hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 23 April 2012

Terakhirnya,,


Bersyukur atas apa yang Allah takdirkan.

Biarpun pernah memilih jalan yang salah,

Hidup dalam ragu dan rasa berdosa,

Selagi mentari masih terbit dari Timur,

Dan ruh masih diizin bersama jasad.

Dan jiwa masih terpimpin untuk meyakini Dia,

YAKIN.

Tiada yang berlaku secara sia-sia.


Penyesalan mengundang duka dan air mata, hati direnggut kecewa, sakit pedih diadun terlarut bersama, membeku, membarah bila bersatu dengan benci dan amarah.

Aku bukan sesiapa di bumi Tuhan!

Tidak layak, malah lalat yang merimaskan mungkin lebih baik dari seorang aku.

Andai aku dihidupkan untuk diri sendiri,

Pasti aku meminta mati,,

Dari terus bernafas, berjalan dan berlari,

Mengocak ketenangan hamba-Mu yang lebih Engkau cintai.

Aku tidak pernah meminta.

Tetapi silapnya aku tidak berani melepaskan,

Dalam pada tidak berani mengharap,

Rupanya sudah tergantung tanpa aku sedari. 


Bebaslah...


Sekeping jiwa harus bebas mandiri,

Mengutip cebisan-cebisan makna,

Bertatih belajar menjadi seorang hamba..

Yang sujud jiwanya dalam tiap bangun dan lelap,

demi hayat yang didamba..

Meski tidak punya kudrat untuk memiliki,,










~nota buat diri;
 Sesuka hatinya mengguna nafas yang dipinjam Allah, berfoya-foya-membongkak meninggi seolah diri adalah yang paling dekat dengan Ilahi..
~sudah tiba waktunya mengundur diri, ha.. ada gua yang menanti penghuninya untuk tempoh sebulan ini,,



Isnin, 16 April 2012


Serius.
Dalam banyak-banyak bab menghadapi hidup, yang paling sukar adalah berhadapan dengan manusia berbagai ragam, sikap dan tabiat.
Ya Tuhan.
Kerana aku juga manusia, punya sikap, dan perangai sendiri. Juga perasaan.
Masa menghukum, Allah mendidik,
Paling mencabar adalah berdepan dengan mereka, yang kita berbuat salah terhadapnya.
Benci melalui saat-saat itu.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang cepat tersentuh hatinya, benar-benar mengajarku agar berhati-hati dalam menutur kata, jangan berbicara dengan tidak berfikir!

Lagi,
Kerana aku manusia.
Berasal dari kaum yang sangat mudah dipengaruhi emosinya.
Kadang-kadang aku tak memaksudkan perbuatan, atau sengaja melakukannya, atau mudah kata, dipengaruhi perasaan.
Amarah, benci, cemas..atau terkadang terlalu gembira.
Bisa saja menimbulkan tafsiran yang berbeza melalui tingkah-lakuku. Mungkin-yang agak keterlaluan.

Tapi..
Aku bukan sekadar manusia,
Aku adalah hamba,
Yang Allah muliakan dengan iman dan Islam,
Bukan seharusnya aku bertindak sesuka hatiku, tanpa panduan akal, pedoman iman.

Orang beriman.
Aku orang beriman.
Aku yakini Allah, Rasul dan Hari Kiamat.
Tidak seharusnya untuk terus berlindung di balik alasan-alasan “aku hanya manusia” untuk menyelamatkan diri dan mengelak dari kesalahan.
Malah sebaliknya.
Kerana aku adalah manusialah, dan kerana manusia itu banyak kecacatanlah,
Maka aku harus berhati-hati dalam tindakan, gerak-geri, dan tutur bicaraku,
Kerana mereka manusialah,
Maka aku harus berfikir dan merenung diri,
Setiap apa yang lahir dari diriku akan memberi kesan kepada mereka.
Kerana bumi ini tidak Allah ciptakan untuk aku duduk seorang,,
Dan kerana seorang mukmin itu berbeza dari yang selainnya.

