Apa yang saya faham tentang gerak kerja Islam?
Kalau itulah soalan untuk saya beberapa bulan lepas, maka
jawapannya ialah,
…
*blur*
“Bekerja atas dasar kefahaman”
Quote ni dah terpasak dalam otak saya sejak mula-mula
melibatkan diri dengan persatuan, seolah-olah memaksa-maksa akal untuk
menghadamnya,
Hingga kerap kali saya merangka-rangka dan menyangka-nyangka
beberapa literasi untuk “memahamkan” saya bahawa kerja yang sedang dilakukan
adalah atas dasar kefahaman,
Ya, sudah tentu setelah mendengar beberapa ‘pencerahan’ dan
‘pencarian’.
Dan apabila saya menyangka kefahaman tersebut telah saya
peroleh,
Cuma..
Mengapa kerja-kerja ini menjadikan saya merasa ‘letih’ dan
terpaksa? Seolah saya tidak mencurahkan usaha yang sesungguhnya, dengan penuh
keghairahan sepertimana saya mendapat peluang untuk meluahkan segala ilham di
dalam mesyuarat?
Mengapa?
Sedangkan yang hendak dilaksanakan adalah idea yang terbit
dari diri; biizniLlah.
Maka untuk berdepan dengan waktu ‘kehilangan’ itu, saya
mengistilahkan bahawa diri sedang menghadapi saat-saat futur- halangan yang
biasa akan ditempuh oleh pejuang Islam.
Oh Tuhan!
Memang sebenarnya saya kehilangan!
Kehilangan pengertian dalam memaknakan “kefahaman” itu dalam
gerak kerja yang disifatkan “Islam” itu..
Maka oleh sebab yang samalah, wujudnya ‘diri’ yang makin rasa
jauh dari Allah apabila semakin giat melakukan kerja-kerja Islam. (?????)
Kerana kerjanya sahaja “kerja Islam”, tetapi dirinya..
Ah, sebetulnya sayalah.
Telah lupa sebenar tujuan penciptaan, tujuan ‘keupayaan’ dan
‘peluang’.
Lalu menyangka diri telah berjalan di jalan yang benar,
jalan yang sama dilalui oleh para pendahulu;
Rupanya diri tertipu dengan segala sarana ini.
Dan terlalai dari matlamat akhir..
Bukankah kita sebetulnya mencari Tuhan?
Tetapi dalam banyak gerak kerja kita,
Sangat banyak kali, yang kita sembah adalah kerja-kerja itu
sendiri,
Yang kita panggil ”kerana Allah”,
Hingga membuahlah dalam perlaksanaannya begitu banyak
penyakit hasad, dengki, mengeluh, mengutuk, memandang rendah, mengumpat, dll.
Lalu di manakah Allah?
“Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar
ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam,” ~Apa Erti Saya Menganut Islam; Fathi
Yakan
Seseorang, ketika ditanya tentang soalan yang sama, dia menjawab;
Kerana manusia hingga penghujung pun tak akan mampu berbuat
sesuatu untuk Allah, dan hanya berbuat sesuatu dengan izin-Nya, dan kebaikan
hanyalah akhirnya akan berbalik pada diri sendiri..
Maka, saya anggap ini adalah bagian dari-Nya untuk diri.
Andai inilah jalannya, justeru saya jadikannya sebagai medan
membentuk diri, mendekat kepada-Nya, wasilah untuk sampai kepada Dia,
Untuk menampakkan kepada diri satu demi satu keaiban diri,
memperbaikinya, dan menyibukkan diri mengubat jutaan sakit yang bertumbuh dalam
hati sendiri,
Hingga waktunya yang diizin Dia,
..
~