Kerana kekuatan ukhuwah itu; bukan yang terlafaz pada lisan,
bukan yang terlihat pada perbuatan,
Tetapi ianya terbit dari sini;-hati.
Sejauh mana keterikatan ukhuwah?
Adalah sejauh mana keterikatanmu dengan Allah.
Kerana ukhuwah bukan lahir dari luar ke dalam, malah
sebaliknya dari dalam ke luar.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih berprasangka dan
menyimpan perasaan yang tidak elok terhadap saudaramu.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih sangsi akan kebaikan
saudaramu.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih berkira-kira dalam
menghulurkan pertolonganmu kepadanya.
Persoalkan ukhuwahmu andai engkau masih, memperkatakan
tentang keburukan saudaramu di belakangnya
Persoalkan ukhuwahmu-tanyakan kepada iman dalam hati; andai
dengan semua ini,
Engkau masih belum tulus dan telus mencintainya.
Wahai,
Cinta itu tidak sekali benci, mana mungkin sangsi, jauh
sekali berkira, mustahil sekali mencaci,
Andai,
Andai pada pandang matamu; saudaramu punya keburukan yang
banyak sekali;
Ketahuilah,
Bahawa sebenarnya yang buruk dan hodoh adalah hatimu.
Kerana hati yang bersih, baik dan jernih tak mungkin akan
memandang yang selain daripada sifat-sifatnya,
Dan cinta; tidak mungkin beralasan untuk membenci.
~masih belajar mencintai; sejujurnya