Wahai atmaku.
Ada kata bijaksana menyebut, “orang yang paling berani ialah orang yang mula-mula memohon maaf, dan orang yang paling kuat ialah orang yang mula-mula memaafkan.”
Kedua-duanya sama perit.
Terutama bila dihalangi ego dan merasa diri yang betul, orang lain adalah salah.
Tetapi Dia menjanjikan;
“maafkanlah, tidakkah kamu menyukai andai Allah mengampunkan dosa-dosamu?”
Lebih-lebih lagilah antara orang beriman,,

Oh Tuhan.
Walaubagaimanapun, memohon maaf adalah langkah terakhir, ibaratnya mencari ubat setelah ditimpa sakit.
Mungkin mereka mampu memaafkan,
Tapi..
Pasu yang pecah, jika dicantum kembali, adakah sama dengan pasu yang tidak pernah pecah?
Inikan pula soal hati..

Jiwa, berbicaralah!
Merenung keaiban diri,
Aku memerhati,
Hati yang paling sengsara adalah hati yang memendam benci dan iri,
Dalam pada luas dan lapangnya hidup,
Yang aku lihat hanyalah sempit dan cacat-celanya,


Cuma andai bisa,,
Oh Allah, aku mohon berlepas diri dari segala penyakit hati,
Agar dalam celah yang gelap,
Masih mampu mencari sinarcahaya,
Agar dalam sukar dan pahitnya hidup,
Masih mampu merisik sedikit bahagia untuk dikongsi dengan mereka,
Insan yang Allah campakkan rasa cinta dalam hati mereka,
Buat diri yang serba kurang lagi fakir ini…



 *******************************************************************
Yang selalu; "dia tu ada masalah hati, patutlah tak keruan je."
Yang jarang sekali; "Aku ni banyak penyakit hati. Ya Allah, bantulah aku."




~orang kata, ulser@mata ikan@lompangan kat mulut tu disebabkan stres. Betul, ke?

Isnin, 9 April 2012

...Beliau

Subhanallah..

Seorang doktor yang merawat,

bukan dengan tangannya,

malah dengan hatinya.

Bagaimana dalam kesibukannya sebagai seorang doktor,

Mampu menjadi seorang pakar hadis?

Hati yang kelelahan, seolah mendapat suntikan baru.

Sebuah kisah untuk dikongsi bersama, moga maksudnya sampai, insyaAllah.

**********************************************************************

"Aku berbuat keputusan untuk mempelajari hadis dengan Syeikh ini. Lalu ku utarakan pandanganku kepada sahabatku, Dr.Hadi dengan harapan dia menyetujuinya.

Akhirnya, pertemuan kami diaturkan, Dr.Hadi yang membawaku ke rumah Syeikh ini,- yang Allah gerakkan hatiku untuk menuntut ilmu hadis daripadanya.

Satu sesi pembelajaran telah diaturkan, pada malam Jumaat, selepas Isyak, dan kami telah bersepakat untuk memulakan pengajian menggunakan Kitab Muwatto'; oleh Imam Malik RahimahuLlah.

Pada hari yang dinanti-nanti itu, soalan pertama yang aku utarakan sebelum mula mempelajari hadis ialah;
"Apakah adab mempelajari Hadis?"
dalam fikiranku, jawapan yang bakal aku perolehi ialah;
-berwangi-wangian, berjubah putih,
dan lain-lain lagi, memandangkan kepada sikap pemuda pada ketika itu yang mementingkan penampilan.

Sangkaanku meleset apabila mendengarkan jawapan syeikh;

"Ikhlas",

Lalu bertambah tetaplah hatiku untuk terus menuntut dengan Syeikh yang mulia ini."

Siapakah beliau ini yang dimuliakan Allah dengan kepakarannya dalam dua bidang- perubatan dan Hadis sekaligus?

Akan saya sambung kisah-kisah dan pengalaman-pengalaman yang sudi beliau kongsikan bersama peserta dalam program perubatan beberapa hari lalu, insyaAllah..


Khamis, 29 Mac 2012

...

Pagi itu saya melihat wajah di cermin.

Tiba-tiba terbayangkan kalau wajah sempurna pemberian Allah itu berubah, menjadi seperti serigala dalam cerita dongeng Gadis berkerudung merah, atau raksasa dalam cerita The Lord of The Ring,

Menjadikan saya teringat kepada sebuah kisah Inggeris(agaknya) yang saya pelajari semasa di tingkatan Dua dulu.

