Oven. Dalamnya ada dua tray biskut “cornflake”
jemput-jemput. Baunya harum. Mungkin tak lama lagi akan masak.
Wajah umi, tiada riak apa; sedang menonton televisyen,
sambil tangannya cekap membentuk biskut.
Petang ini ponteng mengaji, seronok melihat umi dengan
adunan biskut. Mungkin berkongsi keseronokan ialah adik bongsu berumur 5 tahun
itu, turut duduk bersama umi di meja makan, meletakkan mukanya di atas meja,
memerhati tangan umi.
Di sebelah kanan umi ialah si mata bundar; bakal pakar
bedah (cita-citanya). Dia melihat ke balang biskut yang penuh separuh, dengan
perasaan bangga.
“Tengoklah ni semua Mana yang buat tau,”
Aku menjelir lidah, sengaja mencuit perasaannya.
“Oooh..nanti tak boleh makan biskut ni! Nak, buat
sendiri”
Sekilas, pandangan beralih ke arah si ‘Hero’di sebelah
kiri umi, dia juga tekun membantu umi, lepas satu, satu dibentuknya. Hampir
secekap umi.
Di atas sofa ialah abang dan abah, menonton rancangan
entah apa di televisyen, sempena Ramadhan ini.
Semuanya dengan gelagat masing-masing, kadang-kadang
terdengar tawa ceria dari meja makan, atau cerita-cerita daripada umi, dan
kedua anaknya di meja makan, diselangi ulah si bongsu, juga daripada abang dan
abah yang sesekali menyampuk.
Senyum.
Siapa lagi tertinggal?
“PIN PIN
“Nain dah balik!!”
Si tampan Nain telah pulang dari sekolah, berjalan penat
ke arah pagar rumah, dihantar bas sekolah Encik Latif.
“Puasa ke ni?” soalku, membuka pintu pagar. Dengan
nafas turun-naik, dia mengangguk.
“Umi.. Hari ni umi masak kuih karipap Nain???”
laungnya penuh semangat dari pintu rumah, disambut tawa kami.
----- Malaysia; --------------------------------------------------------------------------------------------------
~Memori.
Terima kasih Tuhan. Akulah si laknat yang tak bersyukur
dengan sekian banyaknya nikmat-Mu.. :’(