hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sabtu, 12 Oktober 2013

random

i am happy.

stress.

buku bertingkat minta dihabiskan | orang-orang di jalan | dialog-dan diskusi yang belum tamat | rindu(?) | makan dan makan, rasa tak berselera | masak. tak masak. tak reti dan tak minat dilihat dikritik diulas-ulas | benci. menangis. air mata. oh aku perempuan | ingat pesan maisarah; "tin-tin kosong" |

sebenarnya kami pernah melalui persimpangan yang sama. bila ia adalah antara memilih atau tidak. tetapi jawapannya berdiam diri. kami pernah sama-sama merasa inferiority complex, merasa not good enough. lagu almost is never enough-Ariana Grande. dan kami sama-sama gadis. dulu cheer forever like takkan pernah dewasa. mungkin manga dan sketching dan anime punya pengaruh(?)

di celah-celah huruf-huruf dan perkataan-perkataan, istilah-istilah dan idea-idea dan ulasan-ulasan dan kritikan-kritikan dan keinginan-keinginan untuk mendewasa matang seperti kamu. seperti orang-orang yang seperti kamu. atau kerana cahaya yang turun bilamana hati selalu berdzikir mohon diberi petunjuk.atau saat lapang kerana yang 'lompong' dulu telah ditemui.

struggle inside | she said i was hers | but i said i got to leave | two entity? | tanya Shafira kpd lecturer wise dulu tentang mrHyde and Jekyl | tak faham dan buat-buat mengerti | kemudian nik nur madihah | Benz Ali? Hazman Baharom? Marwan Bukhari? | tak kisahlah.

me still me. yang berubah sekarang ialah ini. dua cincin emas di jari. dan hidup yang bukan untuk sendiri semata (baru tersedar?)

dan dulu diri yang dimanja-manja. sekarang tak lagi. harus faham kritik, nagging, pesan, marah dan tegur- meski hati tak boleh nak terima terus, selalunya perlu dipujuk2 dengan rasional dan nama-nama- adalah untuk kebaikan diri. yang bukan lagi hidup untuk semata-mata sendiri.

once. kenapa hanya akan hargai bila sedar akan kehilangan? you will never find a place like home. your mum is your home. pesan lagi.

"lepas ni dah tak boleh mengadu semua kat umi. you have to do it by your own."

egypt. aku boleh buat semua yg pernah umi pesan. jaga kebersihan, kekemasan, yada yada.. masak. menjahit. minat and all. aku lagi tahu kenapa kawan-kawan semua bawa gambar family dan aku tak. memang aku ignorant. dan aku tau aku takkan kuat menatap wajah-wajah diorang.

how is it life when you only can depend on your own? and He is with you.
berlari mengejar bas di tengah sesak. asap kenderaan. mata-mata yang melihat. pak-pak arab(?) berpeluh-peluh meredah malam sendirian. bertukar-ganti kawan bergantung samada diorang interested atau tak. merancang-rancang kelas-kelas malam yang hendak kau hadiri. sambil menolak pelawaan kawan-kawan serumah ke program-program. dan musyrif. dan ambil kira segala kesusahan yang kau timpakan pada orang-orang lain. kawan-kawan. musyrifah rumah. dan segala persaan serba-salah. berlawan dengan enthusiast minat keazaman kau-kau yang berseorang. semangat. dan kau tahu kewajipan kau adalah itu. dan harapan mereka, pesan mereka kepada kau. ustaz halim yang menjadi kunci kuat menapak. ustazah rozana punca ruh  merasa hidup di celah huruf-huruf quran. doa insan2. dan azam yang terlalu lemah. tiada kesungguhan. sebab tu letih dan penat selalu berkunjung tiada hentinya.

expectations terhadap budak sekolah agama seperti aku.

hey. aku pun bukan lagenda.

mesir adalah 'hutang' tidak terbayar. yang seringkali aku berharap aku adalah seorang lelaki untuk 'melunasi'nya. atau segera bermushrif tetap(?) agar tiap malam merentas waktu dan ruang "secara legal" dan selamat.

dan perasaan iri hati yang tiada berkesudah melihat orang-orang seperti nusaibah. helma. tarim? habaib? aku yang tiada redha. bersyukurlah Allah menempatkan tiap-tiap orang pada kedudukan mereka masing-masing. terima kasih atiqah. syeikh rohim. si kecil raghdaa. ustazah afraa dengan pesan terakhirnya perjumpaan kami; "peliharalah Allah nescaya Allah pelihara kamu". titik.

bittersweet. aku sedar dah lama sangat tak pernah nak merajuk-rajuk dengan kawan-kawan aku. dan hidup dalam dunia sendiri. dan persoalan-persoalan yang terkubur tiada bait kata dan apatah lagi jawapannya. dan betapa tersinggungnya aku bila sedar aku tak mampu buat apa-apa untuk diorang. dengan semangat perjuangan yang sesetengah orang termasuk aku sendiri berasa muak mendengarnya.
tapi diorang adalah aku dulu, kan. kau tahu apa rasanya melihat orang-orang menayang kembali apa yang pernah kau lakukan; yang telah kau tinggalkan sekarang.
dan apa pula itu? ahh.

naa. ini cuma sekadar luahan, yang aku harap tiada respons.
sebab semua orang pun ada kisah masing-masing. malah lebih hebat duka dan badai yang menimpa.
hidup aku pun tak sesukar mana. makan pakai cukup, hidup. duit. masa. yang sadis sebab aku duduk dalam keselesaan. kesenangan.

dan ramai orang yang mati kekenyangan sebenarnya. mati hati.


so yeah! masak.masak.masak. hangus. haha

p/s:  still single. tapi unavailable dah. happy je. and stressed. haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!