************************************************************

Seingat saya, Dr. Jekyll merupakan seorang yang mempunyai kedudukan, bijak. Dia menjalankan eksperiman kepada dirinya sendiri bilamana dia menyedari bahawa diri manusia ini ada dua sisi yang berbeza; baik dan buruk.

Apakah eksperimen yang dilakukan dan kenapa?

Ujikaji ini dilakukan agar dia mampu mengekspresi kemahuan jahatnya, atau memenuhi kehendak sisi buruknya, dalam pada masa yang sama, menjaga nama baiknya.

Usahanya berjaya menghasilkan sejenis cecair yang mampu mengubah bentuk fizikalnya sama sekali, setiap kali meminumnya.

Lalu lahirlah Mr.Hyde.

Dr.Jekyll pada mulanya merasa puas, dan menyangka dia akan mampu mengawal keadaan. Dalam tubuh Mr.Hyde, kemahuannya akan dapat dituruti, dan pada masa yang sama, Dr.Jekyll akan kekal sebagai orang yang dihormati.

Semakin lama, Mr.Hyde menjadi semakin kuat, biarpun Dr.Jekyll tidak meminum ramuan ciptaannya itu, tubuhnya bertukar menjadi Mr.Hyde,

Sehingga akhirnya Dr.Jekyll yang dihormati itu mati dalam tubuh Mr.Hyde yang dibenci.

***************************************************************

Entah dalam perasan atau tidak,

Di balik wajah senyum yang manis,

atau alasan-alasan bernada murni,

dalam tingkah dan gerak kerja sehari itu,

tersembunyi tujuan dan maksud-maksud bertemakan nafsu dan kemahuan peribadi

demi menutup kecacatan dan kekurangan diri.

atau istilahnya;


****************************************************************


~Rupanya hingga ke akhir "jidal" kita, yang mempamerkan sikap itu ialah saya.
~Maaf dan terima kasih. Yang menyakitkan itulah yang akan membekas di jiwa.

Ahad, 25 Mac 2012

.. LUSUH

Di sebalik penampilannya yang selekeh, dengan pakaian lusuhnya,,,

tak mustahil di sisi Tuhan dia adalah yang paling mulia,

manusia ,,

dalam mengejar apa yang dicita,

akan selalu terlupa.

***********************************************
..AKU

sepertimana mereka lainnya, aku juga ada kemahuan, cita-cita, harapan. Yang aku mahu, dan mesti capai.
Lalu aku berusaha, memikirkan, melaksanakan, dan merebut semua peluang yang ada..

Sangkaku matlamat semakin aku hampiri. Dan mungkin selepas ini mampu menarik nafas lega, yaaaah!! telah sempurna sebahagian cita-citaku. Sangkaku, aku akan mampu menempuh hari-hari yang mendung, hujan, malah mungkin ribut dengan cemerlang.

Rupa-rupanya,,,

Semakin laju berlari, dan tiba waktunya untuk aku berehat seketika- mungkin menikmati 'pencapaian'ku itu..

Aku terkejut

kerana yang sebenarnya aku masih di garisan permulaan.


*****************************************************


manusia tak akan pernah merasa redho dengan ketentuan pada dirinya, dan tak akan mungkin menjangkau lebih jauh, andai dalam hatinya masih ada bisikan' "aku adalah lebih baik dari si fulan,"


***************************************************************

~masa berlari, dan aku juga berlari, tersadung, lalu jatuh. Dalam mengaduh kesakitan, aku tersedar bahawa mungkin itu yang terbaik untuk diriku, bagi melihat.. apa yang menyebabkan aku tersangkut di tengah perjalanan? dan apakah atau siapakah yang aku tinggalkan di belakang?


**********************************************


~bila sikap "pentingkan diri sendiri" semakin subur dalam diri...
akan semakin banyak tangan-tangan dibiar tak bersambut, malah bertambah mustahil bantuan akan dihulur,
maka ketika itu hati seharusnya menjadi takut,
pada tangan-tangan yang menadah pada Rabbnya..
kerana jawapan kepada permohonan mereka itu menunggu,
kalaupun tidak di dunia, ia adalah pasti di hari yang tiada perlindungan,
melainkan bagi mereka yang banyak menyambut dan menghulur ketika di dunia.

