hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jumaat, 9 September 2011

hikmah orang tua dalam semangat orang muda..


*meminjam frasa ini dari Hilal Asyraf, Langit Ilahi..

ada sebuah kisah, jom baca..

***********************************************************************



SABUN

Bertempat di; sebuah kilang sabun buku di Malaysia.

Kilang sabun ini adalah antara kilang sabun yang membangun dan diterajui pentadbiran dan pengurusannya oleh anak-anak muda yang berkaliber, lulusan universiti serata dunia; Jerman, Jepun, Australia, UK dan lain-lain.

Jawatan CEOnya dipegang oleh seorang pemuda yang berusia sekitar 30-an, berkredibiliti tinggi lagi sibuk orangnya.

Pada suatu hari..

Ketika mana perniagaan sabun ini dijangka menembusi pasaran antarabangsa, dan sasaran telah ditentukan, keyakinan beroleh kejayaan juga amat tinggi; - satu masalah telah timbul.

di bilik mesyuarat Ahli Lembaga Syarikat

"kadar keuntungan merosot, banyak tempahan sabun terpaksa ditangguhkan, ekoran sabun-sabun kita dipulangkan semula;" lapor salah-seorang pengurus jualan.

"apakah puncanya? adakah sabun-sabun kita tidak berkualiti?" soal salah-seorang ahli.

Mustahil! Semua sedia maklum, sabun keluaran Syarikat Sabun Terbaik sdn bhd. memang adalah antara sabun terbaik peringkat antarabangsa. Bahan-bahannya antara yang paling bermutu, dan penghasilannya melalui proses jaminan kualiti yang ketat;

"bukan begitu, saya dapati bahawa sabun-sabun kita yang dihantar sebenarnya tidak sampai kepada pembeli;"

kata-kata ini menjadikan hampir kesemua ahli lembaga mengerutkan dahi;

"...bahkan yang sampai kepada mereka hanyalah kotak-kotak kosong; -tanpa sabun di dalam;"
usai berkata begitu, dia menjeling kepada Amran, orang yang bertanggungjawab dalam pembungkusan sabun.

Perkara yang sama dilakukan oleh majoriti ahli lembaga.

"tuan, seandainya perkara ini tidak diatasi dengan segera, perniagaan kita akan terjejas dengan teruk,"
tambah seorang ahli mesyuarat lain; Syahran namanya.

CEO muda itu termenung seketika- Hakim Hafizi; lulusan UK dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran, berbakat dalam bidang perniagaan, buah fikirannya selalu mendahului dalam apa jua situasi genting yang dihadapi syarikat mereka yang sedang membangun, kesungguhannya tak terbandingkan..-kini berdepan kebuntuan..

Dia memandang kesemua ahli mesyuaratnya, yang pada masa yang sama, turut memandang ke arahnya..-mereka juga bukan calang-calang orang; berpendidikan tinggi kesemuanya, juga memiliki keyakinan dan kredibiliti masing-masing..

"Berikan pandangan kalian," dia membuka pintu perbincangan.

"Saya cadangkan kita gunakan kotak lutsinar, untuk pastikan yang kesemua sabun ada dalam bungkusan sebelum penghantaran,"

"saya memang dah lama perhatikan bahawa proses pembungkusan kita tak berapa sistematik; apa kata kita beli mesin pembungkusan yang canggih, seperti mana yang ada pada syarikat-syarikat lain? hem, mesin ni dapat kesan kalau ada kotak yang tak terisi"

"pada pendapat saya, kes ni jadi macam ni sebab ada antara pekerja yang tak amanah.. apa kata kita hantar pekerja-pekerja kita berkursus..? Macam kursus ESQ tu.. hem, terbaiikk"

..dan banyak lagi cadangan-cadangan lain, tetapi setiap cadangan ini tidak mampu memberi penyelesaian paling praktikal; berdasarkan situasi syarikat mereka yang tidak berduit!

ya, bagaimana caranya..? dalam keadaan syarikat mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup, apalagi mereka terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara, malah banyak juga syarikat yang membatalkan tempahan, masalah yang perlu diatasi segera..

akhirnya mesyuarat ditamatkan tanpa ada keputusan muktamad..




