hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sabtu, 12 Oktober 2013

kesilapan

kesilapan-kesilapan.

1. selalu ponteng kelas untuk alasan yang remeh-temeh. dan hebatnya; selalu ada alasan untuk kata "malas" tu. 

2. 'menguzurkan' diri untuk tak lazimi kelas2 masyayikh di masjid al-azhar. jangan cakap masjid azhar; kalau syeikh bertandang ke rumah-rumah negeri pun selalu mushrif je yg dijadikan "masalah".(selain alasan2 lain) 

3. lagi suka sembang hal-ehwal politik.dan hal-hal yang entah apa-apa.

4. status-status di fesbuk lebih menjadi pilihan. atau blog-blog. berbanding kitab-kitab dan buku-buku "berat" yang mengambil masa yang lama untuk dicerna dan difahami intinya.

5. sangat semangat dengan program-program dan manfaat jangka pendek berbanding kelas-kelas talaqqi yang menuntut kelaziman dan istiqamah-tapi beri manfaat jangka panjang

6. kesan ponteng kelas; tak fahami dengan sepatutnya apa yang patut dipelajari. belajar asal dapat tangkap sikit. tak perlu mendalam.asal boleh jawab soalan peperiksaan. masa nk exam nilah main teka-teka makna menjadi satu "darurat".

7. usaha nak kuasai bhs arab dan ilmu2 fardhu ain tu tak seberapa. alih-alih beralasan diri yang tak mampu. titik.

berangan nak jadi ulama' sedang diri tak bersuhbah dengan ulama' | dah merasa cukup dengan menghadiri satu atau dua muhadharah ammah masyayikh | tak berani/inferior nak jejak "zon" yang keluar dari pemikiran dan fahaman lingkungan jemaah | sesuka hati guna istilah asal rasa-rasa capai mesej | topik-topik tipikal yang selalu dibicarakan; ukhuwah, | rujukan-rujukan hanyalah orang jemaah(?). ya mungkin sebab masih budak dan tak pandai nak fikir sendiri. takut fikrah jadi celaru(?) | mengharapkan lebih ramai orang-orang hebat lahir; kepada apa harapan ini disandarkan? | lebih kepada react berbanding respons terhadap isu-isu | 

di mana isu kalimah Allah dan TPPA dalam kalangan kita? ohya. sebab kita lebih nampak kesengsaraan Syria dan Palestin. dan 'kesengsaraan' rakyat setelah PRU. 

bagaimana nak menguasai perbincangan; memahami arah diskusi dan kesefahaman bila tak belajar kaedah dan metod2 berargumen? selalu tersasar arah perbincangan, atau tak sampai kepada konklusi yang diharapkan bila masing-masing dah cuba berbahasa itik dan ayam.

sorang cakap pasal adab berkhilaf, sorang bercakap tentang wala' kepada pemimpin. sorang bercakap tentang teguran terhadap akhlak dan sorang lagi bercakap tentang pendirian politik? ngaa



membaca rukm sebenarnya seolah macam membuka lampu kepada keadaan rumah yang serabut. melihat; perkara yang selalu kau rasakan selama ni. benda-benda yang membuat kau rasa tak selesa. baru nampak sebenarnya barang-barang kat rumah berselerak. rumah berdebu berhabuk. baru nampak sebenarnya tong sampah dah melimpah (melampau-lampau perumpamaan ni. :p)  


sebab kau rasai jadi terkesan. 

kau tahu kenapa aku selalu rasa seorang? kerana yang rasai ini memang aku seorang. 



p/s; ini apa yang terjadi pada diri aku, kerancuan yang mengharukan.
aku masih berpegang kepada pesan muallim; kuasai ilmu fardhu 'ain. keberadaan kau di sana adalah untuk berada di sisi para masyayikh. prioriti. kalau kau tak mampu nak pegang dua-dua; peganglah yang utama. itulah asas pilihan aku. sepatutnya. kan?

fikir nak pindah rumah kat Sadis. dekat dengan masjid azhar. 
atau dapatkan mushrif tetap dengan segera. SOS. haha :p



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!