hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 26 Januari 2012

Pagi itu dia rasa malas sekali,

Terlalu malas sehingga melanggar pantang tidur selepas Subuh.

Setelah dicongak-congak, rupanya hampir 9 jam dia tidur, bermula selepas Isyak malam tadi, beralasankan kepala yang pening,

dia duduk, mengingat-ingat kembali,

tidurnya juga tidak lena,

adakah kerana gigitan makhluk bernama "barghus" yang sudah melata di tangan dan kakinya..

atau kerana peningnya yang teramat, yang sudah menghilang sejak Subuh tadi.

hatinya galau,, resah,, atau mungkin dia ketakutan..

heh,,

manusia seringkali takut dengan perkara yang tidak diketahuinya,,

seringkali merasa buntu sedangkan tidak mencari dengan sesungguhnya,,

ah,,

akukah orang yang begitu? soalnya dalam hati.

pandangannya diluaskan ke persekitaran bilik,,

mana baju-bajunya yang berlonggok di sudut bilik? dan baju-baju di dalam bakul yang belum berlipat?

sekilas, matanya terpandang ke arah almari bajunya, dia mengalihkan pandangan matanya ke luar balkoni, tempat ampaian baju,

senyuman terukir, hatinya menjadi senang,,
"Alhamdulillah!"

dalam pada kesakitan yang menimpa, masih ada yang sudi menghulurkan ubatnya,

..dan siapakah yang lebih prihatin selain Allah Yang Maha Mengasihi..?

Kalaupun sahabat-sahabatnya ini yang mempermudah urusannya, membahu bebannya, menggembirakan hatinya,,

..siapakah yang menggerakkan hati mereka untuk bertindak melakukannya?

Dia merasakan hatinya seolah ditiup satu semangat baru,

"Bukankah aku ini seluruhnya adalah milik Dia? Dia Yang Maha Mengetahui segala yang terlintas dalam benakku, semua yang aku rasai, setiap detik tawa dan tangisku,,

maka sewajarnya Dialah yang PERTAMA tempat aku mengadu lelahku, tempat aku mengucap syukur atas kebahagiaanku,

Dialah yang pertama aku hadapkan setiap keluh-kesahku, yang pertama mendengar rintihan dan rayuanku, yang pertama, sebelum segala makhluk-makhluknya,,"

dia bangun dari tempat tidurnya, melangkah cergas ke bilik air,

dia ingin menghadap Dia, bersujud kepada-Nya, memohon penyelesaian dari-Nya,

dia ingin meminta, agar diberi kekuatan untuk menjadi hamba yang taat dan patuh kepada perintah-Nya,

dan agar ditunjuk jalan, moga diperjalankan di atas lorong hamba-hamba yang diredhai-Nya,

dan moga,

hatinya semakin yakin dengan segala yang ditetapkan Dia-adalah tidak sia-sia,,

Hasbi Rabbi..




Anas bin Malik R.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila Allah mengasihi dan menyayangi pada seorang hamba maka dikenakan kepada hambanya sesuatu bala”,

Maka apabila hamba itu berdoa mohon pertolongan kepada Allah, maka berkatalah Malaikat: suara itu sudah terkenal! (selalu didengari oleh para malaikat akan rintihannya)

Dan berkata Jibril A.S : Ya Allah , Hamba mu si fulan (sesiapa) itu, bermohon padaMu, makbulkanlah hajatnya.

Jawab Allah: Biarkan dulu hambaku , Aku suka mendengar rintihan suaranya.

Maka apabila hamba berkata: ……Ya Rabbi..

Maka Allah menjawab : Labbaika HambaKu ( selamat datang hambaKu),
tiada engkau berdoa melainkan Aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti Aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak permohonanmu bagi mengelakkan bala yang lebih besar akibat keinginanmu itu.






~andai kesusahan hari ini dipandang sebagai akibat kesilapan hari semalam, bukankah ia juga termasuk sesuatu yang ditakdirkan Dia..?
~ Allah, Allah, Allah,, aku tak mampu, melainkan dengan pertolongan-Mu, maka bantulah hamba-Mu ini,,,

Sabtu, 14 Januari 2012

..selagi masa masih ada, usahalah semampumu

baru-baru ini saya terjumpa frasa yang menjadi tajuk untuk paparan hari ini. Sungguh, saya amat bersemangat setiap kali mendengar, membacanya, saya hadamkan lumat2 dalam kepala.(hiperbola sungguh)

"berbuatlah yang terbaik untuk setiap satu pekerjaanmu.."

kenapa ya?

jom baca dan fahami kisah ini;

diriwayatkan tentang seorang lelaki dari bani Israel yang beribadah kepada Allah 70 tahun lamanya,

maka pada suatu hari Allah ingin menunjukkan kepada malaikat-Nya perihal hamba-Nya itu, lalu diutuskanlah malaikat kepada hamba tersebut,

untuk mengkhabarkan kepadanya,

bahawasanya amalannya selama ini tidak mampu melayakkan dia untuk masuk ke dalam syurga Allah yang penuh nikmat, yang memang disediakan bagi hamba2-Nya yang bertaqwa.

maka apakah reaksi hamba ini..?

