3 tahun lepas bukan cadangan saja-saja. Sebenarnya; itulah impian dan harapannya dulu; mungkin. Tetapi keadaan dan peluang(ya, inilah yang membezakan kita) menjadikan impiannya sekadar mimpi. Aku tidak tahu. Tetapi kalau inilah sebabnya mengapa abah antara orang pertama yang begitu gembira menyambut tawaran belajarku ke mesir dulu..

aku rasa bersalah. Kerana mengabaikan cita-cita, harapan-harapan, keinginan, yang sangat jarang abah zahirkan di hadapanku.

Aku tidak ada sebarang catatan penting untuk manusia lain. Ini sekadar nota peribadi; pengalaman sendiri di bumi asing; atas tiket melancong. Dan satu perkara paling signifikan hasil perjalanan tiga hari-tak sampai- ialah nilai diri engkau. Siapakah engkau dalam ramai manusia yang tak "sefikrah" dengan engkau? 
haha.

Menghayati hidup rakyat marhaen. 

Dan. Erti jemaah. Ada la sikit kot.

Malas nak catat panjang. Akan dihuraikan dalam perjalanan pengalaman yang takkan berakhir di sini. InsyaAllah.

I miss Matruh. The Evil revealed. But The Good never lose. (Ini pengaruh Pakcik Paulo.) 

And Siwa, i miss Shali.
(gambar)
Aku membayang-bayang aku hidup pada zaman hidupnya Kota Shali, dan sempat bersama-sama warga kotanya menuju ke masjid, untuk solat berjemaah bersama-sama. Dalam bayangan aku, waktu itu malam. Lampu garam masjid bernyala, dan manusia berduyun-duyun dari arah atas kota, dan bawah kota; semuanya ingin menyahut seruan Yang Esa. 
Allahu Akbar. Damai. Meski yang tinggal kini hanya tinggalan sebuah tamadun yang dulu Islam pernah menyubur. Ah, sayang. Bercuti gaya marhaen lagaknya, wang saku pun tak cukup untuk senaskhah buku kajian terhadap kota Shali yang ada dijual di sana. pergh :p



ps: ada banyak tempat nak review. mungkin pada entri akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!