hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Isnin, 16 April 2012


Serius.
Dalam banyak-banyak bab menghadapi hidup, yang paling sukar adalah berhadapan dengan manusia berbagai ragam, sikap dan tabiat.
Ya Tuhan.
Kerana aku juga manusia, punya sikap, dan perangai sendiri. Juga perasaan.
Masa menghukum, Allah mendidik,
Paling mencabar adalah berdepan dengan mereka, yang kita berbuat salah terhadapnya.
Benci melalui saat-saat itu.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang cepat tersentuh hatinya, benar-benar mengajarku agar berhati-hati dalam menutur kata, jangan berbicara dengan tidak berfikir!

Lagi,
Kerana aku manusia.
Berasal dari kaum yang sangat mudah dipengaruhi emosinya.
Kadang-kadang aku tak memaksudkan perbuatan, atau sengaja melakukannya, atau mudah kata, dipengaruhi perasaan.
Amarah, benci, cemas..atau terkadang terlalu gembira.
Bisa saja menimbulkan tafsiran yang berbeza melalui tingkah-lakuku. Mungkin-yang agak keterlaluan.

Tapi..
Aku bukan sekadar manusia,
Aku adalah hamba,
Yang Allah muliakan dengan iman dan Islam,
Bukan seharusnya aku bertindak sesuka hatiku, tanpa panduan akal, pedoman iman.

Orang beriman.
Aku orang beriman.
Aku yakini Allah, Rasul dan Hari Kiamat.
Tidak seharusnya untuk terus berlindung di balik alasan-alasan “aku hanya manusia” untuk menyelamatkan diri dan mengelak dari kesalahan.
Malah sebaliknya.
Kerana aku adalah manusialah, dan kerana manusia itu banyak kecacatanlah,
Maka aku harus berhati-hati dalam tindakan, gerak-geri, dan tutur bicaraku,
Kerana mereka manusialah,
Maka aku harus berfikir dan merenung diri,
Setiap apa yang lahir dari diriku akan memberi kesan kepada mereka.
Kerana bumi ini tidak Allah ciptakan untuk aku duduk seorang,,
Dan kerana seorang mukmin itu berbeza dari yang selainnya.

Wahai atmaku.
Ada kata bijaksana menyebut, “orang yang paling berani ialah orang yang mula-mula memohon maaf, dan orang yang paling kuat ialah orang yang mula-mula memaafkan.”
Kedua-duanya sama perit.
Terutama bila dihalangi ego dan merasa diri yang betul, orang lain adalah salah.
Tetapi Dia menjanjikan;
“maafkanlah, tidakkah kamu menyukai andai Allah mengampunkan dosa-dosamu?”
Lebih-lebih lagilah antara orang beriman,,

Oh Tuhan.
Walaubagaimanapun, memohon maaf adalah langkah terakhir, ibaratnya mencari ubat setelah ditimpa sakit.
Mungkin mereka mampu memaafkan,
Tapi..
Pasu yang pecah, jika dicantum kembali, adakah sama dengan pasu yang tidak pernah pecah?
Inikan pula soal hati..

Jiwa, berbicaralah!
Merenung keaiban diri,
Aku memerhati,
Hati yang paling sengsara adalah hati yang memendam benci dan iri,
Dalam pada luas dan lapangnya hidup,
Yang aku lihat hanyalah sempit dan cacat-celanya,


Cuma andai bisa,,
Oh Allah, aku mohon berlepas diri dari segala penyakit hati,
Agar dalam celah yang gelap,
Masih mampu mencari sinarcahaya,
Agar dalam sukar dan pahitnya hidup,
Masih mampu merisik sedikit bahagia untuk dikongsi dengan mereka,
Insan yang Allah campakkan rasa cinta dalam hati mereka,
Buat diri yang serba kurang lagi fakir ini…



 *******************************************************************
Yang selalu; "dia tu ada masalah hati, patutlah tak keruan je."
Yang jarang sekali; "Aku ni banyak penyakit hati. Ya Allah, bantulah aku."




~orang kata, ulser@mata ikan@lompangan kat mulut tu disebabkan stres. Betul, ke?

2 ulasan:

  1. penat kan melayan kerenah manusia? ana juga begitu. Tapi melalui merekalah kita dididik. Kita minta kepada Allah hati yang bersih, lalu Allah menyediakan platform, beri kita cabaran dengan mereka sebagai satu wasilah untuk kita mendidik dan mengajar hati kita. Selalunya begitu. Allah tidak akan memberi sesuatu secara langsung bukan? Ibarat kisah abid yang berdoa memohon dua potong roti sehari. Ana juga. Meminta sahabat ang baik, lalu Allah campakkan ana di sini agar ana terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik kepada mereka.

    Erm, masih kena ulser ye.. jgn stress2 sangat ye sahabat. Ana pun masih kena tonsil. Doc cakap, student selalu kena sebab stress. betul la kot.

    Ops.. sorry berceloteh panjang kat sini. Ana x tahu nak 'jumpa' nt kat mana. Kat sini macam x sesuai tapi ana rindu sangat :D

    BalasPadam
  2. Untuk nt, kat mana2 pun boleh. Nt bersama ana hatta sampai mimpi,, dan moga diizin Allah sampai syurga-Nya.

    Maaf, depan nt, ana tak ada alasan nak bagi.

    Memang salah sendiri sampai terabaikan nt. Maaf tau. JazakiLlah atas setiap ingatan dan doa. Untungnya diri, tak sedar ada insan yang merindui dan mencintai dari jauh.hehe. Jiwang pulak.

    Ada masa, kita berbalas emel, k?

    BalasPadam

jom ta'liq!