"Kami adalah hamba, yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya, maka memang selayaknyalah bagi kami ini menyembah Dia.;"

setelah menjalankan perintah Allah, pulanglah malaikat menghadap Allah, lalu berkata;

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dengan apa yang dituturkan oleh hamba-Mu,"

maka Allah pun berfirman; "ketikamana dia tidak berpaling daripada terus beribadah kepada Kami, maka Kami dengan kemuliaan Kami juga tidak akan berpaling daripadanya,

"bersaksilah wahai malaikat-Ku, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa2nya,,"


maka apakah yang ingin ditunjukkan Allah kepada malaikat-Nya..?

Bahawa Kita adalah HAMBA


telah diciptakan untuk tetap taat dan patuh kepadanya,

tetapi, jangan sesekali terlupa, bahawa ada ISTIMEWAnya menjadi hamba kepada Dia Yang Maha Mengasihi..

tatkala kamu berasa keseorangan, tanpa sesiapa di sisi, adakah kamu sebenarnya berkeseorangan..?

tatkala kamu kecewa dengan cinta manusia, tetap ada yang masih setia mencintai dirimu..

tatkala kamu terasa begitu lemah, dan tiada daya kemampuan, tetap ada yang menguatkan kamu..

tatkala tiada yang memahami dirimu,

tatkala dunia seolah gelap bagimu..

dan tatkala kamu ingin tidur enggan bangun lagi..


tidakkah kamu sedar, bahawa ada Dia yang tetap prihatin denganmu..?

Dia sentiasa di sisi, mendampingimu tiap detik dan ketika, mendengar tiap keluh-kesahmu, sangat memahami diri kamu..

..dengan semua keistimewaan ini, -belum lagi dicampur dengan nikmat lain yang tak terhitungkan..

tidakkah terasa ingin berbuat yang terbaik kerana DIA..?


Jadikannya satu wasilah


demikianlah, saya ingin mengajak kalian, agar melihat dengan optimis, bahawasanya kita ada Allah, Dia melihat kita, Dia bersama kita,,

dan atas sebab ini, berbuatlah yang terbaik dalam semua urusan dalam hidupmu,,

hatta peperiksaan, memasak, mencuci lantai, bekerja, belajar..

kerana hakikatnya hidup seorang mukmin itu ialah kerana Dia,,

maka, berusahalah sesungguhnya, semampumu, sebaik-baiknya yang mampu kamu beri.

walau manusia tak menghargai,

walau hasilnya tak seperti yang diimpi..

.. bukankah Dia sentiasa memerhati..?







Terima kasih Allah, kerana memilih kami menjadi hamba-Mu..

Rabu, 28 Disember 2011

beberapa detik sebelum peperiksaan percubaan.

saya suka belajar tentang adab jahili. dan ilmu-ilmu bahasa. suka biar sampai cinta.


baiklah,
..yang saya fahami tentang belajar-dulu.

mesti faham, dan hafal semua fakta, menepati semua kehendak pemeriksa, biar dapat yang terbaik,, kalau boleh tak ada siapa boleh sebaik saya.. haha(ketawa)

dan kini.

".. bagaimana pandangan kamu terhadap ulama2 Islam kita yang sejak awal zaman permulaan Islam, kita namakan- Imam Nawawi contohnya yang mengorbankan malah mengabadikan hayat mereka seolah-olah semuanya untuk ilmu dan perkembangannya, mereka menelaah, mengkaji dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain, menghadapi segala kesengsaraan dan kepayahan dalam misi itu.. tidakkah pernah mereka merasa cukup dan lelah..?"

ha,, melopong saya bila dihadapkan kenyataan yang Imam Nawawi sehingga akhir hayatnya juga tidak bernikah, Imam Bukhari tatkala ingin menulis setiap satu hadis yang dikumpulnya bersolat 2 rakaat terlebih dahulu, malah Imam kita Imam Syafie juga pernah dihalau pergi dari rumahnya oleh ibunya setelah bertahun-tahun tidak bejumpa agar keluar mempelajari adab dan akhlak, hanya kerana beliau tidak mengetuk pintu rumah dan memanggil-manggil ibunya dari luar.

lalu jawapan kepada semua ini ialah apa..?

adakah mereka tidak merasa lelah bergelumang dengan kitab saban waktu..?
juga bergelut dengan debu dan pasir dalam perjalanan bertemu para masyaikh?
juga mengorbankan tidur malam untuk menulis dan mengarang kitab..?

tidak adakah waktunya dalam hidup mereka untuk mengecap nikmat sebagai penghilang penat, atau yang kita panggil "release tension"..?

