satu hari. balik dengan perasaan sugul. emosi tak menentu. air mata meleleh tiba-tiba. sedih kerana apa? haa. entah.
hilang semangat untuk semua benda. tak ada mood untuk sesiapa.
kau tahu. untuk 'waktu tidak bermaya' itu hanya satu ubatnya.
untuk hari yang serasa tidak mahu apa-apa. tidak ada keghairahan. tidak ada sebarang keazaman. tidak rasa mahu senyum. tidak mahu ketawa. tidak mahu cakap apa-apa. hah. hari serabai yang semua serba tak kena.
*********
abah kata; al-qur'an mukjizat hidup. Hidup sampai kiamat.
*******
buka laptop. pasang ayat-ayat qur'an. bacaan al-ghamidi je yang ada.
duduk menghadap. menadah telinga. berbaring. tidur. buka buku. makan. minum. masak. apa saja.
hati semacam
terubat.
tak mahu cakap lebih-lebih. dah buat ni lebih dari berkali-kali yang mampu dihitung jari.
tinggal lagi; belum sungguh-sungguh hafaz dengan disiplin. dan amalkan sehabis baik. :(
p/s; sesiapa saja boleh buat ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
jom ta'liq!