hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ahad, 13 Oktober 2013

waktu.

ada orang yang sedang berdepan dengan kematian orang tersayang.

dan aku.



meraba-raba rasa sedih dia. wajahnya tenang hari tu. hatinya siapa tahu? aku tahu doaku tak betul berterusan.

sentuh tangannya. tatap wajahnya. lihat sendiri bagaimana sukarnya dia bernafas.

aku harap segala rasa tak kena. segala rasa murung dan ingin sendiri hari ini adalah kerana keterikatan kami. ingin mendakap dukanya, yang kau pun tahu aku tak mampu.

dan membayangkan andai aku sendiri berdiri di sebelah ibuku; memanggil-manggil dia agar dia sekurangnya merespons, dan sedari kedatangan dan kehadiran anaknya. membilang-bilang saatnya bilakah sepasang mata itu akan celik semula. atau saja mempersedia jiwa untuk kehilangan.

atau aku saja berbaring di atas katil itu. menarik nafas yang kini menjadi satu beban dan memamah seluruh kudrat sekujur tubuh lemah.

aku sedih dulu. rasa akan mati terbunuh kerana segala rasa tidak bermaya dan murung ini. lalu ya lathif nama yang sungguh-sungguh aku rayu.

p/s; yang akhirnya dapat aku simpulkan jiwa fragile dan teruknya pengurusan stres aku. toksah cakapla. baru kena komen mihun tak menjadi pun aku rasa nak nangis macam apa. (ni akibat ego sangat tak nak masak kt rumah sebab rasa inferior berdepan dgn mak yang serba-tahu dan memerhati segala gerak laku kau. haa)

kau tahu. macam orang perhati bila2 kau akan buat salah dan macamlah akan kena pukul dengan rotan setebal 2inci.

dan aku sedar waktu jam 8-12 adalah masa yang begitu sugul untuk kebanyakan hariku. usah tanya kenapa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!