hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 27 September 2012

Bersaudara kita kerana Cinta.



Kerana kekuatan ukhuwah itu; bukan yang terlafaz pada lisan, bukan yang terlihat pada perbuatan,
Tetapi ianya terbit dari sini;-hati.

Sejauh mana keterikatan ukhuwah?
Adalah sejauh mana keterikatanmu dengan Allah.

Kerana ukhuwah bukan lahir dari luar ke dalam, malah sebaliknya dari dalam ke luar.

Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih berprasangka dan menyimpan perasaan yang tidak elok terhadap saudaramu.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih sangsi akan kebaikan saudaramu.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih berkira-kira dalam menghulurkan pertolonganmu kepadanya.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih, memperkatakan tentang keburukan saudaramu di belakangnya

Persoalkan ukhuwahmu-tanyakan kepada iman dalam hati; andai dengan semua ini,
Engkau masih belum tulus dan telus mencintainya.

Wahai,
Cinta itu tidak sekali benci, mana mungkin sangsi, jauh sekali berkira, mustahil sekali mencaci, 

Andai,
Andai pada pandang matamu; saudaramu punya keburukan yang banyak sekali;

Ketahuilah,

Bahawa sebenarnya yang buruk dan hodoh adalah hatimu.

Kerana hati yang bersih, baik dan jernih tak mungkin akan memandang yang selain daripada sifat-sifatnya,
Dan cinta; tidak mungkin beralasan untuk membenci.







~masih belajar mencintai; sejujurnya

1 ulasan:

  1. terima kasih ats segalanyer
    my dear senior :')

    BalasPadam

jom ta'liq!