:) terlalu banyak tanda tanya, ya..

lalu jawapannya menjadi persoalan yang seterusnya bagi diri saya..

pada diri ulama2 ini.. ada himmah 'aliah yang harus kita contohi.

atas sebab ini, maka kelelahan bagi mereka itu ialah nikmat yang tak terhingga..

saya teringat sepotong ayat al-Qur'an yang mafhumnya; "sesungguhnya yang takutkan(taqwa) Allah daripada hamba2Nya ialah para ulama.."

maka adakah yang lebih nikmat selain melakukan segala-galanya demi Yang Memberi Nikmat itu sendiri.?

Kata seorang musyrifku, "tingkatan menuntut ilmu itu ada tiga, yang pertama itu tahu, lantas ia mahu dan yang tertingginya ialah cinta"

...belajar kerana Allah itu ialah bilamana kita menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk kita mengenali Dia, lantas menggapai cinta-Nya, yang mana bagaimana akan tercapaikan, andai ilmu yang kita pelajari ini tidak mendekatkan kita kepada taqwa..?

"Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah baginya petunjuk, maka tidaklah bertambah kepadanya melainkan semakin jauh(dari Tuhan)" -hikam

lalu harus bukakan fikiran, agar yang dikatakan belajar itu bukanlah sekadar menelaah dan mengulang kaji kitab2 kuliah.. bukankah kehidupan ini adalah pelajaran semuanya..?

"..dan tiadalah yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikir.."







~dan kenapa mesti buat yang terbaik dalam peperiksaan..? siri 3, insyaAllah..

Rabu, 7 Disember 2011

.. belajar kerana Allah..?

  waktu saya mula-mula diperkenalkan dengan peperiksaan di sekolah,,

"ok, untuk exam ni kita tengok siapa yang mendahului," kata saya kepada seorang sahabat.

"takkan awak lagi..? Tamaknya,," responnya, diikuti dengan ketawa saya,

hati merasa puas, seolahnya tiada lagi yang mampu mengatasi saya setelah pesaing ketat-yang juga sahabat karib saya ini kelihatannya seperti berputus asa.

Fenomena yang sama masih berlaku di sekolah menengah, walaupun bertukar watak dan latar peristiwa.Cuma mungkin, lebih mencabar dengan wujudnya watak-watak yang baru, dengan kebolehan-kebolehan mereka yang pelbagai..



dan beberapa waktu setelah itu..

"Belajarlah kerana Allah,, jangan jadi hamba peperiksaan.." kata seorang penyampai, dalam tazkirah ringkasnya, selepas Maghrib di musolla.


saya tahu apa yang disampaikan beliau itu benar, dan tanpa saya sedari, dalam tuturan saya setelah itu juga mengucapkan kalam yang sama..

cuma malangnya,, saya gagal memaknakannya..

maka, jadilah diri, seperti mana fahaman yang ditanamkan pada ketika itu- seorang 'amil mengikut musim.

 saya dilihat antara yang paling awal berjaga sebelum Subuh untuk berqiamullail di musolla, dan antara yang paling kerap dilihat dalam kerja-kerja sukarela, dll.. semuanya menjelang peperiksaan. Kononnya sebagai tawassul agar sukses dalam imtihan.

Ibarat seorang petani yang berpenat-penat bercucuk tanam, apabila menuai hasilnya yang lumayan; saya akan tersenyum puas apabila kejayaan mengiringi usaha-usaha yang dilakukan.

Sijil-sijil pengiktirafan tersusun kemas, membuahkan rasa bangga setiap kali melihatnya,,



PUAS.. sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan waktu itu.


...lalu saya melangkah ke alam "baru"- fasa kematangan.

"Belajarlah kerana Allah, jangan jadi hamba peperiksaan,"
kalam yang sama dituturkan oleh seorang yang amat saya hormati.

Cuma bezanya, hati seolah disapa persoalan yang tak kunjung pergi setelah itu..

"bagaimana yang dikatakan belajar kerana Allah..? Betul ke aku ni belajar kerana Dia..?"