   

Rabu, 15 Februari 2012


 







" kalau sehari kita tidur 8 jam, sebenarnya dalam sebulan kita cuma berjaga 20 hari. Dan 20 hari tu pun belum tentu pergi mengaji,,"

"kalau macam ni, agak-agak 4 tahun pengajian tu apa je yang kita dapat??"




-kata-kata seorang ustaz di sebuah majlis ilmu. ketika itu, saya sedang buat apa? ya,,, tidur.




~ilmu tanpa adab tidak akan menghasilkan sesuatu apa pun melainkan kerendahan dan kehinaan
~apa harus dibuat sebelum berguru? -menuntut bagaimana beradab dengan ilmu.

Rabu, 1 Februari 2012

.. yang indah itu bahasa.




bahasa itu pada pendefinisiannya ialah suara yang mengungkapkan fikiran.


pada suatu hari, seorang pegawai kedutaan telah datang melawat kami, 

lalu di hadapan pelajar-pelajar sekaliannya, yang berbagai-bagai bangsanya,

dia berkata (dalam bahasa Inggeris);

"saya berasa hairan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, mereka tak mampu bertutur dalam Bahasa Arab sekembalinya ke Malaysia,"

(lebih kurang begitulah kata-katanya)




... ini bukan pengalaman saya, tetapi sahabat saya yang menuntut di markaz bahasa,

respon saya..?

saya geram, dan sakit hati..

bukan hanya pada pegawai itu, tetapi pada diri saya sendiri, dan suasana kami di sini.

kerana kata-katanya yang lantang itu..

terkandung kebenaran yang pahit untuk ditelan,

serta-merta juga saya teringat pada kalam seorang penyampai tazkirah di musolla,

"kita ni patutnya lebih perbaiki bahasa melayu, kita nanti depan masyarakat akan gunakan bahasa melayu, bukannya bahasa Arab, cukup banyak dah kat Mesir ni kita baca kitab-kitab Arab, tulis Arab.."

pemikirannya yang disampaikan melalui kata-katanya cukup menjadikan saya sakit hati.

 sayangnya, pemikiran begini ada dalam kalangan Azhari..

hampa, saya kecewa,

tapi takkan putus asa..

sebetulnya kenapa Bahasa Arab harus dituturkan?

Asbab yang banyak telah dikemukakan lewat daurah kami di Malaysia, 

~Bahasa Arab adalah bahasa Qur'an
~Bahasa Arab adalah bahasa syurga
~Bahasa Arab adalah bahasa tuturan Rasul tercinta, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
~Bahasa Arab adalah wasiat kelima Imam Hassan al-Banna
~dll..................

cuma manusia itu tetap,,

takkan mampu keluar dari lingkungan tipikalnya,,

apabila merasa nikmat untuk kekal dalam "zon selesa"



Siapa yang akan bertutur Bahasa Arab ini kalau bukan ahlinya?

Bahasa ini ada keistimewaan sendiri,

Kerana itu Allah memilihnya sebagai bahasa syurga, kerana itu Allah memilihnya sebagai bahasa tuturan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, kerana itu Allah memilih untuk menurunkan kalam mulia-Nya dengan bahasa "dhod" ini,,

Bahasa Arab Fushah- bahasa yang Dia pelihara sejak zaman Jahili, 

ada signifikannya bahasa ini menjadi bahasa "siadah" atau ketua dan merupakan bahasa Kaum Quraisy, juga kaum "siadah", kaum yang mulia pada zamannya,

juga ada signifikannya kenapa para orientalis bertindak menafikan asal bahasa ini, 

yang nyata, ia bukan sekadar satu bahasa,

yang ditutur oleh non-Arabic speaker seperti kita hanya kerana terpaksa,,

moga kecintaan terhadapnya melebar, dan moga bertutur dengannya Allah sudi mengirim taufiq kepada kita dalam memahami deen-Nya





~dan sungguh, sudah cinta untuk hidup dalam suasana "berbahasa Arab Fushah"- moga kekal dalam nikmat ini hingga ke syurga-Nya(jika diizin Dia)
~pada saya, ia bukan sekadar bahasa, peduli apa kalau orang pandang sinis saya bertutur salah dalam bahasa ini, yang pentng kita belajar, dan terus memperbaiki.
~juga pesan pada diri, jangan mudah mengalah pada persekitaran; ikan tetap tawar walau hidup dalam laut yang masin.