Mesyuarat Tergempar

Dia menerima nasihat ayahnya, agar membuka ruang perbincangan dengan semua pekerjanya;- sesuatu yang mungkin jarang, atau hampir tidak berlaku di syarikat-syarikat lain..

"Baiklah, ada sesiapa yang mempunyai cadangan; bagaimana caranya untuk memastikan sabun-sabun kita benar-benar sampai kepada pembeli..?"

dia tidak punya masa untuk mengesyaki, atau mencari pesalah, yang penting tempahan yang ada perlu dipenuhi, sekurang-kurangnya untuk memastikan syarikat mereka mampu bergerak.. yalah, pembeli tidak akan membayar andai tempahan tidak mampu disempurnakan..

Hakim Hafizi percaya mungkin ada yang dapat membantu.

tiba-tiba seseorang tampil ke hadapan;

seorang pengawal keselamatan, agak lanjut usianya, perawakannya terlalu sederhana,

ketika mana si tua itu mara ke arahnya, kedengaran suara-suara yang saling berbisikan, entah bercakap apa.

"boleh percaya ke, orang tua ni?" Syahran sempat berbisik kepadanya.

"silakan pak cik,"
 dia menghormati lelaki itu, merendahkan hatinya, cuba memberi peluang kepada dirinya dan pak cik tersebut.

"Pak cik rasa tak payah lah susah-susah.. kita pakai je kipas besar yang dah sedia ada kat kilang ni,"
 suara garau lelaki itu memecah suasana, menarik perhatian sekaliannya yang berada di situ.

"..kalau sebelum ni gunanya untuk menyejukkan pekerja-pekerja kilang ni, lepas ni kita letak sana tu.."
lalu jarinya di arahkan kepada satu sudut, tempat laluan sabun-sabun yang siap dipakej, sebelum dibungkus dalam kotak dan dikeluarkan untuk dipasarkan.

"uh..kenapa letak situ pak cik?"  soal Hakim Hafizi.

"budak.. angin kipas yang kuat itu akan menerbangkan kotak kosong yang tak berisi.. macam ni barulah sabun-sabun yang dibungkus tu akan sampai kepada pembeli.."

tersenyumlah seorang CEO muda mendengarkan cadangan bernas seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia..

***********************************************************************

dalam situasi hari ini, dah tak janggal kalau anak-anak muda yang mengepalai organisasi, menjadi antara yang cemerlang dalam apa-apa bidang pun, seperti mana halnya CEO syarikat sabun tu..

memang baguslah pemuda yang sebegitu, benar-benar menggunakan masa mudanya untuk perkara berfaedah; sehingga berhaklah baginya menikmati kejayaan..

mengenang Sultan Muhammad al Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, al-Imam as-Syafi'e..

tetapi jangan terlupakan, pada setiap semangat-semangat muda ini, perlu kepada hikmah(kebijaksanaan) orang-orang terdahulu, orang-orang tua- yang lebih dahulu merasai asam garam kehidupan, yang lebih banyak ilmunya berdasarkan pengalaman dan pengamatannya..

..yang tidak ada pada anak-anak muda

justeru, sehebat manapun seorang pemuda, secerdas mana pun dia, setinggi mana pun semangatnya, dia tetap memerlukan kepada nasihat seorang tua; agar kesungguhannya adalah kesungguhan yang mendapat panduan dan kebijaksanaanya adalah kebijaksanaan yang berpedoman..



~sebuah kisah yang diolah kepada bentuk tulisan- pening juga nak bina ayat

1 ulasan:

  1. wah anti,boleh wat novel ni..:D uhibbuhu hubban jamman <3 almost forget the full of story...syukran ya ukht!

    BalasPadam

jom ta'liq!