Lalu pernah sekali hati menyimpulkan;
kita kena belajar bukan untuk berjaya dalam peperiksaan, jadi untuk apa dibuat kem-kem motivasi, bengkel-bengkel teknik menjawab peperiksaan, kelas-kelas tambahan tu semua..?
jadi kenapa harus berbincang kertas-kertas peperiksaan yang lepas..?

Malah lebih menjadi bingung apabila mu'allim yang saya hormati itu juga melakukan hal-hal yang sama- apa yang harus dijawab seandainya soalan peperiksaan ini begini-begitu..?




~kembali mencoret.  
~belum habis lagi, tunggu siri 2..






.


Ahad, 20 November 2011

اسأل الله حاجتك قبل أن تسأل الناس..

apabila merasa doa tidak termakbul dan diri berkeseorangan dalam musibah yang tak kunjung pergi,,
pernahkah kau mempersoal di manakah syukurmu saat dalam nikmat dan bahagia??




Ya Allah...!!!
Jangan biarkan yang jauh itu semakin kabur,,




Ahad, 18 September 2011

سافر..







مِنْ  رَاحَةٍ  فَدَعِ  الأَوْطَانَ وَاغْتَرِبِ





#





مَا فيِ المقَامِ لِذِيْ عَقْلٍ  وَذِيْ  أَدَبٍ
وَانْصَبْ فَإِنَّ لَذِيْذَ العَيْشِ فيِ النَصَبِ
#
سَافِرْ  تَجِدْ  عِوَضًا  عَمَّنْ   تُفَارِقُهُ
انْ سَالَ طَابَ وَإِنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
#
إِنِّيْ  رَأَيْتُ   وُقُوْفَ   الماءِ  يُفْسِدُهُ
وَالسَهْمُ لَوْلاَ فِرَاقُ القَوْسِ لَمْ يُصِبِ
#
وَالأُسْدُ لَوْلاَ فِرَاقُ الغَابِ مَاافْتَرَسَتْ
لَمَلَّهَا  النَاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنْ عَرَبِ
#
وَالشَمْسُ لَوْ وَقَفَتْ فيِ الفُلْكِ دَايِمَةً
وَالعُوْدُ فِي  أَرْضِهِ نَوْعٌ مِنَ الحَطَبِ

-الإمام الشافعي, في مدح السفر, متوفي: 204ه 



#
وَالتِبْرُ  كَالتُرْبِ  مُلْقًى  فيِ  أَمَاكِنِهِ

Sabtu, 17 September 2011

..قبل الذهاب


قبل الذهاب إلى تلك الأرض المباركة.. الأرض التي فيه سأبذل كل جهدي لنيل ذلك "الحب العظيم".. لا بد علي الاستعداد التام ..

حبّذا لو أمي تقدر لاتباع معي.. فأكن الذاكرة دائما بغايتي الأولى
حبّذا لو أقدر أن أحمل كل من المشرفين معي.. (هي..هي..)
لأجل يذكروني لاستقام على سبيل العلم والمعرفة

لكن ها هو ذا الطريق المخصوص لي وأصدقائي .. الامتحان لنا لامتحن هل نحن سنوجهه بالجد؟ هل نحن سنسير على هذا المسير باتقان؟ وهل سننجح في آخره..؟ هل سننال القيمة التي حصل به العلماء المتقدمين..؟  لأننا نمشي على نفس الخطوات- الا وهي خطوات لإعلاء كلمات الله..

لذلك.. قبل أن نخرج من بيوتنا, ونغادر إلى المطار لنهاجر إلى مصر, فلندعو إلى الله ليثبت أقدامنا على سبيله, وليسهل لنا الطريق العلم, وليجعل لنا من محي دينه حقيقة, وليجعل لنا من المستقيم على الخيرات دائما...

ما في قلبي, إلا ما قد قلت إلى نفسي حينما قد حقق أن هذا هو التقدير لي.. أنني سوف لن ألتفت أبدا إلى غير من غرضي الأولى.. 
"..اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم.."
(البقرة: 61 )

إن شاء الله نحن لمن الممتازين..
استقيموا بالجــدّ

يا إخواتي و أخواتي...استقيموا بالجــدّ

تتعلّم العربية.....لنصل غايتَنـــا

انشرحوا جميــع التحدِّيـــات......

وارجـــوا الله دائــــما بالدعـــاء

لا تيأسوا ولا تتكـــاسلوا....

عليكم أن تنشطوا وتجهدوا أكثر ما عملـــوا

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

ولا تغــافلوا...أمور التعلّم

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

لعلـّــنا نحن لمن الممتازيــــن